You are currently viewing Emosi Yang Bahaya Dalam Forex Trading

Emosi Yang Bahaya Dalam Forex Trading

Dalam trading ianya bukan sahaja tentang mempunyai modal pemulaan yang besar ataupun strategy yang bagus, tetapi emosi juga memainkan peranan yang besar dalam trading.

Kalau kita gagal untuk menggawal emosi kita ketika trading, kita tidak akan dapat bertahan dalam bidang trading ini dengan lama.

Mari kita lihat 8 emosi bahaya dalam forex trading yang dapat menjejaskan trading kita dan macam mana kita boleh elak dari buat kesilapan ini.

1) Fear Of Missing Out

Fear of missing out atau F.O.M.O munkin antara yang paling famous dan yang paling ramai orang buat di awal mula-mula kerjaya trading mereka termasuk lah saya.

Untuk mereka yang tidak tahu apa itu F.O.M.O ianya berlaku apabila kita entry market bukan sebab analysis tetapi disebabkan takut untuk terlepas peluang untuk membuat duit, biasanya bila market ada buat pergerakkan yang ketara(Candle yang besar).Kalau anda lihat gambar di atas market ada buat pergerakkan yang kuat secara tiba-tiba munkin disebabkan ada berita keluar. Sebab kita tidak mahu terlepas untuk ikut pergerakkan market itu kita pun buka posisi buy.

Kemudian market bergerak bertentanggan dari arah tersebut dan kita sudah berada dalam kerugian. Ini sebab bahayanya F.O.M.O ini. Kita trade ikut perasaan kita dan bukannya berdasarkan trading plan.

Cara untuk kita elak dari melakukan kesilapan ini adalah dengan sedar yang ianya F.O.M.O dan emosi kita yang sedang buat keputusan bukannya kita.

Bila setiap kali kita cuba untuk buka posisi trade fikir dahulu adakah ianya disebabkan F.O.M.O sekiranya Ye, jangan buka, dan munkin dari masa kesemasa market akan terus bergerak lagi ke arah tersebut dan kita rasa menyesal sebab tidak buka posisi trade.

Tidak apa biarkan trade tersebut terlepas kita tidak akan dapat tangkap setiap pergerakkan market, kadang-kadang ianya lebih elok untuk terlepas peluang trade daripada rugi.

2) Over Trading

Over trading ini biasanya berlaku apabila anda cuba untuk tangkap setiap pergerakkan pip dalam market.

Market forex ini beroperasi selama 24 jam 5 hari seminggu jadi relek-relek sudah, peluang untuk trade itu sentiasa ada tidak perlu cuba untuk tangkap kesemua pergerakkan market setiap pip.

3) Tamak

Perasaan tamak ini memang antara emosi yang bahaya dalam forex trading dan ianya memang akan menjejaskan prestasi trading kita.

Contoh katakan kita sudah ada posisi trade yang ada dalam keadaan profit tetapi disebabkan perasaan tamak kita tidak mahu ambil profit tersebut tetapi dengan menipu diri kita sendiri dan cakap “market boleh bergerak jauh lagi ni”.

Kemudian bila market sudah bergerak bertentanggan semula kita sudah kehilanggan profit dan kita mula menyesal dan cakap “sepatutnya ambik je profit tadi”.

Untuk menggelak daripada masalah seperti ini adalah dengan buang sifat tamak tersebut, anda mesti pernah dengar “sifat tamak itu rugi” dan ianya memang benar, sekiranya market sudah sampai ke take profit ambil saja profit anda, kalau anda takut terlepas peluang sekiranya market bergerak lebih jauh lagi, anda boleh buat trade management.

[adrotate group=”2″]

4) Ego

Ego juga emosi yang bahaya dalam forex trading ia akan jadi bahaya bila kita tidak mahu menggaku dan terima kesalahan kita.

Munkin kita ada trade yang sedang bergerak bertentangan dari analysis, daripada terima saja kerugian itu kita biarkan trade tersebut masih dibuka kerana kita tidak mahu menggaku yang analysis kita salah.

Bila loss kita sudah terlalu besar ketika itu baru mahu close trade tersebut sedangkan ianya sudah terlambat.

Satu lagi ego adalah dengan tidak mahu mendengar nasihat trader yang lain.

Ada juga trader diluar sana yang tidak mahu mendengar nasihat atau teguran kerana mereka sudah fikir yang mereka sudah tahu semuanya dan ilmu mereka lebih tinggi berbanding semua orang.

Apabila berkongsi analysis hanya analysis mereka sahaja yang betul dan yang lain salah, bila market bergerak bertentanggan dari analysis mereka, macam-macam alasan yang diberi dan tidak mahu menggaku salah.

Tiada sapa suka orang ego ini, jadi buang perasaan ego tersebut sekiranya kita salah terima saja, sekiranya ada orang yang berpandanggan lain dari kita cuba dengar dahulu dan lihat analysis mereka, munkin kita ada terlepas pandang dan analysis orang itu betul.

5) Trade Ketika Marah Atau Sedih

Trading ketika perasaan marah atau sedih memang tidak bagus, ia dapat kaburkan penilaiaan kita terhadap market.

Munkin kita lalui hari yang sukar macam baru kene marah dengan bos ke atau ada orang buat salah terhadap kita dan rasa marah, atau munkin baru terima berita yang sedih.

Kalau anda sedang berasa marah atau sedih jangan trade, jangan lihat chart langsung, cuba untuk tenangkan diri anda dahulu berehat dari trade untuk seketika.

Daripada anda trade ketika perasaan marah atau sedih ianya hanya akan menambah burukkan lagi keadaan sekiranya berlakunya kerugian.

6) Anda Paksa Diri Anda Trade

Maksud dengan paksa diri trade ini adalah anda membuka juga posisi trade sedangkan tiada trade setup.

Market tidak akan selalu beri kita setup trade tiap-tiap hari, akan ada hari dimana tiada langsung trade setup yang berlaku.

Dari kita paksa diri kita untuk membuka posisi trade lebih elok untuk kita tunggu dan bersabar untuk setup trade berlaku.

Sekiranya kita paksa diri kita untuk buka posisi trade, peluang untuk trade tersebut menjadi losing trade lagi besar.

[adrotate group=”4″]

7) Terlalu Berharap

Masih ramai lagi trader yang menggunakan strategy harapan yang bermaksud buka posisi trade dan berharap yang market akan bergerak ke arah tersebut.

Ianya bukan trading tetapi berjudi kerana anda tidak mempunyai sebarang rancangan dan analysis ketika anda entry.

Cuba cari ilmu sebanyak mana yang mampu tentang market dan trading, untuk berjaya dalam bidang ini adalah dengan serap seberapa banyak ilmu yang boleh, lagi banyak anda belajar tentang market, lagi bagus.

8) Takut

Perasaan takut itu memang biasa lagi-lagi kalau anda seorang trader yang baru, munkin takut untuk kehilangan duit modal.

Rasa takut itu biasanya berpunca dari dua benda, anda mula dengan duit modal yang anda tidak mampu untuk hilang atau anda rasa takut untuk membuka posisi trade.

Kalau anda mula dengan jumlah modal yang anda takut untuk hilang, anda sepatutnya tidak menggunakan duit itu sebagai modal trading anda pada awalnya, kerana ia akan dapat menjejaskan prestasi trading anda dengan rasa takut untuk kehilanggan duit tersebut.

Anda sepatutnya bermula dengan jumlah duit yang anda selesa dan tidak risau sekiranya berlaku kerugian, dan yang paling penting jangan sesekali menggunakan kad kredit atau berhutang untuk sebagai mula modal trading, JANGAN SESEKALI BUAT BEGITU !!!

Sebab jika anda rugi bukan sahaja anda kehilanggan duit modal malah berhutang lagi.

Jika anda masih tidak mempunyai modal untuk mula trading anda boleh baca artikle ini tentang cara untuk kumpul modal trading di sini.

Perasaan takut yang lagi satu adalah, takut untuk membuka posisi trade kerana takut sekiranya analysis kita salah.

Masalah ini berpunca sebab anda tidak yakin dengan strategy anda.

Anda perlu lakukan banyak lagi backtest dan berlatih di demo akaun untuk tingkatkan keyakinan anda dengan strategy tersebut.

Kalau anda berjaya kembangkan akaun demo menggunakan strategy tersebut, kenapa anda tidak yakin apabila trade live akaun, anda tidak patut rasa ragu-ragu dengan analysis anda tetapi percaya dengan analysis tersebut.

Jika trade tersebut salah tak apa lost itu memang akan berlaku dalam trading, selepas anda berjaya terima kenyataan yang lost trade itu memang akan berlaku, anda akan dapat atasi masalah ketakutan ketika trading.

Kesimpulan

Jadi itulah 8 emosi yang bahaya dalam forex trading yang kita perlu elak daripada lakukan.

Kalau anda sedang tidak berada dalam keadaan emosi yang bagus seperti sedang marah atau sedih jangan trade.

Setiap kali anda mahu buka apa-apa posisi trade fikir dahulu adakah anda mahu entry sebab analysis anda atau disebabkan perasaan seperti F.O.M.O.

Jangan berasa tamak di dalam forex trading, peluang itu sentiasa ada anda hanya perlu tunggu peluang trade setup yang sesuai dengan trading plan anda.

Sentiasa terbuka hati untuk mendengar nasihat dan pandangan orang lain, jangan terlalu yakin yang kita sudah tahu kesemuanya dan jangan berasa malu untuk terima saja kesalahan kita, dari kesilapan itulah kita dapat belajar.

Terima saja kenyataan yang dari masa kesemasa market akan ada bergerak bertentangan dari analysis kita dan losing trade itu akan berlaku, tetapi ianya tentang cara kita kurangkan lost kita itu yang penting.

Dalam kesemua 8 masalah emosi tersebut yang mana pernah ada lalui dan munkin masih laluinya lagi, boleh comment di bawah 🙂

Artikel lain yang munkin anda minat:

5 Kesilapan Trader Biasa Buat
Perbezaan Psikologi Antara Akaun Demo dan Akaun Live

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

This Post Has One Comment

Leave a Reply