Munkin impian kebanyakkan trader diluar sana adalah untuk menjadi seorang trader yang konsistent.
Jadi harini ini kita akan lihat macam mana anda boleh tingkatkan kemahiran trading anda dan munkin juga dapat menjadikan anda sebagai seorang trader yang konsistent.
1) Membuat Trading Journal
Sebagai trader mempunyai trading journal itu sanggat penting dan wajib ada untuk setiap trader.
Trading journal ini dapat memberitahu dimana kita dapat perbaikikan lagi tentang cara trading kita.
Contoh katakan ada seorang trader bernama Bob, dan Bob ada trade sebanyak 10 kali dalam seminggu itu dan daripada 10 trade tersebut 5 anda betul dan lagi 5 anda salah, jadi 50% win trade & 50% lost trade.
Tetapi bila anda lihat perkembanggan akaun anda ianya tidak nampak seperti berkembang sangat dan apa yang difikirkan Bob adalah munkin sebab jumlah win dia sama dengan jumlah loss tetapi itu bukan punca sebenarnya, kemudian Bob lihat trading journal dia kemudian dia perasan sesuatu, kebanyakan losing trade dia mempunyai risk ratio yang kurang daripada 1:1.
Maksudnya sekiranya take profit dia dalam 50 pip tetapi stop loss dia lebih dari 50 pip, dan ini sememangnya tidak bagus untuk risk management, jadi apa yang trade Bob boleh buat adalah dengan perbetulkan risk management beliau.
Sekiranya Bob tidak mempunyai trading journal munkin dia tidak akan perasan tentang masalah tersebut dan dia akan fikirkan yang munkin punca masalah sebenarnya adalah trading strategy beliau tetapi sebenarnya ianya berpunca daripada cara dia menjaga risk management.
Sebab itulah pentingnya untuk anda memiliki trading journal sebagai trader, sekiranya anda tidak tahu cara untuk membuat trading journal anda sendiri anda boleh baca artikel ini.
2) Mencari Bantuan
Mempunyai bantuan itu lebih bagus daripada anda cuba selesaikan masalah itu sendiri, tidak salah sekiranya anda meminta bantuan orang lain, sekiranya anda ada masalah dengan trading anda cuba mendapatkan bantuan.
Sertai mana-mana komuniti trader, sekarang ini sudah ada banyak kouniti forex trader di Malaysia, di setiap negeri mesti akan ada komuniti trader, anda hanya perlu cari, kalau anda tidak tahu dimana mahu cari boleh bermula di facebook group dan telegram.
Kebiasaanya 2 tempat itu dimana trader biasanya aktif, munkin facebook group Trader Forex Malaysia(TFM) antara group facebook yang paling ramai ahli dan masih aktif lagi, Untuk telegram saya tidak pasti sebab saya jarang sikit pakai telegram banyak promote spam.
Kalau anda setai FB group TFM anda boleh saja post dalam itu dan tanya sekiranya ada trader di area kawasan anda, selalunya mesti akan ada je.
3) Kaji Mereka Yang Sudah Berjaya
Cara yang terbaik untuk berjaya adalah dengan kaji tentang orang yang sudah berjaya dalam bidang itu.
Sekiranya anda ada kenal orang yang sudah berjaya dalam trading, cuba lihat apa yang beliau lakukan untuk sampai ke tahap itu, munkin beliau menghabiskan masa dalam 8 ke 12 jam sehari lihat chart atau munkin cara dia trade adalah dengan menjaga capital dia.
Apa-apa pun anda kaji dan belajar daripada orang tersebut munkin dengan ini anda akan dapat belajar sesuatu yang munkin dapat perbaikikan trading anda.
4) Hanya Ambil Risiko Yang Anda Mampu Tampung
Trading ini mempunyai risiko yang tinggi anda boleh kehilanggan kesemua modal anda, sebab itu penting untuk anda pastikan yang diri anda boleh terima kenyataan itu dan hanya bermula dengan risiko yang anda mampu bertahan.
Jangan pula pergi membuat pinjaman atau pinjam duit dari orang lain untuk dijadikan modal mula trade, itu agak berbahaya dan akan kacau emosi anda ketika trading.
Sekiranya anda masih tidak ada modal untuk mula trading anda boleh baca blog ini dimana saya terangkan 6 cara anda boleh buat untuk kumpul modal mula trading.
5) Kekal Yakin Dengan Strategy Anda
Pernah tak anda lalui masalah seperti ini, anda sudah ada strategy dan bila ada trade setup yang berlaku anda buka posisi trade anda tetapi anda berasa ragu-ragu dengan trade tersebut sekiranya ianya salah, lalu anda tutup posisi tersebut dengan profit yang kecil.
Kemudian anda lihat semula trade tersebut anda nampak yang market sememangnya bergerak ke arah analysis tersebut dan anda berasa rugi kerana tutup posisi trade tersebut terlalu awal.
Anda perlu kekal yakin dengan strategy trading anda, tidak boleh berasa ragu-ragu dan takut sekiranya analysis anda salah, untuk atasi masalah ini adalah dengan anda perlu melakukan banyak backtest dengan strategy anda untuk tingkatkan keyakinan anda terhadat strategy tersebut.
Berlatih di akaun demo dahulu selama beberapa bulan saya sarankan dalam 6 bulan ke 1 tahun. Kemudian lihat rekod trading anda untuk tempoh itu adakah anda berjaya kembangkan akaun demo tersebut, sekiranya anda dapat kembangkan anda tidak perlu berasa takut atau ragu-ragu dengan strategy anda kerana anda sudah melakukan backtest selama 6 bulan ke 1 tahun dan itu sepatutnya tingkatkan keyakinan anda terhadap strategy yang anda gunakan.
6) Teruskan Berlatih
Yang terakhir sekali adalah teruskan berlatih, sekiranya anda sudah menjadi konsistent pun ianya masih penting untuk anda terus berlatih dan cuba untuk menambahkan ilmu anda lagi.
Munkin masih ada lagi benda yang anda masih dapat perbaikikan trading anda, jangan sesekali fikir yang anda sudah tahu semua benda, dalam trading ini ilmu tidak akan habis.
Jadi teruskan meneroka dan cuba untuk belajar sesuatu yang baru tentang market setiap hari.