You are currently viewing Bolehkah Kita Buat Duit Dari Trading?

Bolehkah Kita Buat Duit Dari Trading?

Jawapan pendek kepada soalan boleh ke kita buat duit dari trading adalah ye boleh ianya tidak mustahil. Tetapi ianya tidak semudah seperti apa yang ramai orang sangkakan.

Lebih daripada 95% trader gagal dan lebih daripada 80% akan menggalah dalam tempoh 2 tahun.

Perjalanan untuk menjadi seorang trader yang konsisten boleh ambil masa dari berbulan hingga bertahun sebelum kita dapat menjana keuntungan dengan konsitent.

Jadi di artikel kali ini saya ingin kongsikan tip untuk mereka yang ingin menjadi konsisten di dalam trading.

Sebelum itu saya ingin katakan apabila saya sebut “konsisten” maksud saya adalah seorang trader yang mampu menjana keuntungan untuk tempoh masa panjang.

Kerana saya tahu mungkin ada yang akan tersalah paham dengan sangkakan konsisten ini bermaksud trader yang sentiasa alami trade yang untung. Saya akan terangkan lebih lanjut selepas ini.

Memiliki ilmu

Sudah tentu kita perlu ada ilmu dahulu sebelum kita boleh menjadi seorang trader yang konsisten.

Kita perlu belajar dari basic dahulu sebelum kita terjun ke topik yang lebih mendalam sebagai contoh ketika baru mahu mula belajar tentang trading kita perlu mula dari asas seperti cara lihat chart, cara kira pip dan pergerakan pasaran, cara baca candlestick, fungsi-fungsi indicator, etc.

Kita tidak boleh terus terjun ke topik yang advance seperti teknikal analisa dan strategi indicator.

Trading ini adalah sebuah skill dan seperti skill yang lain kita perlu memiliki ilmu asas yang kukuh untuk asah skill tersebut.

Jika kita tidak memiliki asas yang kukuh ianya ibarat pokok yang memiliki badan pokok yang kecil, ianya mudah patah.

Tetapi jika kita memiliki ilmu asas yang kukuh ianya ibarat kita memiliki badan pokok yang besar dan tebal ia tidak mudah patah.

Sebab itu ianya amat penting untuk kita memiliki ilmu asas yang kukuh sebelum belajar ke bahagian yang lebih advance.

[adrotate group=”2″]

Strategi Yang Sesuai

Dalam trading terdapat 4 jenis golongan trader, scalping, intraday, swing trader dan juga position trader.

Setiap katagori trader tersebut berbeza:

1) Scalping

Adalah seorang trader yang trade di time frame kecil. Trader scalping hanya membuka posisi mereka untuk tempoh yang sekejap dalam 5 minit hinggalah ke 1 jam.

Teknik scalping ini menggambil kesempatan terhadap pergerakan kecil yang berlaku di dalam pasaran untuk membuat keuntungan dengan pantas.

Disebabkan mereka trade di time frame yang kecil, mereka akan luangkan masa yang agak panjang di hadapan chart untuk mencari peluang trading.

2) Intraday

Intraday adalah seorang trader yang buka dan tutup posisi trading mereka pada hari yang sama.

Biasanya mereka tidak akan pegang posisi trade mereka melebihi 24 jam.

Trader intraday akan cuba untuk mendapat keuntungan daripada pergerakan yang berpunca daripada mikroekonomi harian biasanya ketika keluaran berita berkenaan pasaran.

3) Swing

Swing trader adalah seorang trader yang akan pegang posisi trading mereka dalam tempoh beberapa hari dan mungkin berminggu.

Mereka biasanya cuba untuk menangkap pergerakan besar pasaran. Swing trader juga biasanya trade di time frame yang besar disebabkan ini mereka biasanya trade dalam 2 ke 3 kali sahaja setiap minggu.

4) Position Trading

Posistion trader ini sama saja seperti swing trader mereka cuba untuk menangkap pergerakan pasaran yang besar tetapi untuk tempoh yang lebih lama biasanya position trader akan pegang posisi trade mereka selama berbulan.

Disebabkan position trading ini boleh ambil tempoh masa yang lama biasanya trader jenis ini memiliki modal yang besar untuk menjana keuntungan yang berbaloi dalam tempoh yang panjang.

Jadi berdasarkan 4 katagori trader di atas kita perlu tahu bahawa kita ini trader jenis apa kerana bergantung kepada ciri-ciri setiap orang ada yang jenis sesuai untuk menjadi swing trader tetapi mereka tidak sesuai dengan gaya trading scalping.

Untuk ketahui anda katagori trader yang mana satu, anda boleh cuba jawab soalan di bawah. Ianya adalah sebuah quiz untuk tentukan anda ini trader jenis apa.

0%

Pernyataan manakah yang paling sesuai untuk anda ketika bertanding?

Pada masa lapang, apa yang paling anda gemari?

Sekiranya anda diberi RM1000, yang manakah antara berikut yang akan anda lakukan dengan duit tersebut?

Pasukan sukan kegemaran anda jauh ketinggalan pada separuh masa permainan, apa yang harus dilakukan oleh jurulatih?

Di tempat kerja, jika anda menyelesaikan satu projek lebih awal dari tarikh akhir yang dijadualkan, apa yang akan anda lakukan dengan masa lapang tambahan tersebut?

Dalam suasana majlis, perihalan berikut yang manakah paling sesuai dengan anda?

Mana diantara kerjaya tempat kerja berikut yang paling anda suka?

Bagaimana anda biasanya trade ketika acara seperti nonfarm payrolls (NFP)?

Quiz anda trader jenis apa
Taniah anda adalah seorang Scalping Trader

Untuk ketahui lebih lanjut sila baca di bawah:
Taniah anda adalah seorang Intraday/Swing Trader

Untuk ketahui lebih lanjut sila baca di bawah:
Taniah anda adalah seorang Position Trader

Untuk ketahui lebih lanjut sila baca di bawah:

Share your Results:

Disiplin

Sudah tentu untuk berjaya dalam apa-apa sekali pun kita perlu memiliki sifat disiplin yang kuat.

Disiplin di dalam trading amat penting kerana ia akan tentukan jika kita akan berjaya atau tidak. Maksud saya dengan disiplin adalah kita berdisiplin untuk ikut trading SOP kita dan bukan sekejap ikut dan sekejap tidak.

Jika kita kekal disiplin untuk ikut kepada SOP trading kita ianya tidak mustahil untuk kita dapat menjadi seorang trader yang konsisten.

Saya sudah kongsikan sebuah alat yang bernama trading checklist, ia dapat membantu kita untuk menjadi lebih disiplin di dalam trading kita.

Jika anda masih belum melihat artikel itu lagi saya sarankan untuk anda baca selepas ini.

Bersedia Dari Segi Mental

Trading ini bukan hanya modal dan juga strategi sahaja yang penting malahan 2 perkara tersebut sebenarnya memainkan peranan yang kecil dalam kejayaan trading kita.

Terdapat 2 peranan yang lebih besar yang menentukan kejayaan kita untuk menjadi konsistent, yang pertama adalah kawalan emosi kita ketika trading.

Emosi memainkan peranan besar dalam trading kerana ianya dijangkakan kebanyakan trader gagal adalah disebabkan mereka gagal untuk kawal emosi mereka.

Jika trader tersebut memiliki trading strategi yang hebat sekali pun ianya masih belum dapat tentukan dia boleh menjadi seorang trader yang konsisten jika dia masih tidak menggawal emosi.

Emosi memainkan peranan yang besar hingga saya juga telah menerbitkan sebuah course percuma dimana course ini hanya fokus di trading psikologi dan trader mindset.

Saya sarankan untuk anda lihat course tersebut kerana emosi kita memainkan peranan yang penting juga di dalam trading cara kita kawal emosi dapat tentukan sekiranya kita akan kekal lama atau tidak di dalam bidang ini.

[adrotate group=”4″]

Kawal Risiko

Tadi saya katakan terdapat 2 perkara penting yang memain peranan lebih besar di dalam trading dari modal dan strategi.

Yang pertama adalah cara kita kawal emosi kita ketika trading dan yang kedua adalah cara kita menjaga risiko kita di dalam pasaran.

Jika kita berjaya untuk kawal emosi sekali pun ketika trading ianya masih tiada gunanya jika kita masih gagal untuk kawal risiko kita kerana hanya perlukan satu trade dimana market bergerak secara bertentangan dari trading kita untuk buat kita kehilangan semula kesemua keuntungan sebelumnya.

Saya juga telah terang tentang cara untuk jaga risiko ketika trading di dalam course percuma forex simple.

Kesimpulan

Perjalanan untuk menjadi trader yang konsisten bukanlah mudah ianya boleh ambil tempoh masa yang lama.

Trading ini adalah sebuah skill dan seperti skill yang lain kita perlu kerap asah dengan berlatih sebelum kita menjadi mahir. Untuk trading ianya mungkin berlatih di akaun demo atau akaun micro.

Jika kita kekal disiplin dan belajar ianya tidak mustahil untuk menjadi seorang trader yang konsisten.

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply