Analisa Chart Pair GBP/USD dan NZD/JPY

Selamat pagi,

Minggu ini saya akan pantau 2 pair iaitu GBP/USD dan juga NZD/JPY.

Sekiranya anda mahu lihat hasil analisa chart pada minggu lepas buat pair USD/CHF dan EUR/JPY. Boleh scroll ke belah bawah post ini untuk melihat hasil analisa tersebut.

Analisa Minggu Ini

– GBP/USD

Pair GBP/USD telah berada di dalam keadaan downtrend selama 3 minggu berturut-turut dan telah membuat junaman lebih daripada 500 pip. Tetapi saya masih tidak menjangkakan bahawa pergerakan downtrend ini sudah tamat.

Jadi terdapat 2 level resistance yang berpotensi di mana harga akan bertahan.

Level pertama adalah di 1.30855 – 1.31062, ketika ini harga tidak berjauhan dari level pertama kita. Untuk level kedua pula ianya berada di sekitar kawasan 1.31757 – 1.31964, ini adalah level kedua yang saya akan perhatikan.

Jika terdapat ciri-ciri bearsih yang berlaku di zone tersebut ianya mungkin peluang trade yang bagus dan dapat memberikan peluang trade dimana jarak stop loss kita tidak perlu berjauhan dari entry.

– NZD/JPY

Buat pair NZD/JPY saya masih menjangkakan pergerakan uptrend untuk bersambung dan kemungkinan juga satu langkah buat kali terakhir daripada bullish sebelum bearsih mula mengawal.

Zone support pertama yang saya akan lihat adalah 79.410 – 79.274, tapi jika harga bergerak lebih daripada level support pertama ini, saya akan lihat pula peluang di level support kedua 78.943 – 78.738

Jika berlakunya sebarang tanda-tanda bullish di salah satu zone support tersebut ianya mungkin potensi trade yang bagus.

Trading ini adalah sesuatu benda yang berisiko dimana kita boleh kehilangan duit modal kita. Segala analisa di sini adalah hanya pandangan saya terhadap keadaan semasa pasaran. Segala trade yang anda ambil adalah atas faktor risiko anda sendiri.

[adrotate group=”4″]

Market Recap

– EUR/JPY

Untuk pair EUR/JPY, kita menjangkakan peluang untuk swing sell di pair ini pada minggu lepas.

Kita sudah tanda 2 zone resistance yang dimana kita jangkakan harga akan bertahan. Level pertama adalah di 127.753 – 127.382, tapi apa yang berlaku adalah harga teruskan pergerakan kenaikannya bila sampai di pertama ini.

Tetapi harga berjaya bertahan zone resistance kedua kita di 128.649 – 128.291, tapi hasil pergerakan penurunan yang berlaku tidak seperti apa yang dijangkakan, mungkin disebabkan keluaran data berkenaan keputusan kadar faedah Bank Pusat Eropah(ECB) pada hari khamis.

Keluaran data itu menunjukan bahawa Bank Pusat Eropah masih kekalkan kadar faedah mereka kekal pada 0% tiada perubahan dan juga keluaran data berkenaan pekerjaan yang keluar pada hari selasa menunjukan positif(kukuh untuk EURO).

Bila gabungkan kesemua data tersebut ini membuatkan matawang EUR menjadi lebih kukuh berbanding matawang yang bertentangan.

Walaupun hasil keluaran data yang positif untuk EURO, harga masih tidak berjaya lagi untuk pecah level resistance kedua kita. Jadi adakah ini kemungkinan masih terdapat peluang untuk EUR/JPY sambung pergerakan penurunan mereka?

Kita perlu lihat apa yang berlaku pada minggu ini, kerana setup ini masih sah lagi.

– USD/CHF

Walaupun kita tidak dapat hasil trade yang memuaskan di EUR/JPY, tetapi buat pair USD/CHF pula mereka bergerak ke arah analisa yang dijangkakan.

USD/CHF mulakan pergerakan pada hari isnin dan memberikan kita peluang swing bullish, dan pair ini membuat kenaikan melebihi 150 pip dalam tempoh 5 hari.

Pergerakan kenaikan ini juga mungkin disebabkan keluaran data berkenaan kadar inflasi di AS menaik daripada 0.6% kepada 0.8% yang dianggap sebagai satu benda yang positif buat USD. Dan disebabkan ini matawang USD menjadi lebih kukuh daripada CHF.


Dapatkan bonus $30 anda Sekarang !!!

Apa yang anda perlu buat hanyalah daftar akaun sebenar dan mengesahkannya.

Lihat Cara Untuk Claim Bonus $30 Anda.


Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply