You are currently viewing Apa Nak Buat Jika Prestasi Strategi Trading Sedang Menurun

Apa Nak Buat Jika Prestasi Strategi Trading Sedang Menurun

Pernah tak anda perasan kenapa strategi trading kita kadang-kadang mempunyai rekod prestasi yang bagus pada minggu atau bulan tersebut tetapi kemudian akan ada masa dimana prestasi strategi tersebut agak kurang memuaskan?

Ianya bukan kerana strategi itu tidak bagus tetapi memang itu lah keadaan pergerakan pasaran yang sentiasa berubah.

Ketika dalam keadaan seperti ini kebanyakan trader akan mula tukar strategi mereka kerana mereka sangkakan strategi itu sudah tidak bagus sedangkan ia sebenarnya kerana keadaan pasaran semasa.

Di bacaan kali ini saya ingin berkongsi tentang apalah langkah yang kita perlu ambil apabila kita lalui situasi seperti ini dan adakah cara untuk atasinya?

[adrotate group=”2″]

Kesan Sampingan

Terdapat beberapa kesan sampingan terhadap trader apabila keadaan pasaran semasa tidak kena dengan strategi yang mereka sedang gunakan, ini adalah 5 kesan tersebut:

1) Rasa kurang yakin. Ini mungkin kesan sampingan yang teruk trader akan alami dimana mereka hilang rasa keyakinan terhadap strategi mereka.

2) Rasa takut. Mereka akan berasa takut untuk masuk peluang trade yang seterusnya.

3) Emosi terganggu. Mereka akan mula trade berdasarkan emosi berbanding logik dan S.O.P trading strategi mereka.

4) Tamak. Mereka akan mula berasa tamak untuk kejar semula kerugian yang telah di alami sebelum ini.

5) Mungkin kesan sampingan yang ramai trader alami adalah, mereka akan buang strategi itu dan mula mencari strategi lain.

Ini adalah kesan sampingan yang trader akan alami apabila strategi yang mereka sedang guna mula merudum dalam prestasi.

Jadi apakah langkah yang perlu diambil ketika strategi kita sedang merudum?

Bersiap Sedia

Ianya bukan tentang jika situasi ini berlaku, tetapi bila ia akan berlaku.

Setiap strategi pasti akan ada waktu dimana ia amat berkesan dalam tempoh waktu tertentu dan masa bila ia tidak beberapa berkesan. Kita perlu tahu dan bersiap sedia bila situasi ini berlaku dan pada masa yang sama juga tahu anggaran berapa lama situasi begini boleh kekal.

Sebagai contoh katakan anda trade di time frame tinggi seperti di H4 dan Daily dan strategi yang digunakan adalah ikut arah trend.

Apa yang kita perlu buat adalah dengan melakukan backtest terhadap strategi kita dengan guna data yang lepas untuk ketahui bilakah prestasi strategi tersebut akan menurun dan berapa lamakah tempoh ia biasanya kekal seperti itu.

Mungkin prestasi strategi tersebut akan berkurangan apabila keadaan pasaran semasa bergerak dalam keadaan sideways, dan biasanya apabila berlakunya sideways ia boleh kekal dalam tempoh 3 minggu, berdasarkan time frame yang digunakan.

Jadi itu bermaksud strategi kita mungkin boleh merudum dalam prestasi dalam tempoh 3 ke 4 minggu.

Dengan mengetahui maklumat ini, kita dapat tahu ianya bukan masalah strategi kita tetapi keadaan pasaran semasa tidak sesuai dengan strategi itu.

Maka kita tidak perlu berasa resah dan terus ambil keputusan untuk menukar strategi lain apabila kita alami kerugian berturut-turut.

Selain itu kita juga sudah tahu tempoh berapa lama kemungkinan keadaan ini akan kekal berdasarkan kajian backtest yang kita telah lakukan.

Jika anda ikuti perkembangan perkongsian analisa di Wira Trader, pasti anda perasan ada minggu tidak mustahil untuk dapat tangkap pergerakan sebanyak 400 pips atau lebih dalam tempoh seminggu, dan ada minggu dimana prestasi tidak sampai 100 pips dan situasi ini mungkin boleh kekal selama 1 bulan berdasarkan pengalaman saya.

Ini kerana strategi yang saya gunakan itu tidak sesuai dengan keadaan pasaran semasa ketika waktu itu.

Tetapi saya masih kekal dengan cara analisa tersebut kerana saya tahu dalam tempoh masa lama strategi itu mempunyai kelebihan dia tersendiri dan prestasi untuk jangka masa panjang akan terus meningkat.

Prestasi Sebuah Trading Strategi

Jika anda lihat gambardi atas saya ada lukiskan sebuah rajah dimana jangkaan terhadap prestasi sebuah trading stratergi adalah untuk terus menaik seperti line berwarna hijau.

Tetapi jika lihat line warna merah pula ianya menunjukan rialiti prestasi sebuah trading strategi.

Prestasi straategi tidak akan menaik dalam garisan yang lurus mereka akan alami kecuraman dari masa kesemasa, tapi apa yang penting adalah prestasi mereka dalam tempoh jangka masa panjang.

Berhati-hati

Langkah seterusnya adalah kita perlu tahu cara untuk jaga risiko ketika sedang berhadapan dengan situasi seperti ini.

Contoh keadaan. Strategi yang saya gunakan dapat memberikan potensi setup sebanyak 4 kali setiap minggu dan saya tahu bahawa berdasarkan penggalaman saya sendiri strategi itu boleh merundum selama sebulan jika keadaan pasaran semasa tidak menentu.

Dengan ketahui maklumat ini saya tahu dalam tempoh sebulan secara purata saya boleh dapat dalam 16 potensi trade setiap bulan dan dalam situasi paling teruk saya boleh alami kerugian sebanyak 16 kali berturut-turut.

Katakan saya hanya ambil risiko dalam 2% bagi setiap posisi trade yang saya ambil itu bermakna maksimum kerugian yang boleh alami adalah dalam 16 x 2% = 32% daripada jumlah modal.

Jika modal trading akaun saya persamaan $1,000 itu bermakna saya boleh alami kerugian sebanya -$320, ini hanya jika saya alami kerugian sebanyak 16 kali berturut-turut, tapi tidak pernah lagi saya alami kerugian seteruk itu menggunakan strategi tersebut.

Apa yang saya cuba sampaikan adalah, jika anda tahu strategi trading anda boleh beri dalam 10 potensi trade setiap minggu, cuba bayangkan situasi paling teruk yang boleh berlaku contohnya, jika anda alami kerugian di kesemua trade tersebut berapakah jumlah maksimum kerugian yang anda akan alami.

[adrotate group=”4″]

Bila kita sudah tahu berapa potensi kerugian dalam situasi paling teruk ia dapat bantu kita dalam 2 perkara:

1) Kita tidak akan berasa takut sangat jika alami kerugian akibat kekalahan yang berturut-turut kerana kita sudah tahu berapa maksimum kerugian kita boleh alami dan kita mampu menerima dan juga menanggung kerugian tersebut.

Jika anda tidak dapat terima jumlah kerugian tersebut cuba untuk kecilkan lagi jumlah risiko yang diambil buat setiap posisi trade, contoh dari 2% turunkan ke 1% jika perlu.

2) Ia dapat bantu kita agar ingat supaya tidak ambil risiko yang terlalu besar untuk setiap posisi trade kerana kita tahu kita boleh alami kerugian berturut-turut.

Jadi emosi kita tidak ganggu kita apabila kita sudah dapat bayangkan situasi yang paling teruk untuk berlaku dan pada masa yang sama kita sudah tahu apa yang perlu dilakukan jika situasi seperti itu berlaku.

Kesimpulan

Kerugian secara berturut-turut dalam trading itu sememangnya tidak dapat dielakan, bergantung kepada cara trading strategi anda serta keadaan pasaran semasa, situasi itu pasti akan berlaku dan ia akan ganggu emosi serta menjejaskan prestasi trading kita.

Tapi kita dapat elak daripada membuat keputusan yang salah dengan tahu situasi seperti itu akan tiba dan kita sudah bersiap sedia apabila ia berlaku.

Kita boleh bersedia dengan ketahui berapakah risiko yang kita akan ambil di setiap posisi trade serta kita tahu berapa jumlah kerugian yang boleh alami dalam keadaan situasi paling teruk.

Ia boleh membantu kita untuk trade berdasarkan maklumat serta logik dan bukannya ikut emosi dan membuat keputusan yang salah ketika dalam pasaran.

Zul Khairul

Mula tahu tentang trading sejak tahun 2008 dan sejak itu minat terhadap market tidak pernah hilang hingga sekarang. Tujuan saya tubuhkan website Wira Trader adalah untuk menjadikan ia satu tempat komuniti di mana orang ramai boleh belajar serta kongsi penggalaman & ilmu mereka tentang trading.

Leave a Reply