Fibonacci Extention Tool


Fibonacci extention atau fibonacci expantion adalah tool untuk menggukur jarak harga kemunkinan boleh pergi selepas pergerakkan harga sebelumnya.

Tool fibonacci expantion digunakan trader untuk set target profit.

Nombor fibonacci expantion yang biasa digunakan adalah 61.8%, 100%, 138.2%, 161.8%, 200%, 238.2%, 261.8%.

Tetapi kalau anda guna platform metatrader 4, setting default yang digunakan adalah 61.8%, 100% dan 161.8%.

Untuk keep it simple kita akan guna 3 no itu sahaja.

Kalau anda masih nak guna juga no yang lain ini caranya, apabila anda sudah plot fib expantion di chart boleh double click di fib expantion dan click kanan di mouse anda dan pilih “Expention Properties”.

Atau cara lain anda boleh tekan CTRL+B di keyboard dan double click Expantion.

Bila ada window baru dibuka pergi ke tab “Fibo Levels” dan tekan “Add” masukkan no fib level yang anda nak gunakan.

Cara Plot Fibonacci Extention

Boleh pergi ke Insert —> Fibonacci —> Expantion

Untuk plot fibonacci expantion sama sahaja seperti plot fibonacci retracement.

Kita tengok contoh downtrend market dahulu, bermula dengan plot fibonacci retrecement.

Kita dapat nampak yang fibonacci retracement level 38.2% bertahan, kita pun buka sell order, tetapi kita tidak tahu di mana target take profit kita, di sinilah datangnya tool fibonacci expantion untuk membantu.

Untuk plot fibobonacci expantion kita perlu bermula dari swing high dimana kita mula plot fibonacci retracement kita tadi hingga ke swing low, kemudian kita perlu adjust level fibonacci expantion kita menggikut level fibonacci retracement  yang bertahan dalam contoh ini level 38.2%.

Selepas kita sudah plot, kita akan nampak level fibonacci expantion 61.8%, 100% dan 161.8%, di level ini kita mahu set profit target kita kerana kebiasaannya apabila price sampai ke level-level tersebut market akan mula berubah arah dalam contoh ini market mula berubah arah bila sampai level 161.8%.

Fibonacci Extention Uptrend Market

Ok sekarang mari lihat contoh untuk uptrend market pula.

Bermula dengan plot fibonacci retracement, kemudian kita dapat lihat yang harga bertahan di level 38.2%, jadi kita pun buka buy order.

Sekarang nak tahu di mana target take profit kita.

Bermula dari swing low hingga ke swing high yang sama ketika plot fibonacci retracement tadi, kemudian pastikan level fibonacci expantion sama dengan level fibonacci retracement yang bertahan.

Kita dapat lihat yang market bergerak hingga ke fibonacci expantion level 61.8% dan 100%.

Kalau kita amik take profit di area level itu mesti sedang gembira dengan profit yang sudah ada.

Apa jadi kalau kita masih tak close trade tadi?

Market mula reverse dan kita akan mula cakap dengan diri sendiri “sepatutnya close je trade tadi dan ambil profit yang dah ada”.

Tool fibonacci expantion ini adalah satu tool trading yang bagus sekiranya kita mahu tahu di mana level yang bagus untuk kita ambil profit dan close posisi trading.