FOREX PAIR

Apabila kita ingin berdagang dalam pasaran forex, apa yang kita buat adalah menjangkakan sebuah mata wang tersebut akan menjadi lebih kukuh atau melemah berbanding mata wang lain.

Dalam forex trading kita akan melakukan transaksi di antara dua mata wang berbeza, trader akan panggil ini sebagai “pair mata wang“.

Sebagai contoh katakan anda jangka EUR akan menjadi lebih kukuh berbanding USD maka anda akan buka posisi buy di pair EUR/USD.

Kita akan sentiasa trade dalam bentuk pair mata wang, katakan British Pound akan lebih kukuh berbanding Yen Jepun maka kita akan lihat pair GBP/JPY.


Pengambilan Utama

  • Forex trading melibatkan 2 mata wang yang berbeza dipanggil sebagai pair.
  • Apabila kita berdagang dalam forex itu bermakna kita membeli atau menjual pair mata wang.
  • Terdapat 3 jenis pair mata wang, major, minor dan exotic.
  • Pergerakan major pair lebih kuat berbanding pair lain kerana jumlah transaksi yang lebih tinggi.
  • Pergerakan pair exotic agak susah untuk dijangkakan.

Cara Baca Forex Pair

Dalam pair mata wang, apa yang anda perlu ingat adalah:

  1. Base currency
  2. Quote Currency atau Counter Currency
  3. Kadar Tukaran
Cara baca pair forex

Mata wang yang pertama diatas yang terletak di sebelah kiri dipanggil sebagai “Base Currency” atau mata wang asas dalam bahasa dan mata wang kedua di sebelah kanan pulak dipanggil “Quote Currency” atau “Counter Currency“.

Kadar tukaran pula ia memberitahu berapa jumlah quote currency yang diperlukan untuk membeli base currency.

Contoh katakan anda ingin beli EUR/USD dan kadar pertukaran semasa adalah 1.24013 ini bermaksud anda perlu membayar sebanyak $1.24 USD untuk tukar kepada €1 EURO.

Jenis-Jenis Pair Mata Wang

Terdapat 180 jenis mata wang yang berbeza di seluruh dunia ketika ini.

Dengan jumlah mata wang sebanyak itu kita akan dapat pelbagai jenis pasangan mata wang yang berbeza, tetapi itu tidak bermakna kesemuanya berada di paras yang sama.

Terdapat 3 jenis katagori pair mata wang dalam forex:

  1. Major pair
  2. Minor pair
  3. Exotic pair

Jadi apakah perbezaan bagi setiap katagori pair mata wang tersebut?

Sebelum itu anda perlu tahu dulu apakah mata wang yang kuat dalam forex.

  • EUR
  • GBP
  • AUD
  • NZD
  • USD
  • CAD
  • CHF
  • JPY

Ini adalah senarai 8 mata wang terkuat dalam pasaran forex kerana ini adalah mata wang negara dimana ekonomi mereka adalah antara yang terkuat kuat dunia.

Major Pair

Setiap major pair adalah berdasarkan mata wang terkuat dunia yang bergabung dengan mata wang A.S dollar(USD).

Senarai Major Pair

Jika anda lihat rajah di atas, itu adalah senarai 8 major pair dalam forex dan setiap pair tersebut pasti akan bergabung bersama mata wang USD.

Major pair adalah pair mata wang yang paling kerap didagang dalam pasaran fx, sebab itu jumlah transaksi pada pair-pair major biasanya lebih tinggi dan pergerakan mereka lebih laju.

Itu adalah antara sebab kenapa trader-trader forex selalunya akan lebih fokus kepada major pair berbanding pair lain seperti exotic.

Minor Pair

Pair di katagori ini melibatkan mata wang dari ekonomi terkuat dunia juga, cuma mereka tidak berpasangan bersama mata wang USD.

Senarai pair minor
Senarai Minor Pair

Walaupun pair ini tidak di katagori dalam senarai major pair, itu tidak bermakna pair-pair ini tidak boleh didagang.

Meskipun tidak memiliki jumlah transaksi yang tinggi seperti major pair, tapi jumlah transaksi yang berlaku di dalam katagori minor pair ini masih lagi tinggi serta stabil dan terdapat banyak peluang potensi trade.

Jumlah transaksi yang paling tinggi dalam katagori minor adalah mana-mana gabungan pair EUR, GBP dan juga JPY.

Exotic Pair

Mata wang dalam katagori exotic pair adalah mata wang yang terdiri daripada negara yang sedang baru membangun.

Exotic pair terdiri daripada mata wang terkuat dunia digabungkan dengan mata wang dari negara dimana ekonomi mereka masih baru membangun atau saiz ekonomi yang masih kecil.

Senarai exotic pair
Antara Pair Exotic

Bergantung juga kepada broker forex yang anda guna, mungkin tidak kesemua pair exotic akan ditawarkan kerana setiap broker akan menawarkan pilihan pair yang berbeza.

Ianya begitu disarankan untuk tidak trade pada pair exotic ini kerana jumlah transaksi mereka agak rendah dan pergerakan pair exotic agak susah untuk di ramal, pada masa yang sama jarak spread di pair exotic biasanya lebih tinggi berbanding major dan minor.

Pergerakan Pair Exotic

Pair exotic juga biasa dielak oleh trader kerana pergerakan menggejut yang boleh berlaku.

Ini kerana exotic pair biasanya lebih mudah terdedah kepada prubahan ekonomi.

Seperti dikatakan tadi, pair exotic ini terdiri daripada ekonomi negara yang sedang ingin membangun, disebabkan ini terdapat pendedahan risiko seperti skandal politik dan gejala rasuah yang tinggi.

Jika anda masih ingin trade pair mata wang ini sila berhati-hati dan tahu akan pendedahan risiko yang ada apabila trade pair exotic.

Soalan Lazim

Apa Itu Pair Forex?

Pair forex bermaksud pasangan di antara 2 mata wang berbeza. Contoh pair AUD/CAD adalah pasangan mata wang antara Australia dollar dan Kanada dollar. Dalam forex, trader akan berdagang di antara dua jenis mata wang yang berbeza.

Pair Apa Paling Senang Nak Trade?

EUR/USD bukan saja pair yang paling mudah untuk membuat analisa tetapi ia juga adalah pair yang paling stabil dan kerap didagang. Pair EUR/USD adalah pair kegemaran ramai trader mahu trader baru atau lama.

Berapa Banyak Pair Patut Anda Trade?

Jika anda masih baru lagi dalam forex trading, saranan terbaik adalah untuk hanya fokus pada 1 atau 2 pair mata wang saja untuk pemulaan dalam satu masa.

Selepas anda sudah menjadi mahir dan ilmu trading semakin kukuh, baru anda boleh cuba untuk berdagang lebih banyak pasangan mata wang di major dan minor pair.

Boleh Ke Trade Exotic Pair?

Jika broker yang anda guna ada menawarkan pair exotic maka anda boleh trade pair tersebut. Tapi pastikan anda tahu akan risiko yang dimiliki sekiranya ingin trade pair exotic. Exotic pair biasanya memiliki spread yang luas dan pergerakan arah yang susah untuk dijangkakan.

Apa Maksud Kita Sell Pair Mata Wang Dalam Forex?

Apabila kita membuka sell order itu bermakna kita akan membeli counter currency dengan jangkaan mata wang itu akan menjadi lebih kukuh berbanding base currency.

Sebagai contoh kalau anda sedang trade pair EUR/USD dan anda buka sell order, itu bermaksud anda telah membeli USD kerana jangkaan anda USD akan jadi lebih kukuh berbanding EURO.

Kesimpulan

Terdapat banyak jenis pair mata wang yang ada, seperti dikatakan di atas terdapat lebih daripada 180 jenis mata wang di seluruh dunia. Jika kita ingin gabungkan setiap mata wang, itu bermakna terdapat beratus-ratus jenis pair mata wang.

Tapi itu tidak bermakna kita boleh berdagang kesemua ratusan pair tersebut, disarankan untuk trader hanya fokus kepada pair katagori major dan minor sahaja disebabkan pergerakan mereka lebih stabil berbanding pair katagori lain.

Bergantung juga kepda jenis broker yang digunakan, tidak semua broker menawarkan pelbagai jenis pair mata wang.