ADAKAH ANDA PATUT CIPTA TRADING STRATEGI SENDIRI

Untuk menjumpai sebuah teknik analisa atau trading strategi bukan satu perkara yang mudah ada trader akan meluangkan masa yang lama sebelum mereka menjumpai teknik analisa yang bersesuaian dengan diri mereka.

Sebab itu ianya penting untuk trader tahu apakah gaya trading yang sesuai buat diri mereka dan bukannya memilih sebuah strategi itu hanya kerana mereka lihat ada trader lain yang berjaya membuat keuntungan menggunakan teknik itu.

Tapi soalan yang selalu ditanya oleh trader baru adalah, adakah mereka patut mencipta strategi mereka sendiri atau mereka perlu belajar saja teknik yang sudah dicipta oleh trader lain.

Kita akan bongkarkan semuanya dengan lebih mendalam.


Pengambilan Utama

  • Membina trading strategi anda sendiri lebih disarankan daripada membeli atau guna strategi yang mudah didapati dari internet.
  • Mengenali serta ketahui gaya trading anda amat penting agar anda dapat membina strategi yang sesuai dengan diri anda.
  • Terdapat dua jenis teknik analisa teknikal utama iaitu Price Action dan Indicator trading.

Bina Strategi Sendiri atau Guna Teknik Yang Sedia Ada?

Trader biasa tanya soalan seperti, patut ke bina teknik trading sendiri atau guna saja teknik yang sudah dicipta oleh trader lain?

Jalan yang disarankan buat trader baru adalah untuk belajar saja teknik atau strategi yang sudah terbukti berkesan, ini kerana mereka tidak perlu meluangkan masa yang lama untuk mencipta strategi analisa mereka tersendiri.

Ketika anda sedang memilih strategi analisa untuk dipelajari pastikan ianya sudah mempunyai rekod prestasi yang bagus dan gaya trading itu sesuai dengan diri anda.

Tapi apabila anda sudah memasuki ke fasa trader yang konsistent ianya disarankan untuk anda cuba mencipta strategi trading anda tersendiri kerana ia dapat memberikan kelebihan buat anda berbanding trader lain.

Kenapa Perlu Cipta Trading Strategi Sendiri?

Cara Pindahan Keuntungan dan Kerugian dalam forex trading

Anda boleh lihatnya begini, jika semua trader menggunakan strategi yang sama maka prestasi trading serta potensi keuntungan mereka semua akan kekal sama atau sederhana.

Sekiranya anda ingin meningkatkan prestasi trading anda dan bawa trading anda ke peringkat seterusnya anda perlu cipta S.O.P trading anda tersendiri supaya anda dapat asingkan diri daripada kalangan trader lain pada masa yang sama berada beberapa langkah di hadapan.

Disebabkan ini apabila anda ingin bawa prestasi trading anda ke tahap seterusnya anda tidak boleh menggunakan kaedah yang sama seperti kebanyakkan trader lain, anda perlu mempunyai sebuah teknik yang tidak diketahui ramai dan hanya unik pada diri anda sendiri.

Tapi untuk mencipta strategi trading bukanlah mudah dan boleh ambil masa yang lama, sebab itu cara ini hanya disarankan apabila anda sudah menjadi seorang trader yang konsistent kerana pada tahap itu anda sudah mempunyai ilmu berkenaan pasaran yang mendalam.

Anda boleh cipta strategi bermula dari kosong tapi ianya lebih bagus untuk menambah baik strategi yang anda sedang gunakan kerana ia dapat mengurangkan tempoh masa yang diambil, serta strategi itu sudah terbukti berkesan.

Semua strategi asalnya dicipta atas strategi yang lain. Maksudnya, setiap strategi yang anda nampak trader lain gunakan terdapat kemungkinan tinggi sebenarnya ianya dicipta berdasarkan sebuah strategi yang lain tapi diubah suai atas apa trader itu telah try and error untuk melihat apa yang berkesan dan apa yang tidak berkesan.

Contoh mungkin anda perasan terdapat benda yang anda boleh tambah lagi dalam S.O.P strategi yang anda sedang guna. Lepas itu anda perlu membuat backtest untuk melihat prestasi strategi tersebut apabila anda menambah sesuatu.

Jika prestasi penambahbaikan itu bagus maka anda telah berjaya cipta strategi anda sendiri.

Kita tidak perlu mencipta tayar baru kerana sudah terbukti tayar bulat adalah cara yang paling berkesan, tapi apa yang kita boleh buat adalah menambah baik lagi tayar tersebut untuk meningkatkan prestasi dia.

Sama seperti dalam trading, kita tidak perlu mencipta sebuah strategi baru(walaupun boleh) tapi kita boleh saja menambah baik lagi strategi yang sedang digunakan.

Salah satu caranya adalah dengan lihat semula posisi trade anda yang gagal dan menang, cuba untuk kenal pasti apakah punca trade itu menjadi rugi dan punca posisi trade itu menjadi untung.

Dengan mengkaji semula chart dan sejarah trade, anda mungkin akan nampak berlakunya corak yang sentiasa berulang kali setiap kali anda rugi dan untung.

Contoh mungkin anda perasan antara punca utama posisi trade itu alami kerugian bukan disebabkan analisa anda salah tapi kerana waktu posisi trade itu dibuka terlalu awal, pada masa yang sama anda perasan setiap kali posisi trade itu menjadi untung adalah apabila berlakunya corak candlestick tertentu.

Menggunakan penjumpaan ini anda boleh membuat backtest untuk hanya membuka posisi trade apabila berlakunya pattern candlestick tersebut dan lihat bagaimana prestasinya.

Jika prestasi strategi itu menjadi lebih bagus dengan penambahbaikan tersebut maka anda ingin kemas kini strategi itu untuk menggunakan syarat atau S.O.P baru tersebut.

Kesimpulan

Sekiranya anda masih baru dalam forex trading ianya lebih disarankan untuk anda belajar dan guna saja strategi yang sudah terbukti berkesan kerana ia dapat kurangkan tempoh masa belajar anda serta ianya lebih mudah.

Tapi sekiranya anda sudah mula menjadi konsistent dalam trading, ia disarankan untuk mula mencipta teknik anda sendiri kerana ia dapat membantu untuk meningkatkan prestasi trading anda yang akan meletakkan anda pada tahap yang berbeza berbanding kebanyakan trader lain.