Ramai orang anggapkan yang forex trading ini adalah salah satu cara mudah untuk membuat duit, munkin ianya disebabkan apa yang di iklankan oleh kebanyakan “Sifu” atau “Guru” trading di luar sana.
Sesiapa saja boleh mula trade pasaran forex sekarang ini, anda hanya perlukan sebuah akaun di mana-mana broker forex dan juga laptop atau komputer atau telephone pintar yang memiliki sambungan ke internet untuk mula trade forex market.
Tetapi kita perlu tahu juga yang forex trading ini sama saja seperti kerjaya yang lain ia mempunyai kelebihan dan kekuranganya tersendiri.
Mari kita lihat apakah 10 kelebihan dan juga 10 kekurangan kerjaya sebagai seorang forex trader ini, mungkin ia dapat membantu anda untuk membuat keputusan sekiranya forex trading ini sesuai atau tidak buat anda.
[Kelebihan Forex]
1) Kos Pemulaan Yang Rendah
Untuk mula trade dalam pasaran forex sekarang ini kita sudah boleh mula dengan modal serendah $10. Ianya bergantung juga kepada broker yang kita pilih tetapi kebanyakan broker sekarang terima deposite serendah $10 dan ada juga yang lebih rendah dari itu.
Sekiranya kita mahu mula trade ke dalam pasaran saham, kebiasaannya kos pemulaan agak besar berbanding jika kita mahu mula trade pasaran forex.
Serta keperluan asas yang lain adalah dengan memiliki laptop atau komputer serta mempunyai sambungan ke internet.
Mungkin anda minat untuk baca: Panduan Untuk Mereka Yang Mahu Mula Trade Forex.
2) Waktu Market
Market forex seperti yang anda sudah tahu ianya dibuka selama 24 jam sehari 5 hari seminggu, keikutan sabtu dan ahad pun market buka tapi pihak broker pun mahu cuti jadi kita tidak dapat menjalankan urus niaga ketika hari cuti melainkan kita pergi ke kaunter direct dan tukar matawang.
Tetapi walaupun market buka 24 jam sehari bermaksud yang market sentiasa aktif akan ada waktu di mana market bergerak agak perlahan dan ada waktu market bergerak laju.
Untuk tahu lebih tentang ini boleh baca: 7 Sebab Kenapa Kebanyakan Trader Gagal Dalam Trading.
3) Anda Dalam Kawalan
Salah satu kelebihan kerjaya sebagai seorang trader adalah kita yang kawal kerjaya kita sendiri.
Maksudnya tiada individu lain perlu arah kita untuk bila membuka posisi trade, bila sepatutnya kita trade seperti itu, melainkan kita berkerja di financial firm seperti
Kesemua keputusan trading terletak kepada diri kita sendiri, bila kita mahu trade, berapa risiko yang kita sedia untuk ambil, etc.
4) Komuniti Yang Besar
Pada pendapat saya komuniti trader forex lebih besar berbanding komuniti lain seperti saham, komoditi, matawang crypto.
Seperti point no.1 mungkin ia disebabkan kos pemulaan yang lebih kecil berbanding jika kita mahu mula trade saham atau komoditi.
Kelebihan mempunyai komuniti lebih besar dapat meringankan lagi masalah kita sebagai contoh, mungkin kita adalah soalan berkaitan dengan trading dengan komuniti yang luas soalan kita mungkin akan dijawab lebih pantas.
Kelebihan lain apabila mempunyai komuniti yang besar adalah dengan perkongsian ilmu, akan sentiasa ada individu yang berkongsi ilmu penggetahuan mereka kepada orang ramai, jadi kita dapat ambil kesempatan di situ untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita.
5) Kurang Manipulasi
Seperti pasaran saham, bond dan juga komoditi sering dipengaruhi oleh maklumat yang dipegang oleh orang dalam dan individu yang berkepentingan.
Tetapi untuk pasaran forex ianya lebih susah untuk dipengaruhi oleh mana-mana induvidu kerana selalunya yang pegang maklumat yang penting adalah kerajaan atau pusat bank negara yang kebiasaannya tertakluk kepada pengawasan kerajaan yang ketat.
Disebabkan itu pasaran forex lebih susah untuk dimanipulasi oleh mana-mana individu, dalam erti kata lain lebih selamat.
6) Liquidity Yang Banyak
Mungkin anda pernah dengar dalam sehari transaksi pasaran forex dianggarkan bernilain dalam $5 Trillion USD.
Untuk dibandingkan seperti pasaran saham dianggarkan dalam $200 Billion sehari. Ini menunjukan yang pasaran forex lebih besar untuk dibandingkan dengan pasaran saham.
[adrotate group=”4″]
7) Keuntungan Ketika Market Menurun
Sekiranya kita mahu membuka sell order atau lebih dikenali sebagai short selling, di sesetengah pasaran seperti saham memerlukan kita untuk meminjam aset yang kita mahu jual tersebut dan proses ini boleh dibatalkan daripada peminjam tersebut, tetapi konsep short selling di dalam forex trading lebih mudah dari itu.
Matawang dibeli dan dijual dalam bentuk pair seperti EUR/USD, ini bermaksud apabila seorang trader membeli satu matawang tersebut itu bermaksud mereka menjual matawang yang lain.
Trader berspekulasi bahawa yang matawang tersebut mungkin akan turun nilainya, jadi apa trader itu perlu buat adalah dengan menjual matawang tersebut dan beli matawang pair yang lain tanpa perlu ada konsep meminjam.
Biar saya bagi contoh yang lebih mudah paham, katakan kita sedang trade pair GBP/AUD dan kita menjangkakan yang matawang GBP akan mula melemah berbanding AUD jadi apabila kita membuka short selling atau sell order itu bermaksud yang kita membeli matawang AUD berbanding GBP.
Jika ramalam kita betul dan GBP sudah melemah berbanding AUD, apabila kita mahu tutup posisi trade tersebut kita perlu membeli semula matawang GBP tersebut di harga yang lebih rendah berbanding AUD dan keuntungan atau kerugian kita berdasarkan daripada perbezaan harga ketika kita menjual dan membeli matawang tersebut.
8) Fee & Komisiyen yang Rendah
Trade seperti bond, equities, mutual fund dan instrument lain biasanya mempunyai bayaran komisyen yang mahal dan dari masa kesemasa mempunyai caj bayaran yang tersembunyi.
Tetapi sekiranya trade pasaran forex kos hanya bergantung kepada perbezaan harga bid & ask atau lebih dikenali sebagai spread.
Biasanya nilai spread akan ditunjukan oleh broker di website mereka secara terbuka untuk anda bandingkan spread mereka dengan broker yang lain.
9) Kepelbagaian Pair Matawang
Terdapat 8 matawang besar dunia, EUR, GBP, AUD, NZD, USD, CAD, CHF & JPY.
Apabila campurkan kesemua matawang tersebut dengan satu sama lain kita akan dapat 28 pair matawang.
Untuk trader yang suka volatility mereka dapat menukar pair matawang untuk didagang dengan lebih mudah.
Sekiranya trade pasaran saham terdapat banyak sektor yang perlu kita lihat dan apabila sudah lihat sektor mana yang kita mahu trade untuk hari itu kita perlu lihat pula saham syarikat mana untuk didagang kiranya proses untuk memilih itu banyak yang perlu di lakukan.
10) Peluang Keuntungan
Pasaran forex menawarkan paras level leverage yang tinggi untuk dibandingkan dengan pasaran yang lain seperti saham dan matawang crypto.
Dengan kelebihan ini forex trader berpeluang untuk memanfaatkan pelaburan mereka.
[Kekurangan Forex]
1) Volatility Yang Tinggi
Volatility bermaksud pergerakan turun & naik market, dengan volatility yang tinggi ia boleh menjadi kelebihan dan juga kekurangan untuk trader.
Ianya amat susah untuk meramal perkembangan macroeconomic dan juga keadaan politik sesebuah negara.
Trader forex yang cuba untuk mencari keuntungan dalam jangka masa yang pendek kemungkinan akan terdedah kepada pergerakan volatility market yang tidak dijangka dari masa kesemasa.
Sebagai contoh ketika ada berita yang memberikan impak yang kuat terhadap market yang akan keluar seperti NFP(Non Farm Payrol) atau interest rate, ketika waktu begini market akan banyak pergerakan turun naik disebabkan spekulasi yang berlaku di dalam market.
2) Leverage Tinggi
Salah satu kenapa ramai orang minat tentang forex trading disebabkan forex dapat menawarkan leverage yang lebih tinggi berbanding trade Saham atau Matawang Crypto.
Walaupun leverage besar memberikan potensi untuk keuntungan yang besar tetapi kita perlu ingat juga yang jika tahap leverage yang lebih besar maka risiko pun menjadi lebih besar.
3) Penipuan
Market forex retail trader semakin berkembang setiap hari dengan peluang yang luas di dalam forex market, masih terdapat juga individu-individu yang cuba untuk menggambil kesempatan ini dengan melakukan penipuan dalam industri ini.
Kes penipuan atau scam ini lebih kerap berlaku dalam industri forex berbanding saham.
Penipuan yang biasa dilakukan oleh scammer adalah dengan menawarkan pulangan yang tinggi sekiranya anda memberikan duit anda kepada mereka.
Mungkin anda pernah terjumpa iklan dimana ada individu menggatakan yang mereka boleh berikan kepada anda pulangan dalam 20% sehari atau 120% dalam seminggu, selalunya apabila ada menyebut pulangan dalam bentuk itu kemunkinan besar ianya adalah scam.
Anda boleh baca lagi tentang ini di Cara Untuk Elak Dari Menjadi Mangsa Penipuan Dalam Forex, dimana saya terangkan jenis-jenis teknik dan cara yang digunakan oleh scammer untuk menipu orang ramai.
Jadi kalau anda terjumpa tawaran yang seperti apa yang saya terangkan dalam artikel tersebut, anda dapat lebih berhati-hati dan elak dari menjadi mangsa penipuan mereka.
4) Emosi
Isu yang paling biasa dialami oleh trader adalah masalah untuk menggawal emosi ketika trading lagi-lagi perasaan takut dengan kerugian.
Dalam bidang trading ini risiko yang paling besar yang boleh kita alami adalah kehilangan kesemua modal trading sekiranya kita tidak lebih berhati-hati dan menjaga risiko ketika trading.
Sebab itu untuk menjadi seorang trader kita bukan saja perlu mempunyai strategy yang hebat tetapi kekuatan mentality juga penting serta memiliki ilmu penggetahuan tentang market sebanyak mana yang mungkin.
Baca: Emosi Yang Bahaya Dalam Forex Trading.
5) 95% Trader Gagal
Mungkin anda pernah baca atau dengar trader katakan yang lebih dari 95% trader gagal, dan ianya memang benar.
Tetapi jangan biarkan nombor tersebut menakutkan anda untuk ceburi bidang trading ini kerana ianya tidak mustahil untuk berjaya serta jadikan yang forex trading ini sebagai sumber pendapatan anda sebagai part time atau full time.
Anda boleh baca 6 Cara Untuk Tingkatkan Kemahiran Trading Kita.
6) Makan Masa
Forex trading ini tiada bezanya seperti bidang yang lain, ianya akan ambil masa untuk kita menjadi bagus.
Berapa lama itu bergantung juga kepada tahap pembelajaran kita, ada trader mereka berjaya dalam jangka masa yang pendek seperti 6 bulan ada juga yang ambil masa setahun ke 2 dan kadang-kadang lebih lama dari itu.
Tetapi ianya soal usaha kita, sekiranya kita menghabiskan masa dalam 1 jam sehari untuk belajar tentang trading ia mungkin akan makan sedikit masa berbanding jika kita habiskan masa dalam 4 jam sehari untuk belajar.
Macam saya katakan tadi ianya bergantung kepada tahap pembelajaran kita dan juga usaha, jika anda jenis belajar dengan cepat mungkin ianya tidak akan ambil masa yang lama.
Tetapi apa yang penting bukanlah berapa cepat anda mahir ianya tentang usaha kita serta tidak menggalah.
[adrotate group=”4″]
7) Bosan
Trading ini sebenarnya agak membosankan, kadang-kadang apabila market tidak banyak pergerakan ianya agak bosan kerana tiada peluang trade yang berlaku untuk hari itu.
Kebanyakan orang akan mula mahu trade forex dengan impian yang mereka akan dapat buat duit yang banyak. Ye ianya tidak mustahil untuk membuat duit didalam forex trading, tetapi ianya ambil masa untuk menjadi mahir.
8) Risiko Kadar Interest
Bergantung kepada negara mana kadar interest sesebuah negara akan memberikan impak yang besar terhadap matawang negera tersebut.
Jika kadar interest sesebuah negara tersebut menaik, itu akan menguatkan lagi matawang negara itu kerana para pelabur menjangkakan yang lebih ramai orang akan mula melabur kedalam negara tersebut dengan jangkaan untuk mendapat keuntungan lebih tinggi.
Sebaliknya jika negara tersebut merendahkan kadar interest mereka, matawang negara akan mula melemah disebabkan para pelabur menggeluarkan pelaburan mereka dari negara tersebut.
Disebabkan hubungan kadar interest sesebuah negara berhubung kait dengan kadar tukaran matawang negara, ia boleh memberikan impak atau perubahan yang dramatik di dalam pasaran forex.
9) Penentuan Harga
Prosess untuk meramal pergerakan arah matawang sering dianggap sebagai satu prosess yang agak kompleks.
Terdapat banyak faktor yang dapat pengaruhi pergerakan arah market seperti pilitik serta tahap ekonomi sesebuah negara.
Forex trader biasanya akan melakukan “Teknikal Analysis” untuk menentukan arah pergerakan market tetapi ianya masih tidak mencukupi, trader juga perlu lakukan Fundemental Analysis untuk ketahui faktor-faktor yang dapat mempengaruhi pergerakan matawang negera tersebut.
10) Persaingan
Kita sebagai retail forex trader perlu berlawan dengan ramai pihak lain seperti, individu retail trader yang lain juga institusi seperti bank dan hedge fund yang dikenali sebagai pemain besar dalam pasaran forex kerana transaksi pelaburan mereka biasanya besar-besar.
Dalam bidang ini ianya tentang siapa yang memiliki lebih banyak informasi serta ilmu tentang market yang akan berjaya.