Back to: Fibonacci Trading Tools
Tool fibonacci fan mungkin antara tool fibonaci yang paling jarang digunakan oleh kebanyakan trader mungkin kerana tidak ramai orang tahu cara penggunaan tool ini.
Jadi di bahagian ini kita akan lihat cara penggunaan tool fibonacci fan ini.
Apa Itu Fibonacci Fan?
Fibonacci Fan ini menunjukan area potensi level support & resistance tetapi daripada memberikan level support & resistance dalam garisan yang lurus ia akan beri level tersebut dalam keadaan cerun dan kelihatan seperti trendlines.
Fibonacci Fan yang cerun ke atas menunjukan area potensi support manakala fibonacci fan yang cerun ke bawah menunjukan area potensi resistance.
Level-Level Fibonacci Fan
Selepas kita sudah plot fibonacci fan di chart akan ada 3 trendlines dan trendlines tersebut adalah fibo fan dan ketiga-tiga trendline tersebut adalah level support & resistance.
Kalau kita guna fibo fan di market uptrend jadi level trendline tersebut adalah level support dan begitu juga di sebaliknya jika kita guna fibo fan di downtrend market level-level trendline tersebut adalah level resistance.
Fibo fan yang paling biasa digunakan adalah 38.2%, 50% & 61.8%. Ini adalah nombor ratio fibonacci yang paling biasa digunakan.
Cara Trade & Guna Fibonacci Fan
– Fibo Fan Uptrend
Di market uptrend point pertama sekali kita perlu kenal pasti adalah swing low yang paling rendah sekali ketika analysis market. Point kedua adalah swing high yang paling ketara ketika analysis.
– Fibo Fan Downtrend
Di downtrend market pula kita perl bermula dari point swing high yang paling jelas dan point kedua adalah di swing low yang paling ketara ketika analysis chart tersebut.
Cara Pilih Market Swing
Pilihan market swing yang betul untuk plot fibo fan adalah satu benda yang amat penting jika tersalah pilih market swing ada kemungkinan besar plot fibo fan kita akan jadi salah dan market tidak akan ada riaksi di level fan tersebut.
Kebiasaanya kita perlu pilih 2 point swing market yang paling jelas ketika analysis chart.
Sekiranya anda pilih swing market yang terlalu jauh, ini tidak akan memberi anda pemerhatian yang cukup untuk mengesahkan bahawa market akan bertindak balas di sekitar garisan fibo fan tersebut.
Sama juga sekiranya kita memilih swing market yang terlalu dekat, garis fibonacci fan akan jadi terlalu curam dan tidak mempunyai penggunaan yang praktikal.
Jadi apa yang saya sarankan adalah menggunakan Rule 1,2,3.
Apa itu rule 1,2,3?
Sebenarnya tak wujud pun nama rule ini, saya yang reka sendiri dan ini apa yang saya jumpa berdasarkan backtest saya sendiri.
Cara terbaik untuk pilih market swing untuk marking fibo fan adalah dengan pattern swing market 1,2 & 3.
Jadi apa itu pattern 1,2,3 ini sebenarnya?
Ianya mudah saja kita hanya perlu cari 2 titik swing high market untuk berlaku untuk uptrend dan mula sambungkan fibo fan dari swing low market ke titik swing high yang ke 2 atau kalau ikut gambar rajah di atas ianya point ke 3.
Untuk market downtrend pula situasi yang sama cuma terbalikan.
Kita perlu kenal pasti dahulu 2 titik swing low market dan mula dari swing high kita sambungkan ke swing low atau point ke 3.
Ini satu contoh di chart:
Gambar di atas menunjukan yang market sedang bergerak dalam uptrend tapi kemudian ada pergerakan 1,2,3 tetapi dalam bentuk downtrend berlaku.
Bila kita mula plot tool fibonacci fan kita dapat lihat yang market menghormati garisan trendline fibo fan tersebut.
Di bawah adalah contoh fibo fan dengan contoh 1,2,3 untuk uptrend(Bullish) market.
Jadi adakah kita boleh gunakan fibonacci fan sahaja untuk analysis market?
Dari masa-kesemasa memang kita dapat lihat yang market akan menghormati level fibo fan tersebut tetapi ianya lebih elok untuk digabungkan dengan tool fibonacci yang lain seperti fibonacci retracement.
Untuk gabungkan 2 tool ini kita mula dengan plot dahulu fibo fan kita.
Kemudian kita plot fib retracement menggunakan 2 titik swing yang sama, apa yang kita perlu lihat adalah di area dimana fibo fan dan fib retracement bertembung kebiasaanya di area situ adalah area yang kuat.
Breakout
Anda juga perlu ingat disebabkan fibo fan menggunakan konsep yang sama seperti trendline jadi breakout boleh berlaku di fibo fan juga.