Back to: Belajar Forex Trading
Untuk melakukan analisa fundamental anda perlu pemahaman yang baik tentang makroekonomi dan isu geopolitik semasa.
Anda tidak perlu miliki sarjana dalam ekonomi untuk membuat semua ini, tapi apa yang penting adalah anda tahu cara untuk baca data ekonomi.
Pengambilan Utama
- Kalendar ekonomi adalah jadual yang digunakan trader untuk tahu bila berlakunya keluaran data ekonomi.
- Ia penting untuk trader lihat jadual ini agar tidak alami pendedahan risiko yang besar.
- Spike biasa berlaku apabila adanya keluaran data.
Isi kandungan
Apa Itu Data Ekonomi
Data ekonomi adalah data yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan pusat untuk menunjukkan perkembangan ekonomi negara.
Hasil daripada keluaran data ini akan dibandingkan dengan hasil data yang lepas untuk melihat kesihatan ekonomi negara secara menyeluruh.
Jika data yang dikeluarkan lebih lemah berbanding sebelumnya, ia bermaksud ekonomi negera itu sedang melemah. Sekiranya data yang dikeluarkan adalah lebih kukuh berbanding data yang lepas, ini bermakna ekonomi negara itu kukuh dan makin berkembang.
Jadi apabila anda ada dengar tentang keluaran data, apa yang dimaksudkan ialah data berkenaan ekonomi, dan data ini digunakan untuk mengukur kesihatan kewangan dan juga perkembangan ekonomi sesebuah negara.
Cara untuk kita lihat hasil keluaran data ini adalah dengan menggunakan alat yang di panggil sebagai “kalendar ekonomi” dan ianya amat penting sebagai seorang trader untuk melihat kalendar ini dari masa sekemasa sekurang kurangnya sehari sekali.
Apa Itu Kalendar Ekonomi?
Cara untuk kita lihat data ekonomi adalah dengan menggunakan economic calendar, ia adalah sebuah kalendar yang memaparkan tentang peristiwa keluaran data daripada pasaran besar dari seluruh dunia.
Maklumat yang dipaparkan pada kalendar ini adalah tarikh dan juga waktu bila ia akan berlaku.
Cara Baca Economic Calendar
Biasanya kesemua economic calendar akan memaparkan maklumat yang sama:
Time: Menunjukkan waktu bila data itu akan dikeluarkan, biasanya ia akan ikut waktu lokasi semasa anda.
Currency: Mata wang mana yang akan terjejas, contoh, sekiranya ia tunjuk GBP itu bermaksud mana-mana pair mata wang GBP boleh terjejas dengan keluaran data tersebut.
Event: Data apa yang akan keluar, NFP, GDP, Interest Rate, CPI, dan lain-lain.
Color: Warna kotak itu menunjukkan potensi kekuatan impak keluaran data itu pada mata wang negara tersebut.
- Warna putih bermaksud impak tidak kuat.
- Warna Kuning atau sesetengah kalendar guna warna oren, ia bermaksud keluaran data itu boleh memberi impak sedarhana pada mata wang tersebut.
- Warna merah adalah keluaran data yang boleh memberi impak yang tinggi dalam pasaran, biasanya data ini adalah amat penting untuk ketahui tentang perkembangan sesebuah ekonomi negara seperti GDP.
Forecast: Tunjuk apakah angka ramalan yang dijangkakan untuk data tersebut oleh ahli ekonomi.
Previous: Rujuk kepada angka keluaran data yang lepas.
Actual: Menunjukkan angka yang sebenar apabila hasil data itu telah dikeluarkan.
Kenapa Perlu Pantau Economic Calendar?
Sebab apa ianya penting untuk trader melihat kalendar ekonomi ini dengan kerap?
Pergerakan Turun Naik
Biasanya bila berlaku keluaran data lagi-lagi data berwarna kuning atau merah, ia boleh memberikan impak yang kuat terhadap pasaran.
Ketika inilah banyak berlakunya candlestick spike dan apa yang trader selalu panggil sebagai “stop hunt”.
Sebab itu ianya penting untuk anda tahu bilakah akan berlakunya keluaran data pada hari tersebut, agar anda tidak membuka posisi trade ketika adanya keluar data yang akan berlaku tidak lama lagi.
Ianya lebih penting untuk anda lihat economic calendar dengan lebih kerap sekiranya anda adalah seorang scalper trader, disebabkan scalper trade pada time frame yang lebih rendah maka mereka yang akan paling terasa impak pergerakan pasaran yang kuat.
Jadi untuk elak daripada terkena dengan pergerakan harga yang tidak menentu ketika keluaran data, dinasihatkan untuk sentiasa melihat dan tahu bilakah waktu akan ada keluarnya data dan mata wang apa yang akan terjejas.
Soalan Lazim
Boleh Ke Trade Masa Keluaran Data?
Bergantung kepada broker yang anda guna, ada broker tidak membenarkan trader trade beberapa minit sebelum keluarnya data, ada broker yang benarkan trader untuk trade semasa keluaran data. Tapi pastikan anda tahu akan risiko trade ketika berlakunya keluaran data.
Patut Ke Trade Masa Keluaran Data?
Jika strategi anda sememangnya jenis tangkap pergerakan besar untuk tempoh masa pendek, mungkin keluaran data akan memberikan peluang tersebut. Ianya tidak mustahil untuk anda dapat tangkap pergerakan 100 pip atau lebih jika berdagang ketika berlakunya keluaran data. Tapi anda perlu ingat juga akan risiko yang boleh berlaku, ianya tidak mustahil juga untuk harga bergerak 100 pip ke arah yang bertentangan.
Apa Patut Buat Bila Ada Keluaran Data?
Jika anda adalah seorang “news trader“, pastikan anda jaga risiko anda dan tahu dimana anda ingin keluar dari trade sekiranya harga bergerak ke arah bertentangan.
Sekiranya anda bukan seorang yang suka trade ketika keluaran data, ianya dinasihatkan untuk tunggu data tersebut untuk keluar dahulu dan selepas pasaran sudah reda sedikit mungkin beberapa minit lepas keluarnya data tersebut, itu adalah waktu yang sesuai untuk anda mula trade semula.
Bagaimana jika sudah ada posisi trade yang sedang aktif dan ada berlakunya keluaran data?
Jika anda sudah ada posisi trade yang masih aktif dan terdapat keluaran data akan berlaku tidak lama lagi, saya nasihatkan anda untuk lakukan trade management untuk pastikan pendedahan risiko anda rendah.
Apa Itu Black Swan?
Black swan adalah sebuah perstiwa yang mengejut boleh berlaku secara tiba-tiba. Tidak seperti keluaran data atau peristiwa yang telah dicatatkan dalam kalendar ekonomi, perkara ini boleh dijangkakan.
Black swan adalah sesuatu perkara yang tidak dapat dijangkakan seperti bencana alam, isu politik, kegagalan komputer dan peperangan. Walaupun peristiwa seperti ini jarang berlaku, tapi sekali ia berlaku tidak mustahil untuk memberi impak yang kuat pada pasaran.
Kesimpulan
Economic calendar adalah sebuah alat yang penting buat trader tapi selalu diremehkan, ramai trader fikirkan bahawa analisa fundamental ini tidak penting seperti analisa teknikal.
Tapi analisa fundamental sebenarnya main peranan yang agak penting buat trader, walaupun mereka tidak trade ketika keluarnya data, ianya penting untuk mereka tahu bila akan berlakunya keluaran data tersebut agar mereka tidak terdedah dengan pergerakan harga yang kuat.
Jadikan ia sebagai tabiat untuk melihat economic calendar sekurang-kurangnya sehari sekali agar anda tahu bila ada berlakunya keluaran data dan mata wang apa yang boleh terjejas.