Membuat kesilapan itu adalah sebahagian dari sifat manusia, semua orang pernah melakukan kesilapan. Dalam trading juga kita tidak dapat larikan diri daripada membuat kesilapan termasuk lah trader yang masih baru lagi dalam trading atau sudah lama.
Membuat kesilapan itu memang sebahagian daripada proses pembelajaran, tetapi kita perlu belajar daripada kesilapan tersebut untuk elak dari melakukannya sekali lagi pada masa akan datang.
Di perkongsian kali ini, saya ingin kongsikan 5 kesilapan yang trader biasa buat, dengan ketahui kesilapan ini kita dapat elak daripada melakukan benda yang sama di masa akan datang.
1. Tiada Kesabaran
Semua benda memerlukan kesabaran lagi-lagi di dalam forex trading.
Kebanyakkan trader yang baru terus mahu terus mula trade di akaun sebenar walaupun mereka masih dalam proses pembelajaran.
Ini selalunya disebabkan mereka tidak sabar untuk membuat keuntungan dari pasaran forex, tetapi mereka tidak tahu kalau mereka terus bermula dengan akaun sebenar tanpa ilmu yang lengkap itu ibarat dia membakar duit mereka sendiri.
Saya sarankan belajar dahulu dan kumpul ilmu tentang trading sebanyak mana yang anda boleh, berlatih dengan guna demo akaun sekurang-kurangnya 3 bulan hingga ke 6 bulan.
Anda perlu belajar dan mencari ilmu sebelum mula trade menggunakan akaun sebenar.
Dia yang dapat bersabar akan memperoleh apa yang dia inginkan
– Benjamin Franklin
Kalau anda masih mahu mula dengan akaun sebenar juga, saya sarankan mula dengan modal yang kecil dan menggunakan akaun jenis micro, kalau anda mula dengan jumlah yang besar terdapat risiko untuk anda kehilangan semua modal tersebut.
2. Paksa Diri Untuk Trade
Mungkin ini adalah antara kesilapan trader biasa buat.
Trader biasanya memanggil ini sebagai “force trading”, ia katagory kes yang sama juga seperti tiada kesabaran kerana kita memaksa diri kita untuk buka posisi trade tersebut.
Sekiranya tiada setup trade untuk hari itu kita tidak perlu buka apa-apa posisi trade, tunggu untuk peluang trade di hari yang lain.
Kebanyakkan trader saya nampak mereka tetap mahu buka posisi trade walaupun masih tiada trade setup, sebab mereka fikir yang mereka perlu ada juga trade untuk hari tersebut.
Pasaran forex ini dibuka selama 24 jam sehari, 5 hari seminggu dari hari isnin hingga jumaat, jadi peluang untuk kita trade itu sentiasa ada, kita hanya perlu tunggu peluang tersebut tiba.
3. Guna Leverage Tinggi
Banyak trader suka guna tahap leverage yang tinggi. Leverage ini memang seronok bila kita ada win trade berturut-turut tetapi ia hanya perlukan satu atau dua trade yang rugi untuk kita kehilanggan kesemua profit kita telah terima.
Ramai trader menggunakan leverage yang tinggi kerana mereka memikirkan yang ianya dapat membuat lebih banyak keuntungan dengan lebih cepat tetapi kebanyakannya akan kehilangan kesemua duit modal mereka.
Ada broker yang menawarkan leverage setinggi 1:2000 atau 1:3000, yang hanya akan membuatkan akaun anda untuk kehilangan duit modal dengan lebih cepat.
Seperti broker yang beroperasi di negara US, regulator mereka melatakan syarat bahawa pihak broker hanya boleh menawarkan leverage maksimum setinggi 1:50.
Di Europe pulak terdapat perbincanggan untuk meletakkan syarat penawaran leverage maksimum pada 1:30 dan di UK ada perbincangan untuk meletakan 1:25 sebagai tahap maximum leverage.
Ini sememangnya bagus untuk trader yang masih tidak banyak pengalaman di dalam dunia trading kerana ia akan mengurangkan risiko yang terdedah kepada diri mereka.
Sebab itu anda perlu berhati-hati apabila memilih leverage, saya sarankan untuk guna leverage antara 1:100 hingga ke 1:200 maksimum.
Sekiranya anda masih baru lagi dalam trading, guna tahap leverage yang kecil supaya anda dapat menjaga modal akaun anda dan munkin dapat tingkatkan prestasi trading anda untuk jangka masa lama.
4. Tidak Ikut Arah Trend
Mungkin ayat “Jangan lawan arah trend” biasa didengari, kalau anda pernah belajar tentang forex trading, saya pasti anda sudah dengar ayat itu banyak kali.
Tetapi malangnya masih banyak lagi trader yang trade tidak ikut arah trend pasaran semasa.
Ini kerana mereka fikir mereka boleh membuat keuntungan lagi banyak jika mereka dapat tangkap kesemua pergerakan arah pasaran termasuklah arah yang ikut trend semasa dan juga arah yang bergerak bertentangan dari trend semasa.
Ianya memang benar anda boleh trade ketika market sedang bergerak secara menaik dan juga menurun tetapi jangan sesekali melawan arah trend.
Kalau market sedang berada dalam uptrend hanya fokus untuk mencari peluang setup buy, jika ianya adalah downtrend hanya fokus untuk mencari peluang setup sell.
Kenapa kebanyakan trader masih mahu trade di pergerakan trend pullback?
Sebab mereka tidak mahu terlepas untuk membuat keuntungan dalam setiap pip pergerakan yang berlaku dalam erti kata lain mereka tamak.
Mungkin anda pernah dengar pepatah seperti, orang yang tamak selalu rugi. Dan ianya memang benar.
Saya tidak sarankan untuk trade dengan melawan arah trend semasa sekiranya anda masih baru lagi dalam trading.
Hanya fokus kepada peluang trade yang ikut arah trend sahaja, ia munkin bosan dan anda akan terfikir yang anda sudah terlepas banyak peluang kalau tidak trade ketika market sedang pullback tersebut.
Tetapi dengan cara inilah anda akan jadi seorang trader yang konsisten di jangka masa panjang.Jika anda lihat gambar di atas, market sedang berada dalam keadaan downtrend, sekiranya kita trade ikut arah trend pergerakan market biasanya jarak pergerakan pip lebih besar daripada pergerakan yang melawan arah trend.
5. Tidak Fikirkan Tentang Risiko
Tidak kesah anda sudah lama di dalam forex trading atau baru lagi, saya tetap akan cakap “guna stop loss di dalam trading anda”.
Di dalam forex simple course , saya sudah ada terangkan tentang betapa pentingnya Risk Management itu dalam trading kita, dan salah satu untuk kita menjaga risk kita adalah dengan menggunakan stop loss.
Walaupun stop loss ini penting, masih ramai trader yang tidak menggunakannya kerana mereka fikir yang ia hanya membuang masa untuk letak stop loss atau mereka takut market akan sentuh stop loss mereka dulu sebelum bergerak ke analysis mereka.
Tidak kesah mana satu alasan yang dikatakan, anda masih perlu gunakan stop loss untuk setiap posisi trade anda.
Ada juga yang menggunakan “stop imaginasi” maksudnya mereka tidak meletakkan stop loss di chart mereka, tetapi mereka akan cakapkan yang “kalau market turun lebih dari level ini aku akan cut loss”.
Tetapi bila market sampai ke level tersebut mereka akan ubah fikiran dan pilih level lain pulak dengan harapan yang market akan mula berubah arah semula.
Ada juga yang katakan letak stop loss atau break even ini untuk orang yang tak yakin dengan analisa mereka sendiri.
Ianya bukan soal yakin dengan terhadap analisa sendiri ataupun tidak, tetapi ianya tentang kurangkan pendedahan risiko kita dan jaga untuk menjaga modal akaun daripada alami kerugian yang besar.
Sehebat mana pun strategy trading tersebut, tetap akan ada risiko untuk market bergerak bertentangan dengan analisa kita.
Jadi jangan terlalu yakin yang bahawa market akan sentiasa bergerak ke arah analisa jangkaan kita, sedangkan kalau anda minta nasihat dari trader yang professional di luar sana mesti mereka akan kata untuk khadkan kerugian kita.
Kesimpulan
Jadi itulah senarai kesilapan yang biasa dilakukan oleh trader. Dengan ketahui kesilapan apa, kita boleh merancang macam mana untuk elak daripada melakukan kesilapan yang sama.
Saya ingin tanya adakah anda pernah lakukan salah satu antara kesilapan di atas. Boleh kongsikan pengalaman anda dan jika anda ada tip untuk elak daripada buat kesilapan tersebut boleh berkongsi di ruang komen di bawah.