FOREX BROKER

Sebelum wujudnya broker forex, hanya mereka yang berduit saja seperti bank, hedge fund dan institusi besar yang dapat melakukan transaksi dalam pasaran forex.

Tapi selepas terciptanya internet dan kemudian munculnya syarikat-syarikat broker forex barulah trader-trader kecilan dapat melibatkan diri dalam membuat transaksi jual beli dalam pasaran forex.


Pengambilan Utama

  • Broker adalah orang tengah diantara trader dan liquidity provider.
  • Pihak broker jana keuntungan daripada spread, bayaran komisyen dan caj bayaran.
  • Terdapat 3 jenis katagori broker, Dealing Desk, Non-Dealing Desk dan Hybrid.

Apa Itu Forex Broker

Broker forex adalah orang tengah yang akan menyambung transaksi jual beli trader runcit kepada rankaian liquidity provider.

Liquidity provider atau LP adalah sebuah institusi yang bertindak sebagai market maker dalam kelas aset yang dipilih. Maksudnya liquidity provider ini dikira sebagai pembekal kecairan dan bertindak sebagai kedua-dua pihak urus niaga dalam contoh ini ianya adalah mata wang, LP ini akan menjadi penjual serta pembeli aset pada harga tertentu.

Contoh sekiranya kita ingin menjual pair EUR/USD maka kita perlukan seseorang yang ingin membelinya, maka LP akan menjadi sebagai pembeli dalam transaksi kita. Jika kita ingin membeli, pihak LP akan bertindak sebagai penjual.

Maka pihak broker akan bertindak sebagai orang tengah untuk menghubungkan kita dengan pihak liquidity provider.

Tujuan broker adalah untuk membenarkan kita sebagai trader kecilan dapat melakukan transaksi trading dalam pasaran fx walaupun dengan modal yang kecil.

Tiga Jenis Broker Forex

Terdapat 3 jenis broker yang anda perlu tahu, dealing desk, non dealing desk dan juga hybrid.

1. Dealing Desk Broker

Cara forex broker dealing desk beroperasi
Cara Broker Dealing Desk Beroperasi

Broker Dealing desk adalah sebuah broker di mana mereka lah yang akan bertindak sebagai liquidity provider bagi pihak trader.

Maksudnya, daripada menghantar pesanan transaksi trader kepada LP, pihak broker yang akan serap transaksi tersebut. Jika trader buka posisi beli maka pihak broker yang akan bertindak sebagai penjual.

Pihak broker juga akan cuba untuk “matching order” kita dengan trader lain.

Contohnya, jika kita buka posisi beli sebesar 0.10 lot pada pair GBP/JPY dan terdapat trader lain yang membuka posisi jual di pair yang sama dengan saiz lot 0.10 maka pihak broker akan “matching order” buy kita dengan order trader yang membuka posisi jual tersebut.

Broker dealing desk juga dikenali sebagai market maker(MM) atau B-book. Jadi jika anda dengar saja trader menyebut “market maker” atau “B-book” mereka rujuk kepada broker jenis dealing desk.

Kekurangan broker market maker adalah, mereka mempunyai reputasi untuk cuba merugikan trader, ini kerana mereka adalah pihak yang akan ambil pesanan dagangan trader, jadi jika trader mendapat keuntungan itu bermakna pihak broker akan menerima kerugian dan apabila trader rugi mereka akan membuat keuntungan.

Tapi tidak semua broker jenis B-book ini adalah penipu, terdapat juga beberapa broker market maker yang bagus diluar sana. Cuma anda perlu pastikan untuk membuat kaji selidik dahulu sebelum memilih mana-mana broker.

2. Non-Dealing Desk

Cara broker market maker beroperasi
Operasi Broker Non Dealing Desk

Cara broker non dealing desk beroperasi agak berbeza sedikit berbanding dengan B-book.

Jika broker jenis B-book menyerap pesanan transaksi trader, broker non-dealing desk atau A-book mereka akan hantar pesanan transaksi trader kepada pihak liquidity provider.

Dengan hantar pesanan transaksi kepada pihak LP, broker A-book dapat kurangkan pendedahan risiko mereka.

Broker jenis A-book juga dikenali sebagai STP broker atau ECN broker. Jadi jika anda dengar juga ayat seperti “STP” atau “ECN” itu bermaksud A-book atau non-dealing desk broker.

Disebabkan pesanan kita dihantar terus kepada pihak LP, maka keuntungan broker tidak bergantung kepada kerugian trader seperti broker B-book.

Keuntungan broker A-book adalah berdasarkan spread, maka disebabkan ini broker jenis STP biasanya mempunyai spread yang sedikit luas jika nak dibandingkan dengan market maker.

3. Hybrid Broker

Cara broker hybrid berkerja
Cara Operasi Broker Hybrid

Broker hybrid adalah gabungan antara broker jenis dealing desk dan juga non-dealing desk.

Cara mereka beroperasi adalah dengan menerima pesanan transaksi dariapda trader, jika trader betul dan dapat keuntungan, pihak broker akan hantar transaksi tersebut kepada pihak liquiditi provider atau mereka akan cuba match order dengan trader yang membuka posisi bertentangan.

Tapi sekiranya trader alami kerugian, broker sendiri yang akan serap transaksi tersebut dengan menjadi sebagai pihak bertentangan dari transaksi trader. Jika trader buka beli, maka broker akan menjadi pihak penjual dan sebaliknya.

Dengan kaedah ini pihak broker dapat kurangkan pendedahan risiko serta kerugian mereka.

Sekarang ini anda mungkin akan lebih kerap berjumpa dengan jenis broker hybrid dan market maker.

Cara Broker Buat Duit

Jadi bagaimanakah cara broker forex hasilkan keuntungan mereka?

Terdapat beberapa cara untuk pihak broker menghasilkan keuntungan dan bergantung kepada broker mana anda gunakan ia mungkin berbeza bagi setiap broker.

Spread

Kaedah yang biasa digunakan oleh pihak broker untuk menjana keuntungan adalah dengan melalui perbezaan nilai spread. Spread adalah perbezaan harga antara harga jual dan beli.

Bergantung juga pada pilihan broker anda, mungkin akan terdapat dua jenis spread yang anda boleh pilih fixed dan variable spread.

Setiap broker juga akan mempunyai nilai spread yang berbeza, jadi trader perlu pastikan mereka melihat dahulu jika broker itu menawarkan nilai spread yang rendah atau pun tinggi kerana spread ini dapat juga menjejas potensi keuntungan trader.

Kadar Deposit dan Withdraw

Sesetengah broker akan kenakan caj bayaran kepada pelangan mereka berdasarkan jumlah transaksi yang mereka lakukan.

Contoh jika trader deposit sebanyak $100, tapi broker itu mempunyai kadar caj sekitar 1%, itu bermaksud anda akan dikenakan caj sebanyak $1. Maka hanya $99 akan di kreditkan ke dalam akaun trading anda.

Ada juga broker yang kenekan caj pada withdraw, jika kita keluarkan $100 dan broker kenakan caj sebanyak 1% itu bermakna jumlah keluaran yang kita akan dapat adalah $99 sahaja.

Walaupun kaedah ini sudah tidak digunakan kebanyak broker tapi masih terdapat broker yang gunakan kaedah ini lagi untuk jana keuntungan mereka.

Bayaran Komisyen

Bayaran komisyen ini dikenakan oleh broker kepada trader apabila trader tersebut menggunakan jenis akaun trading zero spread.

Bergantung juga kepada broker yang dipilih, caj komisyen yang dikenakan boleh bermula dari $4/lot hingga $10/lot.

Yuran Tidak Aktif

Apabila anda buka akaun trading biasanya ia akan ada tempoh waktu dimana jika akaun itu tidak aktif dan lakukan sebarang transaksi trading pihak broker akan kenakan caj, biasanya sekitar 90 hari jika tiada sebarang posisi trade yang aktif.

Untuk elak dari dikenakan caj ini pastikan anda ada lakukan transaksi trade sekurang -kurangnya sebulan 1 kali.

Tapi kebanyakan broker sudah tidak gunakan kaedah ini dan tidak kenakan sebarang caj bayaran pada akaun yang tidak aktif, untuk kepastian ia disarankan untuk hubungi pihak broker anda.

Soalan Lazim

Siapakah Pemain Terbesar Dalam Pasaran Forex

Senarai bank terkemuka yang menggerakkan pasaran forex ialah Citi Bank, JP Morgan, UBS, Barclays Bank, Deutsche Bank, BAML, Goldman Sachs, dan HSBC.

Adakah Broker Manipulasi Chart?

Broker forex boleh manipulasi harga dengan niat untuk merugikan trader. Tapi manipulasi skala ini jarang berlaku, sekiranya ada broker manipulasi chart sehingga tahap yang ketara mereka akan alami kerugian besar jika trader sudah tidak mahu gunakan perkhidmatan broker itu lagi.

Manipulasi chart ini biasa berlaku pada broker yang tidak mempunyai tahap ragulasi yang kuat dan mereka biasanya broker B-book. Untuk elak dari menjadi mangsa penipuan broker, pastikan untuk hanya pilih broker yang memiliki perlesenan daripada pihak yang ternama seperti FCA dan ASIC.

Betul Ke Broker Boleh Nampak Level Stop Loss Kita?

Kebanyakan broker forex yang miliki tahap ragulasi tinggi tidak akan cuba untuk manipulasi harga dengan niat untuk memburu level stop loss anda kerana ia tidak berbaloi untuk ambil risiko seperti itu.

Ini kerana pihak broker boleh kehilangan lesen mereka untuk beroperasi jika terdapat bukti bahawa mereka manipulasi chart untuk rugikan trader dengan sengaja dan pada masa yang sama raputasi broker juga akan tercalar.

Adakah Broker Boleh Manipulasi Pasaran Fx?

Boker hanya boleh manipulasi paras spread yang mereka tawarkan pada klien mereka saja. Ia hanyalah sebuah mitos bahawa broker boleh gerakan pasaran forex secara keseluruhan.

Ini disebabkan pihak broker sebenarnya terlalu kecil untuk melakukannya, tetapi ianya tidak mustahil untuk pemain besar seperti bank untuk melakukannya.