Selamat pagi dan Salam Sejahtera
Minggu ini saya akan melihat pair EUR/CHF dan juga AUD/USD. Kedua-dua pair ini menunjukan ciri-ciri potensi trade yang bagus.
Mari lihat analisa pada minggu ini. Jika anda mahu melihat prestasi trade pada minggu lepas boleh saja pergi ke bahagian market recap di bawah.
EUR/CHF
EUR/CHF menunjukan ciri-ciri potensi untuk pasaran bergerak ke arah downtrend. Saya akan tunggu untuk lihat apakah riaksi harga ketika sudah sampai ke salah satu level resistance tersebut.
Level Resistance Pertama: 1.03604 – 1.03791
Level Resistance Kedua: 1.04305 – 1.04446
Jika harga menunjukan ciri-ciri bearish di level ini mungkin ianya adalah sebuah potensi trade.
AUD/USD
Di AUD/USD pula saya menjangkakan pasaran akan menyambung pergerakan bullish trend mereka.
Ketika ini harga semasa berada berdekatan dengan kawasan level support pertama di:
Support Pertama: 0.70676 – 0.70353
Support Kedua: 0.69786 – 0.69533
Jika ada pergerakan harga yang menunjukan ciri-ciri bullish ianya mungkin potensi trade yang bagus.
Market Recap
Ini adalah analisa update buat minggu lepas. Sejujurnya prestasi minggu lepas agak kurang memuaskan. Mari kita lihat perkembangannya.
EUR/NZD
Analisa minggu lepas kita menjangkakan pergerakan bullish di pair EUR/NZD, sememangnya harga ada melakukan pergerakan kenaikan dalam 120 pips, tapi harga tidak memasuki zone support untuk mendapat peluang entry.
CHF/JPY
Untuk pair CHF/JPY pula kita menjangkakan pergerakan bearish, dan bila harga sudah sampai ke level resistance pertama pada 17hb harga telah membuat penurunan sebanyak 130 pips.
Tapi daripada bergerak ke arah yang dijangkakan harga berubah arah dan bergerak ke level resistance kedua pula dan harga bertahan seketika di level tersebut sehingga market tutup buat minggu tersebut.