Selamat pagi,
Minggu ini saya akan melihat pair NZD/USD dan juga CAD/CHF, kerana kedua-dua pair ini menunjukan potensi trade yang bagus.
Bullish Di CAD/CHF
CAD/CHF menunjukan potensi untuk sambung pergerakan bullish, dan penurunan ketika ini hanyalah sebagai pullback sebelum sambung bergerak ke arah trend semula.
Level Support 1: 0.76224 – 0.76079
Level Support 2: 0.75542 – 0.75389
Ini adalah dua area support yang saya akan lihat untuk harga bertahan. Jika terdapat ciri-ciri bullish yang berlaku di kawasan tersebut ianya mungkin potensi trade yang bagus.
Bearish Di NZD/USD
Pair NZD/USD telah berada dalam downtrend selama 5 minggu berturut-turut, ini berpunca daripada ramai pelabur yang ingin membeli USD berbanding NZD yang menjadikan mata wang USD lebih kukuh berbanding NZD.
Saya masih tidak menjangkakan pergerakan downtrend ini sudah tamat, kemungkinan terdapat lagi satu pergerakan penurunan yang boleh berlaku sebelum pasaran mula berubah arah.
Level Resistance 1: 0.63940 – 0.64218
Level Resistance 2: 0.64665 – 0.64948
Ini adalah 2 level resistance yang saya akan lihat dan jangkakan harga akan bertahan sebelum sambung bergerak ke arah downtrend.
Jika harga berjaya sampai di kawasan resistance tersebut dan menunjukan ciri-ciri bearish ia mungkin potensi trade yang bagus.
Apa-apa sekali pun jangan lupa untuk jaga tahap risiko kita ketika trading. Jangan ambil risiko yang terlalu besar.
[adrotate group=”4″]
Market Recap
Ini adalah kajian semula analisa pada minggu lepas.
AUD/CAD
Analisa untuk AUD/CAD pada minggu lepas saya menjangkakan untuk berlakunya pergerakan bullish.
Jika lihat semula analisa ianya dijangkakan untuk harga membuat resistance breakout dan kemudianya kembali ke level itu sebagai level support.
Itu lah apa yang berlaku pada hari rabu, pasaran telah kembali dan level itu berjaya bertahan sebagai support lalu membuat kenaikan sebanyak 140 pip sebelum harga kembali turun semula.
NZD/JPY bergerak seperti yang dijangkakan. Walaupun jumlah kejatuhan tidak sekuat seperti yang dijangkakan harga masih bergerak sebanyak 80 pip dalam tempoh 1 hari.