DOUBLE TOP dan DOUBLE BOTTOM Pattern

Double top dan double bottom adalah sebuah chart pattern dalam kategori trend reversal. Ia hanya berlaku apabila pergerakan trend pasaran sudah berada pada peringkat penghujungnya dan ingin berubah arah.

Mari kita lihat macam mana cara untuk mengenal pasti pattern ini serta bagaimana cara untuk trade pattern double top dan double bottom.


Pengambilan Utama

  • Double top adalah chart pattern bearish reversal, manakala double bottom adalah pattern bullish reversal.
  • Pattern ini agak susah untuk dikenal pasti ketika ia sedang berlaku.
  • Untuk tahu pattern double top atau double bottom telah berlaku adalah dengan tunggu harga untuk bergerak melebihi aras garisan neckline(support atau resistance).

Double Top

Contoh Double Top Chart Pattern

Pattern double top hanya terjadi selepas pergerakan uptrend, ia berlaku apabila harga gagal untuk bergerak melebihi paras swing high yang sebelumnya dalam erti kata lain harga kekal pada paras ketinggian yang sama sebanyak dua kali berturut-turut.

Rupa double top kelihatan seperti huruf “M“.

Double top terdiri daripada 2 swing high yang sama paras dan juga satu aras resistance, tapi kita akan panggil aras ini sebagai neckline.

Cara Trade Pattern Double Top

Jika harga bergerak melebihi paras neckline, itu bermaksud pattern double top telah berlaku dan arah trend akan berubah.

Trade Double Top Pattern

Jarak di antara neckline dan swing high adalah sasaran minima kita untuk ambil keuntungan, jika jaraknya adalah 50 pip, maka TP kita akan berada pada 50 pip dari kita entry.

Disebabkan kita perlu tunggu harga bergerak melebihi paras neckline untuk kepastian, ia mungkin tindakan yang bagus untuk letak Stop Order pada kawasan neckline tersebut.

Stop loss kita boleh diletakan di atas swing high pattern double top.

Double Bottom

Contoh Chart Pattern Double Bottom

Double bottom berkongsi ciri-ciri yang sama seperti double top cuma diterbalikan.

Daripada 2 swing high yang sama, double bottom terdiri daripada 2 swing low yang sama dan garisan support atau neckline.

Ia adalah bullish reversal pattern dan hanya berlaku selepas pergerakan downtrend.

Situasi pattern ini berlaku apabila:

  1. Pasaran membuat swing low baru.
  2. Harga membuat kenaikan seketika sebelum turun semula, tapi gagal untuk membuat swing low baru.
  3. Harga bergerak melebihi paras neckline yang membuktikan perubahan arah trend telah berlaku.

Cara Trade Pattern Double Bottom

Trade Pattern Double Pattern

Sekiranya harga berjaya membuat breakout dari garisan neckline maka itu adalah signal untuk entry. Jarak sasaran kita adalah sama dengan jarak diantara neckline dan swing low. Jika jarak diantara swing low dan neckline adalah 50 pip, maka jarak take profit kita adalah di 50 pip juga.

Stop loss boleh diletakan pada bawah swing low. Satu petua yang baik adalah anda boleh letak pending order di paras neckline agar apabila berlakunya breakout anda tidak terlepas trade tersebut kerana dari semasa ke semasa harga akan membuat pergerakan besar apabila berlakunya pecahan dari kawasan tersebut.