Sekarang ini saya pasti anda mesti kerap mendengar tentang bitcoin dan juga cryptocurrency , biasanya bila kita dengar tentangnya pasti kerana terdapat individu yang menjadi jutawan dengan aset digital tersebut.
Ianya tidak mustahil untuk menjadi kaya raya melalui crypto malahan crypto telah melahirkan ramai jutawan, tapi apa orang jarang dengar adalah terdapat juga golongan yang kehilangan duit di dalam crypto.
Melabur di dalam cryptocurrency agak berbahaya tetapi jika dibuat dengan betul ianya tidak mustahil untuk membuahkan hasil yang agak lumayan juga.
Jadi mari kita lihat patutkah anda beli serta melabur dalam aset digital cryptocurrency ataupun tidak.
Adakah Cryptocurrency Selamat?
Ketika ini tiada sebarang perbadanan regulasi untuk pasaran crypto, jadi ianya masih tidak begitu selamat dan apa-apa saja boleh berlaku di dalam pasaran crypto ini.
Seperti secara tiba-tiba kerajaan China telah mengharamkan penggunaan cryptocurrency di negara tersebut. Atau ketika dimana kerajaan Malaysia tidak memberi crypto exchange binance untuk beroperasi di Malaysia.
Tetapi itu tidak bermakna kita tidak dapat melabur ke dalam crypto, terdapat juga beberapa exchange yang mendapat kelulusan daripada BNM(Bank Nasional Berhad) untuk beroperasi di Malaysia seperti Luno.
Jadi di Malaysia, kerajaan tidak menghalang untuk rakyat membeli atau melabur dalam cryptocurrency(ketika ini) tetapi mereka halang platform exchange yang tidak mempunyai sebarang lesen untuk beroperasi di Malaysia.
Setiap negara mempunyai peraturan yang berbeza untuk cryptocurrency, jadi jika anda berada di negara lain ianya elok untuk melihat dahulu jika pihak kerajaan serta regulasi negera tersebut membenarkan anda untuk melabur dalam cryptocurrency.
Seperti di dalam industri pelaburan lain, terdapat juga individu yang cuba ambil kesempatan dengan menipu duit para pelabur. Jadi anda perlu berhati-hati agar tidak menjadi mangsa mereka.
Lihat kaedah yang digunakan oleh scammer crypto untuk menipu orang ramai.
[adrotate group=”2″] |
Sambutan Terhadap Crypto
Walaupun terdapat beberapa isu berkenaan crypto, tetapi peggunaan mereka serta teknologi blockchain semakin berkembang setiap hari.
Terdapat juga berita berkenaan syarikat Paypal akan mula menerima crypto sebagai kaedah pembayaran di platform mereka.
Dan ianya kelihatan makin ramai syarikat besar mahupun kecil sudah mula ingin menerima crypto sebagai pembayaran.
Ketika ini masih tidak banyak tempat dan syarikat yang menerima cryptocurrency lagi sebagai kaedah pembayaran, tetapi jumlah penerimaan semakin meningkat.
Perlukah Kita Beli dan Melabur Dalam Crypto?
Pergerakan pasaran crypto sangat tidak menentu, pergerakan naik turun mereka amat kuat dan laju. Ianya tidak mustahil untuk sebuah aset crypto naik sebanyak 20% dalam sehari dan kemudiannya turun semula pada keesokan harinya.
Kita perlu sentiasa berhati-hati bila melabur di dalam pasaran crypto kerana terlalu banyak spekulasi yang sedang berlaku dalam pasaran.
Tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh menjana keuntungan dalam cryptocurrency di jangka masa panjang.
Dengan memiliki aset crypto sebagai pelaburan, ianya mungkin satu langkah yang bagus untuk memberikan kepelbagaian dalam portfolio pelaburan anda kerana cryptocurrency tidak mempunyai sebarang korelasi bersama pasaran saham.
Sekiranya berlaku penurunan di dalam pasaran saham kemungkinan pelaburan crypto kita mungkin tidak akan begitu terjejas, begitu juga sebaliknya.
Tetapi terdapat beberapa soalan anda perlu tanya diri anda dahulu sebelum mula melabur dalam pasaran crypto:
- Adakah anda paham cara untuk melabur serta cara cryptocurrency ini berfungsi?
- Adakah anda sanggup terima risiko yang berada di dalam pasaran crypto?
- Sanggup tak untuk pegang pelaburan anda tersebut sekurang-kurangnya selama 3 tahun?
Sekiranya anda tidak dapat menjawab kesemua soalan tersebut ianya mungkin satu tindakan yang kurang bagus untuk anda melabur dalam crypto.
[adrotate group=”4″]
Kesimpulan
Ianya kelihatan seperti cryptocurrency dan juga blockchain tidak akan kemana-mana dan ianya akan kekal tetapi mungkin hanya dengan jika kita dapat jumpa penyelesaian yang sedang di alami dalam crypto seperti isu regulasi dan juga keselamatan.
Cryptocurrency berpontensi untuk mengubah cara kita melakukan pembayaran di masa akan datang. Nasihat saya adalah pastikan anda melakukan kajian anda tersendiri terlebih dahulu sebelum meletakan duit ke dalam sesuatu.
Tq Boss ajar ??
Sama-sama, harap perkongsian ini bermanfaat buat tuan Nizam
Pingback: Cara Untuk Pastikan Pelaburan Crypto Anda Selamat