Teknikal Analisa GBP/USD dan NZD/CHF

Selamat pagi,

Harap trading minggu lepas semuanya ok kerana terdapat minggu lepas terdapat keluaran data yang kuat buat USD iaitu interest rate dan juga FOMC.

Minggu ini saya akan cuba melihat pair EUR/USD dan NZD/CHF. Tapi sebelum kita mula sila ambil perhatian.

Trading ini boleh mendatangkan risiko dimana anda boleh kehilangan modal anda. Segala analisa di sini hanyalah sekadar pandangan saya terhadap keadaan pasaran semasa.

Segala trade yang anda lakukan adalah atas risiko anda sendiri.

Analisa Minggu Ini

EUR/USD

Pergerakan bullish adalah pergerakan yang saya jangkakan untuk berlaku di EUR/USD, ini disebabkan market sedang berada dalam keadaan uptrend dan saya masih tidak menjangkakan pergerakan trend ini sudah tamat.

Terdapat 2 kawasan support yang saya akan lihat, yang pertama di 1.10234 – 1.10008, ini adalah kawasan support pertama di mana saya jangkakan harga akan bertahan.

Jika harga bergerak melebihi area support pertama tadi, saya akan lihat pula riaksi harga di kawasan support kedua 1.09473 – 1.03261

Itu adalah 2 kawasan support yang saya akan lihat dimana kemungkinan harga akan bertahan.

[adrotate group=”4″]

NZD/CHF

Di pair NZD/CHF juga saya jangkakan pergerakan uptrend. Area support pertama saya akan lihat adalah di harga 0.63908 – 0.63774, ini adalah kawasan support yang kuat.

Tapi jika pasaran bergerak melebihi dari kawasan tersebut, saya akan pantau area support kedua pula di 0.63569 – 0.63438

Ini adalah 2 level support yang saya akan lihat, jika terdapat ciri-ciri bullish yang berlaku, ia mungkin bermaksud level tersebut dapat bertahan sebagai kawasan support.

Market Recap

Kita akan lihat semula prestasi analisa minggu lepas buat pair GBP/USD dan NZD/JPY.

GBP/USD

Kita akan lihat pair GBP/USD dahulu.

Apa yang saya jangkakan untuk berlaku di pair ini pada minggu lepas adalah pergerakan bearish.

Pada 15 hari bulan, harga telah sampai ke level pertama kita dan telah membuat penurunan sebanyak 50 pips, tapi kemudian harga sambung pergerakan menaik mereka hingga ke level resistance kedua.

Apabila harga sudah sampai ke kawasan resistance kedua pada 17 hari bulan, GBP/USD telah membuat penurunan yang kuat sebanyak 100 pips akibat keluaran data berkenaan interest rate di U.K

Walaupun harga turun dengan kuat, bullish mula mengawal semula dan berlakunya sideways.

Saya jangkakan pair ini sedang membuat chart pattern inverse HnS, ianya sebuah bullish reversal pattern. Jadi mungkin pergerakan downtrend sudah tamat di pair GBP/USD dan pasaran ingin mula berubah kepada uptrend.

NZD/JPY

Walaupun prestasi di pair GBP/USD tidak berjalan seperti yang diharapkan, pair NZD.JPY berjaya membuat pergerakan uptrend yang kuat.

Harga telah sampai ke kawasan support pertama pada 15 March, kemudiannya terus membuat pergerakan kenaikan sehingga 260 pips.


Dapatkan bonus $30 anda Sekarang !!!

Apa yang anda perlu buat hanyalah daftar akaun sebenar dan mengesahkannya.

Lihat Cara Untuk Claim Bonus $30 Anda.


Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply