TRIPLE TOP dan TRIPLE BOTTOM

Apa Itu Triple Top Pattern?

Contoh Triple Top Reversal Pattern

Rupa triple top agak sama seperti double top, tetapi daripada hanya mempunyai dua puncak high pattern ini mempunyai tiga puncak swing high.

Triple top adalah chart pattern bearish reversal dan hanya berlaku selepas pergerakan uptrend dan ia menunjukkan petanda bahawa arah trend pasaran kemungkinan akan berubah.

Triple top juga kelihatan seperti head and sholders pattern dan ramai trader tersilap apabila pattern triple top berlaku mereka sangkakan ia adalah head and sholders.


Pengambilan Utama

  • Triple top adalah pattern bearish reversal yang berlaku di uptrend.
  • Triple bottom adalah bullish reversal pattern dan hanya berlaku di downtrend.
  • Pattern triple top dan triple bottom boleh ambil masa yang lama untuk lengkap.

Cara Trade Triple Top

Untuk trade pattern ini adalah sama seperti kebanyakkan chart pattern yang lain, kita tunggu untuk harga membuat breakout daripada aras neckline untuk kepastian bahawa pattern ini sudah lengkap.

Chart Pattern Triple Top Trade
Trade Triple Top Pattern

Selepas berlakunya breakout, sasaran kita adalah sama jarak diantara neckline dan swing high triple top, manakala aras stop loss boleh ditempatkan pada puncak pattern tersebut.

Tapi macam mana kalau harga bergerak melebihi dari aras sasaran take profit kita?

Jika anda takut untuk terlepas membuat keuntungan pada pergerakan yang bergerak melebihi kawasan sasaran, anda boleh buat 2 perkara:

  1. Dengan menggunakan trailing stop, aras stop loss kita akan ikut dengan pergerakan harga semasa.
  2. Dengan membuat trade management, dimana kita ambil sedikit keuntungan dan gerakan aras SL kita dengan sewajarnya.

Dengan buat salah satu perkara di atas, anda tidak akan terlepas peluang untuk tangkap pergerakan harga di awal berubahnya arah trend dan dapat kekal hingga ke penghujung pergerakan trend tersebut.

Triple Bottom Pattern

Tripple Bottom Pattern

Triple bottom hanya berlaku selepas pergerakan downtrend, dan pattern ini adalah petunjuk bahawa pergerakan downtrend sudah makin melemah dan harga berkemungkinan akan berubah arah tidak lama lagi.

Cara Trade Triple Bottom Pattern

Trade Pattern Triple Bottom

Bermula dengan mengenal pasti berlakunya tiga paras swing low yang berada pada paras yang sama, kemudian tunggu sehingga berlakunya breakout daripada neckline. Di sini kita boleh juga letak pending Buy Stop order di paras neckline.

Sasaran adalah sama dengan jarak di antara swing low dan neckline atau boleh guna trailing stop untuk kekal di dalam posisi trade tersebut hingga ke penghujung trend.

Kesimpulan

Disebabkan pattern ini mempunyai 3 paras swing low dan high, pattern triple top dan bottom ini boleh ambil masa yang agak lama untuk ia lengkap.

Tetapi jika anda dapat kenal pasti pattern ini berlaku pada peringkat awalnya dan berjaya membuat perancangan yang rapi, ianya tidak mustahil untuk anda dapat tangkap pergerakan arah trend yang besar di peringkat awal ia berlaku.