You are currently viewing Risiko Penggunaan Leverage Tinggi Dalam Forex

Risiko Penggunaan Leverage Tinggi Dalam Forex

Salah satu sebab kenapa pasaran forex lebih disukai ramai trader berbanding pasaran lain seperti saham atau komoditi adalah disebabkan pasaran forex menawarkan penggunaan leverage yang lebih tinggi berbanding pasaran lain.

Walaupun leverage adalah salah satu tarikan untuk ramai trader berpeluang membuat keuntungan yang lebih besar dengan modal pemulaan yang kecil, kita masih perlu berhati-hati apabila memilih level leverage yang digunakan.

Hari ini kita akan lihat apakah risiko besar yang dialami oleh trader apabila trade menggunakan tahap leverage yang tinggi.

Apa Itu Leverage?

Apa ini leverage sebenarnya?

Secara asasnya leverage adalah bantuan atau pinjaman wang daripada pihak broker kepada para trader dengan leverage kita dapat menambahkan lagi kuasa jual dan beli kita ketika trading.

Bergantung kepada broker yang anda gunakan ada broker menawarkan leverage 1:50, ada juga broker yang menawarkan leverage setinggi 1:2000.

Cara Leverage Berfungsi

Sebagai contoh, kita mula dengan jumlah $1000 dalam akaun trading kita, jika kita trade dengan tidak menggunakan leverage itu bermaksud yang keuntungan dan juga kerugian kita dalam $0.10 setiap pip.

Itu bermaksud jika kita trade dan mendapat keuntungan dalam 100 pip jadi profit kita adalah $10, dalam 1% daripada jumlah modal pemulaan kita.

Kalau kita lihat contoh di atas keuntungan kita agar kecil dan di sini lah di mana leverage datang membantu.

Kita guna contoh yang sama, jumlah modal kita adalah $1000 tetapi kali ini kita menggunakan leverage 1:100.

Ini bermaksud yang kita boleh membuka posisi trading kita 100 kali ganda dengan apa modal pemulaan kita dalam contoh ini $1000 x 100 = $100,000.

Jika kita guna contoh yang sama juga daripada mendapat $0.10 setiap pip, kali ini kita berpeluang untuk mendapat $10 setiap pip, jadi jika market bergerak dalam 100 pip, $10 x 100 pip = $1000.

Anda boleh nampak yang dengan menggunakan leverage keuntungan kita nampak agak jauh beza, tetapi kita perlu ingat juga yang leverage ini ada risikonya juga jadi mari kita lihat apakah risiko leverage.

Kerugian Lebih Besar

Dengan contoh di atas tadi kita dapat lihat yang profit kita lebih besar apabila menggunakan leverage berbanding tanpa leverage.

Walaupun ianya mungkin nampak agak menarik dan mungkin juga ada yang terfikir untuk terus menggunakan leverage 1:2000 untuk mendapat keuntungan yang lebih besar.

Tapi kita perlu tahu juga apa yang dapat memberikan kita keuntungan yang besar mesti ada juga potentsi untuk mendapat kerugian yang besar.

Sebab itu ramai yang katakan leverage ini ibarat “Double Edge Sword” kerana ia boleh menjadi kelebihan dan juga kelemahan untuk kita, sebab itu ianya amat penting untuk kita melakukan money management supaya kita tahu berapa trading lot saiz yang sesuai dengan modal akaun kita supaya kita dapat bertahan lebih lama di dalam market.

Risiko Margin Call

Margin adalah jumlah baki yang diperlukan untuk membuka posisi trade atau untuk kekalkan posisi trade yang sedia ada.

Margin Call atau trader lebih suka panggil sebagai MC adalah langkah daripada pihak broker untuk memastikan akaun trader tidak menjadi negative disebabkan baki di dalam akaun tidak mencukupi untuk membuka posisi trade yang baharu atau untuk kekalkan posisi trade yang sedang dibuka.

Kebiasaanya apabila akaun anda sudah berada di bawah level margin yang diperlukan pihak broker akan email atau hubungi anda di telephone untuk memberitahu yang baki akaun anda tidak cukup dan anda perlu tambah lagi duit ke dalam akaun anda.

Tetapi ada juga broker yang tidak hubungi anda dan mereka akaun tutup posisi trade anda secara automatic tidak kesah sama ada posisi tersebut.

Kebiasaanya punca besar kenapa margin call berlaku adalah apabila penggunakan leverage yang terlalu tinggi serta perancangan yang tidak bagus.

Kebanyakan trader mahu menggunakan leverage yang tinggi untuk cepat dapat keuntungan yang tinggi tetapi apa yang selalu berlaku adalah disebaliknya dariapda cepat dapat keuntungan akaun mereka lebih cepat rugi.

Cara Untuk Guna Leverage Dengan Lebih Efektif

Leverage tidaklah semuanya keburukan. Ada juga cara untuk kita gunakan leverage ini sebagai kelebihan tanpa terlalu mendedahkan diri kita kepada risiko kerugian yang tinggi apabila trading menggunakan leverage.

Jika market bergerak bertentangan daripada analysis, kita perlu tahu berapa jumlah yang patut kita risiko dalam setiap trade nasihat saya jangan sesekali merisikokan lebih dari 3% daripada jumlah baki akaun trading kita.

Contoh jika modal akaun kita adalah $1000, 3% daripada $1000 itu adalah $30.

Jadi setiap posisi trade kita akan limitkan rugi maksimum kita adalah $30. Kita boleh set stop loss sekiranya market sudah bergerak melebihi paras harga tersebut posisi trade kita akan tutup secara auto.

Juga seperti yang saya sudah katakan tadi, kita perlu jaga money management supaya kita tidak buka saiz lot posisi trade yang terlalu besar daripada apa yang akaun kita mampu tampung.

Kesimpulan

Walaupun leverage ini terdapat risiko untuk kita alami kerugian yang tinggi, tapi jika digunakan dengan cara yang betul ianya tidak mustahil untuk kita dapat tukarkan kelemahan leverage menjadi kelebihan buat trading kita.

Tahap leverage yang saya sarankan untuk guna adalah 1:100 atau 1:200 maksimum, dengan ini kita tidak terlalu terdedah kepada risiko penggunaan leverage.

Walaupun ramai trader tidak suka guna leverage rendah kerana mereka akan fikirkan untung mereka pun akan menjadi lebih kecil.

Tetapi ianya lagi bagus untuk dapat keuntungan yang kecil secara konsistent berbanding mendapat keuntungan yang besar hanya beberapa kali saja, pada masa yang sama terdapat risiko untuk lesapkan baki akaun trading menjadi kosong.

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply