Beli Bitcoin Pertama Anda

Sekarang mari kita cuba beli bitcoin pertama kita. Saya akan tunjukan cara nak guna sebuah website bernama LocalBitcoins untuk membeli bitcoin pertama anda.

Apa itu LocalBitcoins?

Website ini adalah salah satu cara yang terbaik untuk anda cuba beli bitcoin pertama anda kerana kemudahan untuk guna platform ini serta kita menjual dan membeli daripada orang tempatan.

Boleh anggapkan website ini ibarat mudah.my cuma daripada kita jual atau beli barang kita membeli atau menjual bitcoin.

Antara kelebihan platform ini adalah ianya sudah lama wujud dan biasanya kita akan buat transaksi bersama orang tempatan.

Kita juga boleh gunakan bank tempatan dan online bankin, jadi tidak perlu guna kredit/debit kad atau paypal untuk buat transaksi, tapi ada juga yang menerima pembayaran cara itu kalau anda mahu.

Cara Guna LocalBitcoins

Jadi macam mana cara nak beli bitcoin pertama kita?

Pertama sekali sudah tentu anda perlu buka website localbitcoin dahulu dan daftar akaun, boleh tekan sini untuk daftar akaun.

Kemudian kita perlu sahkan alamat email kita. Sekiranya anda mahu buat transaksi yang lebih besar biasanya kita perlu sahkan dahulu identiti kita ianya memang syarat mereka untuk elak daripada berlakunya pengubahan wang haram.

beli bitcoin

Selepas anda sudah daftar akan boleh tekan butang “Buy Bitcoin” dan lihat pelbagai profile yang kita boleh pilih untuk buat transaksi.

Cara saya pilih profile mana nak guna adalah dengan lihat reputasi atau rating mereka dulu adakah mereka sudah banyak lakukan transaksi jika ye ianya bagus.

Kemudian lihat jenis payment yang mereka terima ada sesetengah terima E-Wallet seperti boost atau TouchAndGo ada yang hanya terima bank transfer.

Selepas itu berapa perbezaan harga BTC yang mereka caj sama adakah tinggi sangat atau boleh tahan.

Serta berapakah minimum dan maximum transaksi yang mereka terima, sesetengah ada yang terimah serendah RM100 ada juga minimum RM1000. Jadi ia bergantung kepada berapa jumlah BTC yang anda nak beli dalam bentuk RM.

Nota: Sesetengah penjual memerlukan kita untuk mengesahkan identiti kita dahulu sebelum kita boleh membeli bitcoin melalui mereka, jika penjual yang anda pilih ada tunjuk mesej seperti gambar di bawah, itu bermaksud kita perlu mengesahkan identiti kita. Proses dia tidak susah pun hanya perlu letak info alamat kita dan pilih dokument yang kita mahu guna sebagai pengesahan seperti, lesen memandu, pasport atau IC. Kemudian hantar gambar dokument tersebut dan tunggu untuk akaun kita disahkan.

sahkan identiti di localbitcoins

Proses pengesahan ini kita hanya perlu buat sekali saja, selepas akaun sudah sah kelebihan yang kita dapat, kita boleh membuat jumlah transaksi yang lebih tinggi dan kita boleh pilih mana-mana dealer kita mahu untuk melakukan transaksi, jadi tidak rugi untuk selesaikan proses ini awal-awal.

cara beli bitcoin pertama

Kemudian masukan jumlah yang anda mahu beli dalam bentuk RM dan mula hubungi dealer tersebut untuk buat pembayaran.

Selepas anda buat pembayaran dan sudah beri tahu dealer tersebut, biasanya tak sampai 10 minit macam tu(bergantung kepada dealer) bitcoin tersebut sudah masuk ke wallet localbitcoin kita.

beli cryptocurrency

Tahniah!! Anda sudah berjaya beli bitcoin pertama anda 🙂

Di bahagian seterusnya anda akan belajar tentang crypto wallet dan macam mana kita nak transfer bitcoin kita dari localbitcoin ke dalam wallet peribadi kita.

>Tekan Untuk Daftar Akaun Localbitcoins<

Jumpa anda di bahagian seterusnya.