You are currently viewing Hanya Buka Posisi Trade Apabila Lengkap 6 Syarat Ini

Hanya Buka Posisi Trade Apabila Lengkap 6 Syarat Ini

Pernah tak situasi ini berlaku kepada anda dimana, anda sudah buka posisi trade tetapi market bergerak bertentangan daripada jangkaan kita dan alami kerugian.

Kemudian selepas posisi trade tersebut sudah ditutup tidak lama kemudian market mula bergerak ke arah jangkaan kita.

Selepas itu ada yang mula kata yang “broker tipu” atau “broker gerakkan chart”. Tetapi sebenarnya ianya bukan salah pihak broker tetapi waktu kita buka posisi trade tersebut adalah salah.

Dalam penerangan ini saya akan gunakan trading strategy yang mudah sahaja, trade hanya ikut arah trend market dan signal entry apabila harga berada di zone support atau resistance.

1. Trade Setup

Sebelum kita buka sebarang posisi trade sudah tentu kita perlu pastikan bahawa ada berlakunya trade setup sebelum kita entry.

Sekiranya anda adalah seorang trader yang ikut arah trend, sudah tentu anda hanya perlu cari setup trade yang ikut arah trend market.

Jika anda lihat gambar di atas ianya jelas yang market sedang berada dalam keadaan uptrend dimana market membuat Swing Higher High dan Higher Low.

Jadi kita hanya mahu mencari peluang entry untuk buy dan area yang sesuai untuk kita memasuki market adalah apabila harga sudah sampai ke area support kita dalam bahasa trader kita mahu tunggu berlakunya “pullback” atau “retracement”.

[adrotate group=”2″]

2. Signal Entry

Kita tidak mahu entry hanya disebabkan harga sudah sampai ke area support kita kerana masih ada peluang yang kemungkinan level support tersebut tidak akan bertahan dan berlakunya break-out.

Di sinilah selalu banyak trader buat silap, dimana mereka terus membuka posisi trade mereka hanya sebab harga sudah sampai ke area support atau resistance tanpa tunggu dan lihat sama ada area tersebut akan bertahan ataupun berlakunya break-out.

Dalam contoh ini kita mahu tunggu untuk kepastian yang level support tersebut akan bertahan dengan tunggu untuk candlestick tersebut tutup dahulu.

Apabila candle tersebut sudah tutup dalam keadaan bullish ianya menunjukan yang level tersebut mungkin akan bertahan sebagai support jadi itu boleh menjadi signal untuk kita entry.

3. Jumlah Risiko

Dengan menggetahui bila dan dimana kita mahu entry sahaja tidak cukup untuk menjadikan kita sebagai trader yang konsistent.

Kita perlu juga tahu jumlah risiko dan macam mana kita mahu kawal risiko tersebut dalam erti kata lain kita mahu kurangkan pendedahan risiko kita.

Cara untuk kita kurangkan risiko kita adalah dengan penggunaan Stop Loss(SL). Saya tahu ramai trader tidak suka mendengar benda ini tetapi ini lah salah satu cara untuk kita menjadi konsistent dalam trading, dengan menggurangkan risiko kita.

Saya sudah kongsi pelbagai cara kita boleh guna untuk letak stop loss di dalam course percuma kami Forex Simple Course.

Untuk mudahkan penerangan kita akan guna cara yang mudah dengan letak stop loss di nilai 2 kali ganda ATR.

Baca tentang indicator Average True Range, jika anda masih tidak tahu cara guna indicator ini.

Jadi dengan bacaan indicator ATR waktu itu adalah 0.00162, jadi gandaan 2 itu persamaan 0.00324, level stop loss kita adalah 32 pip.

4. Take Profit

Selepas kita sudah tahu dimana mahu entry dan level stop loss kita. Kemudian kita perlu tahu dimana kita mahu ambil profit sekiranya trade tersebut ikut arah analysis kita.

Topik take profit(TP) ini saya sudah terang juga di dalam course Forex Simple Course. Untuk mudahkan penjelasan juga kita akan ambil profit di area SnR yang seterusnya.

Maksudnya jika kita entry buy di support, take profit kita adalah di level resistance yang seterusnya.

Jadi dengan dimana harga kita entry itu bermaksud potensi profit kita adalah dalam 110 pip.

5. Risk Reward

Untuk menjadi seorang trader yang bagus ianya bukan saja tentang mempunyai strategy dengan kadar kemenangan yang tinggi tetapi dengan mempunyai risk reward yang bagus.

Risk reward bermaksud perbezaan kadar potensi keuntungan(take profit) dengan kerugian(stop loss).

Dengan mempunyai risk reward yang bagus, walaupun strategy tersebut hanya tepat dalam 50% masih boleh memberikan kita keuntungan dalam kadar masa lebih lama.

Berbanding dengan memiliki strategy yang kadar kemenangan yang tinggi tetapi mempunyai risk reward yan tidak bagus, ia hanya perlu berlaku beberapa kerugian untuk kita hilang semula keuntungan tersebut lebih teruk kehilangan modal.

Dalam contoh ini stop loss kita berada dengan jarak 32 pip, dan take profit kita adalah 110 pip. Ianya risk reward yang bagus.

[adrotate group=”4″]

6. Berita

Sebelum kita buka sebarang posisi trade kita perlu pastikan yang tiada penggeluaran data atau ucapan yang akan berlaku dalam masa terdekat. Kenapa?

Sebab pasaran boleh bergerak terlalu laju apabila ada penggeluaran data yang kuat seperti data tentang kadar interest, NFP, Gross Domestic Product(GDP), etc.

Jadi pastikan anda lihat dahulu economic kalendar sebelum membuka sebarang posisi trading untuk elak daripada pergerakan market yang terlalu laju dan kadang-kadang tidak menentu.

Kesimpulan

Untuk menjadi seorang trader yang bagus kita perlu tahu apakah strategy kita, adakah dengan ikut arah trend, reversal, atau dengan kenal pasti chart pattern. Apa-apa pun trading strategy anda, kita perlu berdisiplin untuk ikut strategy tersebut.

Kemudian kita perlu tahu apakah tanda ciri-ciri untuk kita entry adakah apabila market sudah sampai ke level SnR atau tunggu berlakunya break-out jika anda seorang chart pattern trader. Pada masa yang sama kita perlu tahu berapa banyak risiko yang kita ambil dan kita perlu khadkan risiko tersebut.

Dengan tahu dimana kita mahu ambil keuntungan, kita dapat elak daripada digangu emosi tamak ketika trading. Setiap trade yang kita ambil perlu pastikan mempunyai tahap risk reward yang bagus. Apabila kita mempunyai risk reward yang bagus kita dapat jaga kerugian kita supaya tidak melebihi keuntungan untuk jangka masa panjang.

Semua ini mungkin nampak seperti proses yang memenatkan, tapi bila anda sudah biasakan diri dengan semua langkah tersebut ianya tidak akan ambil masa yang lama untuk lihat setiap langkah tersebut.

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply