Back to: Belajar Cryptocurrency dan Blockchain(Wira Crypto)
Sebelum kita mula, saya ingin terangkan tentang perbezaan XRP, Ripple Labs dan RippleNet. Ramai orang ingatkan semua tu sama tetapi sebenarnya mereka berbeza.
Apa itu Ripple
Ripple Labs sebenarnya adalah sebuah syarikat di U.S, pada asalnya nama ripple adalah OpenCoin Inc dan kemudiannya di tukar ke Ripple Labs, selepas itu ke Ripple pada tahun 2015.
Dan asal usul ripple ini sebenarnya bermula dari Ripplepay yang dicipta pada tahun 2004 oleh Ryan Fugger. Kemudian Ryan dihubungi oleh Jed McCaleb untuk meminta kebenaran untuk meneruskan project tersebut.
Seperti syarikat lain, ripple adalah sebuah yang fokus untuk menjana keuntungan dan syarika tersebut menggawal segala perkembangan dan marketing untuk RippleNet.
Apa itu RippleNet
RippleNet adalah sebuah platform pembayaran dan sistem ini bertujuan untuk membolehkan institusi melakukan transaksi dengan segera ke seluruh dunia.
Sistem kewangan traditional boleh menggambil masa 3 hingga ke 5 hari untuk meluluskan transaksi, itu tempoh waktu yang agak perlahan kerana rangkaian bank tidak sentiasa berhubung antara satu sama lain.
Sebagai contoh, ada sebuah syarikat mahu hantar duit ke luar negara melalui Bank di US, syarikat tersebut mahu hantar duit ke negara India.
Tetapi bank di India tidak menerima USD contohnya. Jadi apa bank di US perlu buat adalah cari bank lain yang menerima USD untuk tukar ke INR, mata wang negara India.
Atau bank yang digunakan oleh syarikat tersebut tidak mempunyai rangkaian yang menghubungkan mereka bersama dengan bank di India, jadi apa mereka perlu buat adalah dengan mencari bank lain yang ada rangkaian dengan bank yang mereka mahu berhubung.
Sebab itu kos transaksi agak mahal dan boleh ambil masa berhari bila hantar duit ke luar negara dengan menggunakan perkhidmatan seperti SWIFT atau Western Union.
Dengan RippleNet tempoh transaksi boleh ambil masa dalam beberapa saat saja untuk lulus.
Apa yang syarikat di US perlu buat adalah dengan pilih institusi yang disokong oleh RippleNet dan ripple akan terus hantar transaksi tersebut ke institusi yang disokong oleh ripple di negara India dalam bentuk cryptocurrency XRP sebelum tukar ke mata wang INR.
Kiranya dengan guna RippleNet, pihak bank tidak perlu mencari bank yang menerima USD untuk tukar ke INR tetapi mereka tukar USD tersebut kepada XRP dan hantar ke destinasinya dalam contoh ini India dan tukar XRP tersebut ke INR bila sudah sampai dan semua ini berlaku dengan kos yang rendah serta dalam tempoh masa yang pendek berbanding dengan cara yang biasa digunakan oleh pihak bank.
Selain dari XRP, mata wang lain juga boleh digunakan di dalam ekosistem ripple.
Apa itu Coin XRP
XRP pula adalah cryptocurrency yang digunakan oleh Ripple untuk memudahkan semua transaksi.
Untuk lagi memmudahkan, Ripple adalah sebuah syarikat yang ingin melancarkan urus niaga yang dilakukan secara global. Manakala XRP adalah sebuah cryptocurrency yang boleh digunakan sebagai kaedah pembayaran atau pengiriman wang melalui ripplenet.
Jadi lepas ini kalau anda ada baca berita dan berita sebut “Ripple” ia dimaksudkan sebuah syarikat, jika “XRP” ia bermaksud coin cryptocurrency XRP.
– Cara XRP Berfungsi
Seperti bitcoin XRP juga adalah sebuah cryptocurrency yang bertujuan untuk membenarkan kiriman wang dilakukan dengan pantas dan murah tidak kira dimana jua.
Tidak seperti bitcoin dimana coin baru akan di mining setiap 10 minit. XRP tiada istilah mining dan kesemua bekalan XRP sudah dicipta di awal-awal pembinaan.
Jumlah XRP yang dicipta adalah sebanyak 100 billion XRP, dan buat masa ini hanya 46 billion XRP berada di dalam peredaran, selebihnya masih di dalam hardware wallet di syarikat ripple.
Algorithm XRP agak berbeza sedikit, tidak seperti proof of work atau proof of stake, XRP menggunakan ‘Ripple Consensus Algorithm’. Maksudnya tiada sebarang ganjaran akan diberikan, seperti proof of work yang memberikan ganjaran untuk miner bagi setiap block baru berjaya mine, manakala proof of stake mendapat ganjaran daripada fee transaksi.
Ripple Consensus Algorithm tidak memberi sebarang ganjaran, selepas block baru sudah dicipta dan disahkan di dalam rangkaian ianya sudah tidak boleh diubah selamanya.
Tempoh transaksi untuk XRP adalah sekitar 3 hingga 5 saat, dan berdasarkan dokumen XRP, ia boleh urus sebanyak 1,500 transaksi setiap saat.