Salah satu perkara yang orang fikirkan tentang forex adalah untuk berjaya dalam forex trading ini mereka perlu sentiasa melihat chart, ianya munkin benar sekiranya trading ini adalah sumber pendapatan utama anda jadi memang perlu rajin untuk melihat chart.
Tetapi ianya tidak bermaksud yang anda tidak boleh jadikan forex ini sebagai part time, ada juga trader yang berjaya tetapi mereka hanya trade forex ini sebagai part time dan jadikan hasil trading mereka sebagai sumber pendapatan tambahan.
Jadi hari ini saya akan berkongsi 7 tip untuk anda sekiranya anda adalah part time forex trader.
1) Guna Strategy Yang Sesuai
Sekiranya anda masih lagi mempunyai perkerjaan dan anda trade pasaran forex ini sebagai part time atau munkin jadikan forex ini sebagai pendapatan tambahan dalam hidup anda itu munkin bermaksud yang anda tidak boleh sentiasa melihat chart untuk membuat analysis.
Jadi anda perlu mencari strategy yang sesuai dengan waktu anda dimana anda tidak perlu sentiasa melihat chart sepanjang masa.
Apa yang saya sarankan adalah cari strategy yang sesuai di Time Frame besar seperti H4 dan Daily jadi anda tidak perlu sentiasa lihat chart.
Cara lain adalah dengan menggunakan Pending Order, cara ini bagus sekiranya anda takut untuk terlepas peluang trade jadi anda boleh set pending order di mana area target anda untuk entry, contoh sekiranya anda jangkakan yang market akan bertahan di level SnR tersebut jadi anda boleh letakan pending order di area situ.
2) Fokus Di Beberapa Pair Sahaja
Terdapat lebih daripada 179 pair matawang dalam pasaran forex, tetapi kebanyakan broker tidak menawarkan kesemua pair matawang tersebut kebiasaanya broker hanya akan menawarkan dalam 28 hingga 60 pair matawang dan itu masih banyak.
Kalau anda trade forex ini sebagai part time ianya lebih elok untuk anda hanya fokus di beberapa pair matawang sahaja dan pair yang saya sarankan untuk anda fokus adalah pair yang paling banyak liquidity(Pergerakan) seperti Major Pair.
Sekiranya anda fokus kepada banyak pair matawang anda perlu luangkan masa yang banyak untuk pantau setiap pair matawang tersebut lebih kecil senarai pair yang anda trade lebih bagus serta mudah untuk fokus.
3) Sentiasa Bersedia
Bila trade forex sebagai part time ini munkin kita akan ada terlepas berita tergempar atau event yang menggejut.
Jadi ianya penting untuk anda tahu perkara seperti berita atau event besar yang akan berlaku pada hari itu, anda boleh lihat Economic Kalendar untuk tahu berita atau event besar apa yang ada untuk hari itu serta waktu bila ia akan berlaku.
4) Jaga Emosi
Bila trade forex ini sebagai part time akan ada waktu dimana kita terlepas peluang trade atau pergerakan besar di market dan ianya bukan soalan jika ia berlaku tetapi ianya memang akan berlaku.
Apa yang penting adalah untuk kita kawal emosi dan jangan kejar pergerakan tersebut serta buka posisi trade disebabkan F.O.M.O, sekiranya market sudah bergerak biarkan sahaja dan tunggu untuk peluang trade yang lain.
5) Trading Journal Itu Penting
Trading journal adalah sebuah journal dimana kita catat kesemua rekod trading kita dan ia dapat membantu kita untuk perbaikikan lagi prestasi trading kita.
Sebagai contoh katakan anda sudah ada rekod trading journal untuk tempoh sebulan anda trade.
Kemudian anda perasan yang prestasi anda setiap hari isnin biasanya loss munkin disebabkan ianya hari baru mula berkerja jadi masih lemah semangat atau munkin setiap kali anda trade pada waktu pagi biasanya loss.
Apa yang anda boleh buat adalah untuk tidak trade ketika waktu itu kerana ada satu corak yang menunjukan setiap kali anda trade ketika waktu itu biasanya loss.
Jadi dengan kurangkan loss anda secara tidak langsung prestasi trading serta profit anda akan meningkat.
Boleh baca lagi tentang trading journal di artikel ini: Forex Trading Journal.
6) Sentiasa Jaga Risk
Disebabkan waktu kita yang terhad untuk melihat chart ianya amat penting untuk kita menjaga risk kita ketika trading kerana kita tidak tahu jika ada pergerakan yang menggejut di dalam market.
Market ini bergerak secara random dan akan ada masa dimana pergerakan besar berlaku secara tiba-tiba dan munkin ianya berlaku ketika kita tidak melihat chart, sebab itu ianya penting untuk kita kurangkan kerugian kita dengan melakukan Risk Management.
Ianya amat penting untuk kita lindungi akaun kita supaya tidak menggalami kerugian yang besar.
[adrotate group=”4″]
7) Banyak Bersabar
Kesabaran itu amat penting dalam trading lagi-lagi jika kita trade di time frame besar seperti H4 dan Daily.
Kalau anda masih ingat di tip no.1 saya katakan yang ianya lebih sesuai untuk trade di time frame besar sekiranya anda adalah part time trader dan ianya ada kelebihan dan kelemahan.
Kelebihanya adalah anda tidak perlu sentiasa melihat chart, kelemahanya anda akan ada kurang peluang untuk trade kadang-kadang tiada trade setup yang berlaku untuk hari tersebut.
Tetapi sekiranya trade ini bukan sumber pendapatan utama anda ianya sepatutnya tidak menjadi satu masalah dan sebenarnya ianya satu kebaikan, salah satu punca kenapa banyak trader gagal adalah disebabkan Over Trading.
Anda hanya perlu bersabar dan tunggu untuk trade setup berlaku berdasarkan strategy anda.