Ramai sangkakan bahawa trader profesional ini berjaya kerana mereka memiliki sebuah trading strategi yang bagus.
Itu mungkin benar tetapi tahukah anda bahawa trading strategi hanya mewakili 20% dalam perjalanan trading kita, selebihnya adalah lebih kepada cara kita menjaga emosi dan risiko semasa trading.
Saya pasti sekarang ini anda pasti sudah tahu betapa pentingnya untuk kita menjaga risiko serta money magement dalam trading, ia sememangnya dapat memastikan sama ada kita akan berjaya atau tidak dalam bidang ini.
Tapi di perkongsian kali ini saya ingin berkongsi tentang minda seoarang trader profesional, cara mereka berfikir.
Tentu ada sebab kenapa mereka berjaya dalam bidang ini sedangkan lebih daripada 95% trader akan gagal dan mengalah.
Dengan ketahui cara seorang trader profesional berfikir, kita dapat pastikan diri kita tidak tergolong bersama 95 peratus trader yang gagal dan menjadi dalam golongan 5% teratas yang berjaya.
Jangkaan Terhadap Pasaran
Sekarang ini anda mungkin sudah tahu bahawa market bergerak secara rawak, contohnya jika kita sudah menang sebanyak 5 kali berturut-turut pada trade sebelum ini, itu tidak bermakna kita akan terus kekal menang dan pada masa yang sama ia tidak bermaksud kita tidak boleh menang untuk kali ke-6.
Setiap posisi trade yang kita ambil boleh alami 2 situasi:
1) Analisa kita betul dan market bergerak ke arah yang kita jangkakan dan mendapat keuntungan.
2) Market tidak bergerak ikut arah jangkaan dan analisa kita salah lalu harga sentuh Stop Loss kita.
Ini bermakna setiap posisi trade baharu yang kita ambil tiada hubung kait dengan sebarang posisi trade yang kita telah ambil sebelum ini.
Jika kita sudah alami kerugian 3 kali berturut-turut itu tidak bermakna kita tidak boleh alami kerugian sekali lagi pada trade ke-4 yang kita ambil, kerana setiap posisi trading adalah berbeza.
Tapi dengan tahu kadar kemenangan strategi trading yang kita gunakan, ia mungkin dapat membantu kita untuk atasi masalah jangkaan kita terhadap pasaran.
Selalunya apabila trader lalui fasa dimana strategi trading alami kerugian berturut-turut mereka sangkakan strategi tersebut tidak berkesan dan mahu tukar cara trading mereka.
Tapi dengan tahu kadar purata kemenangan strategi yang digunakan kita dapat elak dari lalui kitaran yang sama seperti di atas.
Contoh katakan kita sudah lakukan backtest serta foward testing terhadap strategi tersebut dan tahu kadar Win/Loss adalah sekitar 60% contohnya.
Itu bermaksud setiap 10 posisi trade yang kita ambil kita boleh betul sebanyak 6 kali berturut-turut dan 4 kali daripada 10 trade yang diambil akan alami kerugian.
Tapi angka kadar Win / Loss ini hanyalah jangkaan dan bukan angka yang tetap.
Terdapat banyak perkara lain memainkan peranan seperti pasaran yang kita trade, pair atau kelas aset, faktor keadaan market semasa, etc.
Sebab itu ianya penting untuk kita mencuba dahulu strategi kita untuk ketahui keberkesanannya dengan melakukan backtest atau foward testing.
Apa yang perlu ingat adalah setiap posisi trade yang kita ambil adalah berbeza, tapi berdasarkan kadar Win/Loss strategi trading yang digunakan, kita dapat memberi anggaran berapa kali kerugian berturut-turut yang kita boleh alami.
Tetapi pastikan dalam tempoh jangka masa yang lama strategi kita dapat memberikan prestasi yang bagus.
Kesesuaian Strategi
Biasanya trader akan cuba untuk belajar strategi yang dapat memberikan hasil yang lumayan, ‘Strategi mana yang ada kadar ketepatan yang tinggi dengan loss yang rendah‘.
Ramai trader baru selalu mencari sistem trading seperti itu, dan kita tidak boleh salahkan mereka juga kerana memang itu yang kebanyakan marketer di dalam industri ini buat, mereka menjanjikan strategi yang mudah dengan pulangan yang tinggi.
Saya pada awal-awal perjalanan dalam belajar trading juga seperti itu. Mencari teknik ‘Holy Grail‘.
Tapi malangnya teknik atau sistem seperti itu tidak wujud, jika wujud sekali pun kenapa mereka ingin menjualnya dengan harga yang rendah sedangkan boleh saja jual kepada syarikat besar seperti bank dan hedge fund lagi mahal mereka akan bayar untuk dapat strategi yang memberi pulangan 100% setiap minggu.
Jadi 2 benda kita dapat belajar di sini:
1) Tiada teknik yang sempurna atau teknik rahsia, jika ada kemungkinan orang yang cuba menjual teknik itu hanya mahukan duit.
2) Tiada jalan mudah untuk berjaya dalam trading. Jika ada jalan mudah, saya pasti sudah ramai orang ceburi bidang trading.
Berbanding cuba untuk mencari dan belajar strategi berdasarkan kadar kemenangan yang tinggi, kita perlu lihat jenis teknik yang sesuai dengan diri kita kerana tiada gunanya untuk tahu strategi dimana kadar kemenangan yang tinggi tetapi tidak sesuai dengan diri kita.
Sebab jika strategi itu tidak sesuai dengan diri kita, kemungkinan tinggi kita hanya akan lebih trade berdasarkan emosi dan gagal untuk melaksanakan trade berdasarkan S.O.P Strategi tersebut.
Sebagai contoh, strategi yang saya gunakan adalah lebih kepada intraday dan swing trading dan saya sudah cuba ajar strategi ini kepada ramai trader lain, tetapi tidak semua mampu ikut juga walaupun mereka sudah tahu S.O.P dan cara analisa.
Ini disebabkan tidak ramai orang sanggup untuk tunggu masa yang lama untuk berlakunya trade setup(kerana strategi saya ini kadang-kadang 2 ke 3 hari tiada setup), jadi mereka tidak guna strategi tersebut.
Tapi buat beberapa orang termasuk saya, ok saja guna S.O.P trading itu sedangkan ianya sama saja.
Saya juga pernah belajar teknik scalp, tetapi kerana saya tidak sesuai saya masih tidak dapat untuk melaksanakan strategi tersebut dengan betul(sebab saya tidak beberapa rajin untuk melihat chart dengan kerap). Tetapi mereka yang guna strategi itu ok saja.
Ini menunjukan betapa pentingnya untuk kita pilih dan guna trading strategi yang sesuai dengan diri kita dan bukannya hanya sebab strategi itu mempunyai kadar ketepatan yang tinggi.
Jadi macam mana nak tahu strategi apa yang sesuai untuk diri anda?
Saya sudah ada membuat soalan ataupun quiz untuk anda jawab, dan hasil daripada jawapan yang anda pilih akan menunjukan anda adalah trader jenis apa dan berdasarkan japawan anda juga ianya mungkin lebih elok untuk anda fokus kepada gaya trading tersebut.
Pernyataan manakah yang paling sesuai untuk anda ketika bertanding?
Pada masa lapang, apa yang paling anda gemari?
Sekiranya anda diberi RM1000, yang manakah antara berikut yang akan anda lakukan dengan duit tersebut?
Pasukan sukan kegemaran anda jauh ketinggalan pada separuh masa permainan, apa yang harus dilakukan oleh jurulatih?
Di tempat kerja, jika anda menyelesaikan satu projek lebih awal dari tarikh akhir yang dijadualkan, apa yang akan anda lakukan dengan masa lapang tambahan tersebut?
Dalam suasana majlis, perihalan berikut yang manakah paling sesuai dengan anda?
Mana diantara kerjaya tempat kerja berikut yang paling anda suka?
Bagaimana anda biasanya trade ketika acara seperti nonfarm payrolls (NFP)?
Share your Results:
Kawalan Diri
Ketika traading kita perlu mempunyai tahap kawalan diri yang kuat, kawalan diri dalam trading ini mungkin bermaksud tidak membuka posisi trade sebarangan, ataupun kawal diri kita untuk patuhi pada S.O.P trading.
Apa yang penting adalah kita trade berdasarkan logic dan S.O.P bukannya kerana emosi.
Jika anda sudah lama ikuti Wira Trader anda tahu saya amat sarankan kaedah trading checklist untuk atasi masalah seperti ini.
Trading checklist ini hanyalah sehelai kertas di mana kita tulis S.O.P trading kita dan setiap kali kita ingin membuka sebarang posisi trade kita akan lihat checklist tersebut untuk memastikan adakah syarat sudah cukup untuk buka posisi trade itu.
Ianya sebuah konsep yang mudah tapi dapat memberi impak yang besar kepada trading kita dan trading checklist juga dapat membantu kita untuk menjadi seorang trader yang lebih disiplin.
Jika anda ingin belajar lebih mendalam lagi tentang trading checklist, boleh klik sini.
Belajar untuk menjadi seorang trader yang lebih disiplin adalah amat penting berbanding belajar teknik trading yang hebat, kerana tanpa disiplin ia hanya perlu 1 atau 2 trade saja untuk kita membuat kesilapan dan alami kerugian yang besar.
Jadi belajar untuk menjadi seorang trader yang disiplin. Apabila kita sudah menjadi lebih disiplin, kemudian datangnya konsistent ke dalam trading kita.
[adrotate group=”4″]
Kesimpulan
Itu lah cara seorang trader profesional berfikir. Mereka tidak meletakan jangkaan yang terlalu tinggi dalam setiap posisi trade yang mereka ambil kerana mereka tahu setiap posisi trade yang diambil adalah berbeza daripada sebelumnya.
Trader profesional tahu mereka tidak akan dapat capai tahap konsistent jika mereka sentiasa berubah strategi, apa yang mereka akan buat adalah dengan perbaikikan strategi yang mereka sedang gunakan dan lihat di area mana mereka dapat perbetulkan.
Mereka juga tidak akan memilih strategi itu hanya kerana ia memiliki kadar kemenangan yang tinggi tetapi mereka akan lihat jika S.O.P teknik itu sesuai dengan diri mereka ataupun tidak, jika ianya tidak sesuai mereka tidak akan pilih strategi itu walaupun kadar ketepatan teknik itu tinggi.
Mereka juga sedar bahawa mereka boleh alami kerugian dan daripada berasa takut dengan kerugian tersebut mereka dapat menerimanya dan tidak membuat keputusan disebabkan perasaan takut tetapi berdasarkan logik.