You are currently viewing Cara Untuk Elakan Diri Dari Jadi Mangsa Scam Dalam Forex

Cara Untuk Elakan Diri Dari Jadi Mangsa Scam Dalam Forex

Industry retail forex trading ini semakin berkembang setiap hari dengan makin ramai orang terbuka hati untuk mula belajar tentang forex trading ini.

Tetapi ada segelintir individu diluar sana yang cuba untuk menggunakan peluang ini untuk scam duit trader baru dan ini adalah salah satu punca besar kenapa orang tidak percaya dengan forex trading dan katakan yang forex ini adalah scam.

Mari lihat apakah muslihat yang digunakan oleh scammer-scammer forex diluar sana dan cara untuk anda boleh mengelak daripada menjadi mangsa scam tersebut.

– Recorde Trading

Sentiasa mintak track record trading sekurang-kurangnya 6 bulan punya rekod, seperti myfxbook.

Kalau dia kata akan diberi kemudian atau selepas join itu satu amaran.

Ianya memang hak anda untuk dapat rekod tersebut sebelum sertai apa-apa service seperti signal, copy trading, PAMM, etc.

Pada masa yang sama anda perlu pastikan ianya adalah rekod yang baru dan bukannya beberapa tahun yang lepas, sebab ada setenggah scammer akan menggunakan rekod prestasi beberapa tahun lepas lamanya daripada yang baru.

– Profile palsu dan akaun baru buat

Salah satu cara untuk scammer forex ini mencari mangsa adalah melalui laman media social seperti facebook, instagram atau boleh juga di telegram.

Sekiranya profile akaun orang itu masih baru lagi dan tidak banyak post atau info tentang dirinya seperti gambar ianya agak bahaya.

Gambar profile pun selalunya mereka tidak akan menggunakan gambar mereka yang sebenar sama ada gamba orang lain atau gamba orang tutup muka dan munkin antara yang paling famous gambar orang pegang duit berkepuk dan berdiri di sebelah kereta mewah yang kemunkinan bukan miliknya atau kereta sewa.

– Janji Bulan & Bintang

Menjanjikan pulanggan pelaburan yang tidak masuk akal itu adalah salah satu penunjuk yang ianya adalah scam.

Biasanya orang panggil ini sebagai janji bulan & bintang, kerana mereka biasanya pandai menggunakan ayat-ayat yang manis untuk menjerat mangsanya seperti, pulangan 100% dalam sehari atau mula dengan $100 akan jadi kepada $1000 dalam seminggu.

Bila anda terbaca atau dengar saja benda yang tidak masuk akal kemunkinan besar ianya adalah scam jauhkan diri daripada pelaburan seperti itu.

– Cara Scam Ini Berfungsi

Pernah tak anda terfikir macam mana scam ini berfungsi atau katakan anda sedang membuat kajian dan ada nampak review yang ada orang kata bagus dan ada yang tidak.

Di sini saya akan terangkan macam mana sebenarnya cara system scam ini berfungsi.

Katakan ada seorang ini kita panggil beliau sebagai encik scammer dan encik scammer ini ada buat satu service iaitu memberi signal trading kepada klien dia.

Katakan dia dapat ajak 6 orang yang tidak kenal antara satu sama lain untuk sertai service signal dia, kesemua 6 orang tersebut mereka membayar untuk sertai service signal beliau dan setiap minggu mereka perlu bayar dalam RM100 dan bukan itu saja mereka juga perlu membuka akaun trading mereka di bawah link affiliate beliau.

Kemudian encik scammer itu akan bahagikan 6 orang itu kepada 2 kumpulan, satu adalah group A dan satu lagi adalah group B.

Dan katakan market akan ada news event akan berlaku ada berita yang besar seperti NFP, GDP, Interest Rate, etc.

Apa yang encik scammer akan buat adalah dia akan hantar pesanan ke group A seperti ini:

“Berdasarkan analysis saya, saya menjangkakan yang keputusan news akan keluar nanti adalah bullish jadi buka buy position.”

Kemudian di group B dia hantar benda yang sama cuma dia akan katakan yang market akan menjadi bearish jadi buka sell.

Contoh katakan market adalah bearish jadi group B berjaya membuat keuntunggan manakala group A menggalami kerugian dan munkin ada yang sudah tidak mahu menggunakan service beliau lagi.

Tetapi beliau tidak rugi apa-apa sebab dia sudah dapat bayaran sebanyak RM100 setiap seorang, itu sudah RM600 dan tidak termasuk lagi komisyen daripada affiliate.

Jadi katakan 2 orang daripada group A sudah pergi kerana mereka sudah tidak percayakan beliau dan sorang itu masih setia kekal.

Di group B pulak mereka gembira kerana dapat membuat duit dan bercerita di rakan-rakan mereka yang service orang itu sangat bagus dan tepat, memberikan review yang bagus kemudian orang yang mendengar dan membaca review tersebut akan join dan dibahagikan kepada 2 group.

Dan prosess ini diteruskan selagi ada orang yang sertai program itu.

Begitulah cara scam forex ini berfungsi, dan untuk encik scammer itu tiada risiko buat beliau kerana dia sudah mendapat bayaran dari orang yang menggunakan service signalnya tambahan bayaran dari affiliate dia.

Ini bukannya saya mahu katakan yang semua signal program di luar sama adalah scam, tetapi sekarang ini sudah banyak berlaku penipuan seperti ini, anda perlu berhati-hati dan kene tahu cara untuk bezakan yang mana bagus yang mana tidak.

Untuk tahu lihat sama ada service itu sudah lama dan mempunyai rekod trading seperti myfxbook dan pemberi signal itu tidak menyembunyikan muka dan identiti beliau serta akaun social yang digunakan sudah lama dan akaun sebenar bukannya baru dibuat 3 hari lepas.

– Cikgu Yang Tidak Tunjuk Muka

Sekarang pun sudah ada banyak kes dimana orang yang membeli course dan ditipu.

Biasanya scammer itu akan menjual CD, buku atau ebook pada harga yang agak tinggi untuk sesuatu benda yang biasa dan basic.

Saya pernah jumpa orang  menjual course dengan harga RM800 untuk ajar support & resistance, sesuatu benda yang anda boleh belajar di internet dengan percuma.

Mangsa mereka selalunya orang yang baru mahu mula belajar tentang forex trading ini, kerana mereka masih tidak beberapa arif tentang forex market dan scammer tersebut nampak peluang untuk menipu orang disitu.

Itu tidak bermaksud yang semua course atau guru diluar sana adalah penipu tetapi kalau mereka lagi terbuka lagi bagus kerana itu menunjukan yang dia tiada ada apa-apa benda yang perlu disorokan, anda perlu buat sedikit kajian dahulu sebelum beli apa-apa course diluar sana.

Lihat siapa penggajarnya, adakah beliau ada latar belakang yang bagus, kemudian cuba tanya pendapat orang lain lihat review sama ada ianya banyak rating yang bagus. Selepas itu cuba lihat apa yang ditawarkan di dalam course apa yang akan diajar.

– Broker Yang Tiada Regulation

Sekarang ini amat mudah untuk orang mula membuka broker palsu hanya perlukan nama dan sebuah website.

Jadi ketika memilih broker benda pertama anda perlu lihat adalah, tengok sama ada broker tersebut ada regulation ataupun tidak.

Kerana broker palsu tidak mudah untuk mendapat kelulusan pihak regulation kerana syarat kelulusannya yang ketat.

Anda boleh baca lagi tentang Forex Brokers Regulations di sini.

– Broker Menawarkan Bonus Berlebihan

Sekiranya anda jumpa broker yang menawarkan bonus yang berlebihan itu antara tanda-tanda anda perlu berhati-hati dengan broker tersebut.

Selalunya mereka akan menawarkan bonus seperti “deposite $10 dan dapat $20 bonus”.

Kerana broker palsu biasanya akan menawarkan banyak bonus kepada pelangan mereka untuk menarik minat orang untuk mendaftar dan deposite.

Itu tidak bermaksud yang broker yang sudah ada nama menawarkan bonus ianya adalah scam biasanya bila broker tersebut adalah broker baru dan tiada regulation anda memang perlu berhati-hati.

Satu lagi pihak broker tidak boleh menawarkan pulangan secara khusus, seperti mendapat pulangan dalam 1% atau 2% sehari. Sekiranya anda ada jumpa broker seperti itu, jauhkan diri dan jangan beri mereka duit anda.

– Kedengaran Terlalu Bagus Untuk Jadi Kenyataan

Ini sama seperti janji bulan dan bintang.

Kalau anda dengar yang anda boleh mula dengan jumlah $100 jadi ke $40,000 dalam masa 3 bulan ianya kedenggaran macam tidak masuk akal atau munkin dikatakan pulanggan sehari dalam 20%.

Jadi kemunkinan besar ianya hanyalah satu skim penipuan.

– Custom Indicator

Custom indicator munkin antara cara yang mudah untuk scam trader forex yang baru.

Biasanya custom indicator itu akan kelihatan hebat di chart, dan biasanya trader baru yang masih tidak arif tentang bidang ini akan ingin membelinya.

Itu tidak bermaksud yang semua penjual indicator diluar sana adalah penipu tetapi anda perlu berhati-hati sebab kadang-kadang mereka akan menjual indicator dengan harga yang mahal tetapi sebenarnya mereka dapatkannya secara percuma di forum lain.

Jadi anda perlu membuat kajian dahulu tentang indicator tersebut cuba untuk tanya trader di forum lain sama ada mereka pernah nampak atau tidak indicator seperti itu, dan kadang-kadang anda akan dapat balas dari trader lain dengan memberi indicator tersebut secara percuma.

Biasanya scammer tersebut akan katakan yang prestasi indicator itu sangat bagus, tetapi kalau ianya bagus kenapa mereka mahu menjualnya dan tanpa bukti rekod live trading jangan mudah percaya.

– Expert Advisor

Expert Advisor atau EA atau Robot Trading sudah jadi semakin popular sekarang ini.

Dan seperti biasa, akan ada individu yang cuba mengunakan peluang ini untuk mencari mangsa scam mereka.

Sekiranya anda jumpa tawaran atau ada orang cuba menjual service EA kepada anda, anda perlu mintak dahulu rekod prestasi trading EA tersebut sebelum anda beli.

Kalau orang itu tidak mahu beri rekod prestasi EA tersebut ada kemunkinan besar ianya adalah scam kerana sekiranya EA itu bagus, ianya tidak sepatutnya menjadi masalah untuk orang itu menunjukan prestasi EA tersebut.

Kesimpulan

Anda perlu berhati-hati apabila memilih broker lihat sama ada broker tersebut menawarkan bonus yang berlebihan dan adakah mereka sudah ada daftar regulation, sekiranya tiada itu tandanya anda perlu berhati-hati.

Bila ada orang cuba menawarkan kepada anda service trade seperti, signal, copy trade, etc.

Mintak rekod tentang prestasi trading mereka seperti myfxbook atau investor password, jika mereka enggan memberinya dan bagi macam-macam alasan itu tandanya anda perlu jauhkan diri dari mereka.

Kalau mereka ada janjikan pulanggan yang besar dalam tempoh yang pendek ibarat janji bulan dan bintang seperti mula dengan modal $100 akan jadi $1000 dalam sehari, jauhi mereka itu sememangnya forex scam.

Sekiranya ada orang cuba menjual custom indicator ataupun Expert Advisor(EA/Robot) kepada anda, pastikan mereka tunjuk dahulu rekod prestasi indicator atau EA tersebut sebelum anda membelinya.

Kalau mereka katakan yang strategy mereka sentiasa 100% win itu hanya karut jangan percaya.

Artikel lain anda mungkin minat:

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

This Post Has 17 Comments

  1. Joan

    Bagaimana dengan samtrade fx?

  2. Lagenda Shuhada Enterprise

    LSD CAPITAL RESOURCES.bgaimana dgn syarikat ini??

    1. Admin

      Saya tidak pernah lagi mencuba perkhidmatan LSD Capital, tetapi bila buat kajian sedikit, terdapat ciri-ciri yang mencurigakan seperti:

      – Website tidak memberikan info yang banyak. Website LSD Capital terlalu simple tidak banyak info dan masih banyak bug/isu seperti tidak menggunakan https untuk keselamatan data pengguna. Terdapat sesetengah butang tidak berfungsi.

      – Menggatakan ada lesen regulasi daripada Cysec & FCA tapi tidak memberikan no pendaftaran sebagai bukti mereka telah berdaftar di badan regulasi tersebut.

      – Tiada laman “Tentang Kami” biasanya di website syarikat perlu ada bahagian “tentang kami” atau “about” page, yang menceritakan tentang latar belakang syarikat tersebut.

      Kesimpulannya, terdapat banyak amaran yang menggatakan kita perlu berhati-hati. Apa-apa pun sentiasa kaji dahulu sebelum sertai mana-mana program.

      Harap ia dapat membantu. Sekiranya Cik masih ada soalan lagi boleh saja balas di komen ini.

  3. DINAQ

    BAGAIMANA DENGAN COMPANY GOLD HUB GLOBAL?
    MEREKA NI BTUL KE?

    1. Admin

      Jika lihat dengan lebih dekat, mereka menawarkan pakej dan setiap pekej memberikan pulangan dalam bentuk peratus(tetap). Ianya satu petanda yang tidak bagus kerana dalam pelaburan tiada pulangan yang boleh dijamin lagi-lagi pasaran komoditi seperti emas.

      Kerana pergerakan pasaran tidak menentu akan ada hari rugi ada hari untung. Tapi kalau saya memang biasanya jika program itu menawarkan pulangan yang spesifik saya akan jauhkan diri.

      Dan pendapat saya sendiri juga la, jika ingin melabur dalam emas atau silver saya sarankan lagi elok beli di tempat yang boleh dipercayai. Maksud saya beli emas dan silver fizikal yang kita boleh pegang.

      Jangan lupa untuk membuat kajian dulu sebelum sertai apa-apa jenis program pelaburan. Jika tuan ada sebarang soalan lagi boleh saja tanya lagi.

  4. dina

    klau nio biz sdn bhd 201101009220 (937359-D)?
    ni btul ke x?

    1. Admin

      Helo Dina,

      Selepas saya cuba buat sedikit carian tidak banyak maklumat yang saya jumpa berkenaan Nio Biz Sdn Bhd. Apa yang saya jumpa adalah Nio Biz sebuah syarikat di Dubai yang berkaitan dengan IT.

      Disebabkan tidak banyak maklumat tentang Nio Biz Sdn Bhd, saya sarankan untuk berhati-hati ketika berurusan bersama mereka, saya cuba untuk mencari maklumat mereka seperti website, tetapi gagal untuk menjumpanya. Ianya agak mencurigakan untuk sebuah syarikat perniagaan yang tidak memiliki website mereka tersendiri.

      Ini hanya pendapat saya, kerana tidak banyak maklumat yang saya jumpa, jadi sila berhati-hati. Sekiranya ada sebarang pertanyaan dan soalan lain boleh saja balas di komen ini.

  5. Winn

    LSD Capital Resource ada bg bbrpa sijil pendaftaran termasuk dgn BNM..adakah sahih dan bolh dipercayai?

    1. Admin

      Kalau mahu semak adakah ianya betul-betul berdaftar boleh ke link ini dan tekan kotak “Public Register of Licence Holders” kemudian letakan nama syarikat, no pendaftaran mereka untuk pastikan bahawa mereka benar-benar mendaftar:

      https://www.sc.com.my/regulation/licensing/licensed-and-registered-persons

      Cara lain lagi untuk semak adalah di website di bawah, dimana kita boleh melihat status akaun bank, no phone dan juga no IC(jika ada). Ianya adalah sebuah website rasmi dari kerajaan:

      https://semakmule.rmp.gov.my/

      Dan seperti saya ada katakan sebelum ini di komen yang lain, website mereka juga seperti tidak habis dibina dan tidak berkongsikan banyak maklumat serta tidak mempunyai “https” dimana ianya penting untuk keselamatan pengguna.

  6. Din

    Assalamualaikum tuan.. sy nk bertnya tentang company LSD Capital Resources.. ni company wujud ke atau mmg scammers?

    1. Admin

      Waalaikummusalam,

      Seperti yang saya katakan sebelum ini tidak dapat banyak maklumat berkenaan LSD Capital Resources. Tapi apabila membuat sedikit kajian terdapat beberapa persoalanan yang tidak terjawab. Jadi perlu berhati-hati.

  7. Salwa Ali

    Salam, Jangan terpedaya dgn LSD saya sudah terkena, sudah labur, start labur rm680 dan bila hari pembayaran ada shj charges yg saya kene settle processing fee rm2982.92, govt LHDN rm3711.95, govt tax sst rm3314.14 yg last ni saya give up byr dah duit habis manusia2 yg tak berhati perut ni pikir ‘’money grow on tree’ kot…sedihhh…yg penipu2 byk org Melayu n tipu org Melayu, kita tgh kesempitan lagi dia memgunakan kita…Saya mmg bengang habis duit modal meniaga saya…nak saya menanggung hutang yg pending, nama & Contact name representatif LSD is Nurul Contact no 01120739282, dan perlabur yg so call Handle ur act is Noraini Hamidin act no bank Islam 06073025408743, so kawan2 sekalian berhati2 bila kita nak melabur jgn jadi spt saya?

    1. Admin

      Waalaikumusalam

      Allah, banyak juga tu modal. Saya bersimpati, saya pun sedang fikir cara untuk berkongsi dengan orang ramai berkenaan kes-kes penipuan seperti ini, macam mana mereka boleh elak dari menjadi mangsa penipuan serta scam pelaburan. Saya harap segala urusan dipermudahkan.

  8. Jefri

    HAI ADMIN
    HSB FOREX TRADE
    BY FAIZWAN BAHARUM

    adakah trader yg benar or scammer

    1. Zul Khairul

      Hi,

      Saya tidak pernah dengar lagi tentang HSB Forex ini, tapi selepas saya cuba membuat sedikit carian di google saya dapati ianya seperti sebuah platform broker dari Indonesia. Jika ianya adalah broker yang tuan maksudkan, terdapat beberapa perkara yang tuan Jefri boleh perlu lihat seperti pendaftaran syarikat, perlesenan beroperasi, khidmat sokongan dan sebagainya.

      Tapi terdapat juga sebuah bacaan yang saya jumpa menggatakan terdapat isu atau masalah scam yang berkaitan dengan HSB Forex Trade, jika tuan ingin baca boleh tekan di sini.

      Saranan saya adalah untuk berhati-hati dan lebih elok untuk elakkan saja, jika ada yang menjanjikan pulangan spesifik seperti 5% atau 10% dan sebagainya setiap bulan, itu adalah tanda merah dan perlu elak.

Leave a Reply