Back to: Belajar Cryptocurrency dan Blockchain(Wira Crypto)
Apa Itu Bitcoin
Bitcoin adalah sebuah cryptocurrency dimana transaksinya berlaku di dalam rankaian komputer yang saling berhubung antara satu sama lain, rankaian ini dipanggil sebagai blockchain. Rankaian blockchain ini tidak dikawal oleh mana-mana pihak seperti institusi bank atau kerajaan.
Bitcoin ini dicipta oleh Satoshi Nakamoto dengan bertujuan untuk membenarkan pembayaran secara dalam talian tanpa perlu melalui pihak bank.
Walaupun terdapat duit digital yang dicipta lebih lama sebelum bitcoin tetapi bitcoin dianggap sebagai cryptocurrency yang pertama sekali digunakan di kalangan orang ramai.
Siapa Cipta Bitcoin
Pencipta sebenar bitcoin adalah tidak diketahui, tetapi beliau menggunakan nama samaran ‘Satoshi Nakamoto’ dan tiada siapa tahu siapa beliau yang sebenarnya.
Pada tahun 2008 selepas berlakunya krisis kewangan dunia, Satoshi telah menerbitkan sebuah kertas yang menerangkan tentang sistem pembayaran dan duit digital yang menggunakan teknologi blockchain untuk pastikan keselamatan transaksi.
Tidak lama kemudian pada tahun 2009 Bitcoin telah dicipta dan dilancarkan, berlakunya sejarah cryptocurrency pertama.
Tidak lama kemudian selepas projek bitcoin telah dilancarkan kepada orang ramai, Satoshi Nakamoto telah menghilangkan diri dan hingga sekarang tiada siapa tahu apa yang berlaku dan siapa beliau sebenarnya.
Walaupun Satoshi sudah lama menghilangkan diri, projek bitcoin ini masih berkembang pesat dimana ramai orang menyumbang kepada projek ini seperti pembetulkan code, perbaiki kelemahan dan menambah ciri-ciri baru.
Code untuk bitcoin adalah terbuka dan sesiapa saja boleh menyumbang kepada projek ini jika mahu.
Apa Bagusnya Bitcoin ini?
Bitcoin telah dinobatkan sebagai cryptocurrency yang pertama.
Dengan menggunakan teknologi blockchain ia telah mengubah sistem kewangan kita beroperasi, dimana sebelum ini kita perlu lalui institusi seperti bank untuk membuat pemindahan wang dan duit kertas sentiasa boleh dicetak oleh kerajaan dimana boleh berlakunya inflasi.
Tetapi dengan bitcoin kita tidak perlu orang tengah untuk hantar duit tidak kira sebanyak mana dan di mana jua dan jumlah bitcoin yang boleh wujud hanyalah 21 Juta bitcoin, sekiranya semua coin tersebut sudah habis di mining tiada lagi bitcoin baru yang akan dicipta.
Ketika menulis ini pasaran crypto bernilai dalam $1.45 Trillion dollar.
Bitcoin adalah cryptocurrency terbesar ketika waktu ini dimana harga bitcoin keseluruhan ada dalam $689 Billion dollar.
Disebabkan bitcoin dipandang sebagai coin terbesar, apa-apa saja yang berlaku pada bitcoin boleh memberi kesan kepada seluruh pasaran crypto.
Bitcoin juga dianggap sebagai “Emas Digital”.