You are currently viewing Kelebihan Trade Sendiri Daripada Orang Trade Untuk Kita

Kelebihan Trade Sendiri Daripada Orang Trade Untuk Kita

Ada orang pernah tanya saya, mana lagi bagus trade sendiri atau mintak orang tolong tradekan untuk kita?

Ianya memang soalan yang bagus kerana sekarang ini sudah banyak program seperti copy trading, social trading atau platform seperti PAMM & MAM akaun dimana orang boleh tolong trade untuk pihak kita.

Jadi buat apa kita kene korbankan masa untuk belajar trading sedangkan sudah ada service macam ini?

Ini adalah 6 sebab kenapa anda patut belajar trading dan trade sendiri berbanding orang trade untuk kita.

Tidak perlu Tunggu Bila Mahu Withdraw

Yang pertama sekali munkin antara benda yang paling penting sekali iaitu kita tidak perlu tunggu bila kita mahu keluarkan duit kita dari akaun.

Benda ini sanggat penting kerana sekiranya ada berlaku kecemasan dan kita perlukan wang dengan cepat kita boleh saja withdraw dari akaun trading kita daripada perlu tunggu orang itu untuk keluarkan.

Tidak Mudah Kene Scam

Sekarang ini sudah banyak kes penipuan dalam forex anda perlu berhati-hati apabila ada orang menawarkan kepada anda yang mereka boleh tolong tradekan untuk pihak anda, lagi-lagi kalau anda tidak kenal siapa orang itu.

Sekiranya kita sendiri yang trade akaun kita, kita sudah dapat elak diri kita dari jadi mangsa penipuan scam tersebut.

Baca: Cara Untuk Elak Dari Jadi Mangsa Scam Dalam Forex

Hasil Pendapatan Tidak Bergantung Kepada Orang Lain

Antara sebab lain kenapa kita perlu trade sendiri adalah kita tidak bergantung hasil pendapatan trading kita daripada orang lain.

Sekiranya orang yang tolong trade kan itu ada masalah seperti masalah peribadi atau dia jatuh sakit, jadi dia tidak dapat trade kan untuk anda lagi sehinggalah beliau sihat atau anda perlu mencari orang lain untuk trade untuk anda, itu sudah makan masa juga untuk mencari pengganti.

[adrotate group=”4″]

Hasil Trading 100% Milik kita

Sekiranya kita bergantung dekat orang lain untuk tolong trade, hasil keuntungan trade tersebut akan di bahagikan kepada dua anda dan orang yang tolong tradekan itu.

Biasanya komisyen yang akan diambil dalam 10% hingga 30%, saya tidak pasti untuk anda macam mana tetapi bagi saya 30% itu besar la juga.

Tetapi kalau kita trade sendiri hasil trade itu 100% milik kita, tidak perlu berkongsi kepada orang lain.

Anda Kawal Risiko Anda Sendiri

Bagi saya lebih elok kalau kita sendiri yang dapat kawalkan risiko kita daripada mengharapkan orang lain.

Sekiranya berlaku kerugian kita tidak perlu marah orang lain kerana ianya memang kesilapan kita sendiri, tetapi kalau orang lain tolong tradekan dan rugi biasanya kita akan berasa sanggat marah kerana dia sudah merugikan kita.

Sebab kita tidak tahu munkin orang itu trade jenis ganas sedikit dengan membuka saiz lot yang agak besar dari apa modal akaun tersebut boleh tanggung.

Kalau kita sendiri yang trade kita sendiri kawal risiko akaun tersebut.

Skill Trading Itu Akan Berkekalan

Saya tahu sebab kenapa ramai mencari orang lain untuk tolong tradekan untuk pihak mereka adalah sebab mereka tiada ilmu tentang forex trading tetapi mahu mencari pendapatan tambahan.

Ianya tidak salah pun, tetapi anda boleh juga cuba luangkan masa untuk belajar tentang forex trading ini, dan ilmu yang anda belajar itu akan berkekalan bukannya hanya pakai dalam setahun dua saja, tetapi skill tersebut dapat kekal selamanya selagi anda praktikan.

Seperti barangan boleh hilang, duit boleh hilang, sepit kuku pun boleh hilang, tetapi ilmu ianya akan berkekalan, jadi tidak rugi pun untuk anda belajar, luangkan masa dalam 1 atau 2 jam sehari sudah cukup.

Kalau anda tidak tahu mahu mula belajar di mana, saya sarankan ambil course ini Forex Simple Course ianya percuma saja dan anda akan belajar apa yang anda perlu tahu untuk mula trade pasaran forex.

[adrotate group=”2″]

Kesimpulan

Itu adalah 6 sebab kenapa anda patut trade akaun anda sendiri.

Ini tidak bermaksud yang anda tidak perlu orang tradekan untuk anda, ada juga mungkin orang yang sudah cuba untuk belajar tetapi masih tidak berjaya lalu ambil keputusan untuk mintak orang tolong tradekan bagi pihaknya.

Sebab trading ini memang bukan untuk semua orang, anda boleh anggapkan trading ini ibarat sebuah kemahiran, contoh macam saya ni memang tak pandai melukis kalau tengok saya lukis memang hancur tak kesah la berapa lama saya berlatih lukisan saya tetap hancur.

Sekiranya anda mahu orang tolong tradekan buat pihak anda pastikan anda sudah kaji dahulu latang belakang trader tersebut sebelum anda memberi mereka duit anda, macam saya cakap sekarang ini banyak kes penipuan jadi berhati-hati.

Soalan, adakah anda sudah lama dalam bidang trading ini, sekiranya YE sudah berapa tahun anda trade atau anda masih baru lagi dalam trading ini, boleh berkongsi kesah trading anda di ruang komen di bawah 🙂

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply