Latar Belakang Samtrade Fx
Broker Samtrade Fx adalah pembrokeran bermodel STP/ECN yang menawarkan akses ke pasaran global. Samtrade FX sudah beroperasi lebih kurang dalam 6 tahun, broker ini ditubuhkan pada tahun 2015 didaftar di St. Vincent and the Grenadines.
Broker ini juga telah memenangi pelbagai anugerah sepanjang 6 tahun mereka beroperasi.
Samtrade Fx adalah penaja rasmi untuk pasukan Cardiff City FC & Wolverhampton Wanderers FC.
Update: Pada tarikh 1/April/2021 syarikat SamTrade Fx telah disenaraikan di dalam pasaran saham, ini bermaksud syarikat SamTrade Fx sudah diperdagangkan secara terbuka di bawah simbol SMFX.
Update: Pada 3/Jan/2022 operasi SamTrade FX diberhentikan buat seketika waktu kerana siasatan sedang dilakukan oleh Monetary Authority of Singapore (MAS). Operasi yang tergendala adalah withdrawal, deposit, serta pendaftaran akaun. Untuk ketahui perkembangan kes ini bila lihat laporan rasmi di laman web SamTrade Fx.
Regulasi
Samtrade Fx di kawal selia oleh beberapa buah entiti, ini adalah senarai lesen regulasi yang dimiliki oleh broker:
- ASIC(Australian Securities and Investments Commission)
Di bawah nombor pendaftaran: 001283553.
- FINTRAC(Financial Transactions and Reports Analysis Center of Canada)
Di bawah nombor pendaftaran: M19977589.
Jenis Akaun
Samtrade Fx menawarkan 4 jenis akaun:
[Standard Account]
Akaun jenis ini adalah sama saja seperti akaun standard kebanyakan broker yang lain.
Untuk membuka akaun standard jumlah deposit minimum adalah $10 dan leverage maximum adalah 1:500.
[ECN Akaun]
Maksud ECN adalah Electronic Communication Network, dalam terangan yang mudah ianya ibarat jabatan yang sambungkan trader kecilan seperti saya dan anda kepada liquidity provider.
Apa kelebihan akaun ECN ini berbanding jenis-jenis akaun yang lain adalah dari segi perbezaan nilai spread mereka.
Kebiasaan spread di akaun ECN lebih rendah berbanding jenis-jenis akaun yang lain. sebagai contoh spread akaun ECN di Samtrade Fx boleh serendah 0 pip.
Leverage maksimum untuk akaun ECN adalah 1:200, dan platform yang digunakan adalah Metatrader 4.
Jumlah minimum untuk buka akaun ECN adalah $100,000.
[VIP Akaun]
Salah satu uniknya tentang broker ini adalah akaun VIP mereka.
Akaun VIP ini membenarkan kita untuk membuat permintaan untuk ubah nilai spread di akaun kita.
Tetapi ianya sudah tentu tertakluk kepada terma dan syarat.
Apa yang saya tahu adalah untuk meminta jenis akaun ini anda perlu memintak langsung di live chat mereka dan kita perlu buat deposit jumlah tertentu bergantung kepada nilai spread yang kita minta.
Jika kita buka akaun jenis ini dan deposit pada jumlah yang kecil nilai spread akan sama sahaja seperti akaun standard.
Jadi sekiranya anda mahu membuat jumlah deposit yang besar cuba dahulu untuk hubungi mereka di live chat dan katakan anda mahu buka VIP akaun dengan spread khas untuk akaun anda.
Untuk leverage pula, maximum adalah sama seperti akaun standard iaitu 1:500
[Islamic Akaun]
Broker Samtrade Fx juga ada menawarkan akaun islamic.
Akaun islamic mereka adalah sama sahaja seperti akaun standard mereka, untuk mendaftar akaun islamic, minimum deposit adalah $10. Tetapi leverage maximum untuk akaun ini adalah 1:200.
Cara Pembayaran & Penggeluaran
Broker Samtrade Fx menawarkan 2 jenis pembayaran untuk melakukan deposit deposit serta penggeluaran:
Ini adalah senarai bank tempatan yang disokong oleh broker:
Hong Leong
Maybank
Public Bank
RHB
Mereka juga menerima matawang krypto Tether(USDT) sebagai salah satu cara tambah nilai mereka.
Spread
Setiap jenis akaun berbeza spread, seperti di akaun standard dan islamic, spread untuk pair EUR/USD minimum adalah 1.7 pip. Untuk pair GBP/JPY ianya dalam 3.1 pip.
Tetapi anda perlu ingat spread boleh berubah bergantung kepada keadaan market waktu itu.
Instrumen Dagangan
Terdapat 3 jenis instrumen yang anda boleh trade, Forex, Komoditi, CFD(Contract For Difference).
Untuk pasaran forex anda boleh trade sebanyak 28 pair matawang Major Pair dan juga Cross Pair.
Terdapat 16 jenis indeks yang anda boleh trade seperti AUS200, NIKKEI 255, GERMANY DAX 30, Dow Jones, dan banyak lagi.
Komoditi ada 5 jenis yang anda boleh trade XAU/USD(Gold), XAG/USD(Silver), BCOUSD(Brent Crude Oil), WTIUSD(Wti Crude Oil) & GASUSD(Natural Gas).
Trading Platform
Platform dagangan yang ditawarkan oleh Samtrade Fx adalah Metatrader 4.
Platform metatrader 4 adalah platform trading yang selalu digunakan oleh kebanyakan trader di luar sana.
Bonus
[IB Salary]
Salah satu kelebihan broker ini adalah di program IB.
Sekiranya anda tidak tahu apa itu program IB, IB ini bermaksud Introducing Broker, mereka adalah affiliate untuk broker dan apabila mereka membawa rakan atau kenalan mereka untuk sertai broker, IB tersebut akan mendapat komisyen.
Kebanyakan broker hanya menawarkan program IB dengan memberikan mereka komisyen, tetapi di broker Samtrade Fx mereka bukan hanya menawarkan komisyen sahaja tetapi juga gaji untuk IB mereka apabila mencapai sasaran tertentu.
Maksimum gaji yang anda boleh terima adalah sebanyak RM20,000 sebulan.
Untuk ketahui lebih lanjut, anda boleh klik sini untuk menghubungi dengan akaun manager Samtrade Fx berkenaan program IB salary ini.
[30% Credit Bonus]
Bonus ini hanyalah untuk pelangan yang baru buka akaun bersama Samtrade Fx.
Ini adalah deposit bonus, daripada jumlah yang anda deposit anda akan terima 30% kredit tambahan daripada pihak broker sebagai support margin.
Minimum deposite untuk dapatkan bonus ini adalah $20 dan maximum anda boleh terima jumlah kredit bonus adalah $2,000(USD).
Anda boleh baca Terma dan Syarat bonus, untuk ketahui lebih lanjut berkenaan bonus ini.
Khidmat Pelanggan
Untuk khidmat pelangan mereka, anda boleh hubungi mereka melalui email ataupun live chat.
Saya sendiri lebih sukakan untuk guna live chat apabila ingin hubungi khidmat pelangan mereka kerana biasanya mereka balas lebih cepat.
Tetapi khidmat pelangan mereka kita perlu berkomunikasi dalam bahasa english.
Anugerah
Seperti saya sudah katakan sebelum ini yang broker ini telah memenangi pelbagai anugerah seperti:
Best STOP/ECN broker 2016, dimana mereka menang anugerah tersebut di Shenzhen(China Forex Expo).
Best Forex broker pada tahun 2017.
Best Forex Introducing Broker in Asia 2020.
dan banyak lagi.
Kesimpulan
Walaupun baru sahaja 6 tahun berada dalam industry, broker Samtrade Fx telah berkembang dengan pantas.
Masih terdapat beberapa bahagian dimana mereka masih boleh perbaikikan lagi seperti menawarkan lebih banyak jenis kelas aset untuk didagang serta menawarkan lebih daripada 1 platform dagangan.
Tetapi ianya tidak mustahil untuk broker Samtrade Fx untuk menjadi sebuah broker yang kuat pada masa akan datang.