Selamat pagi dan sajalam sejahtera
Minggu ini saya akan melihat peluang swing trade di pair GBP/USD dan CAD/CHF.
CAD/CHF
Di pair CAD/CHF saya menjangkakan pergerakan uptrend untuk bersambung. Potensi kenaikan adalah sekitar 100 pip atau lebih.
Level Support Satu: 0.77058
Level Support Dua: 0.76693
Ini adalah 2 level support yang saya akan lihat untuk riaksi harga menunjukan ciri-ciri bullish.
GBP/USD
Pair GBP/USD pula saya jangkakan pergerakan bearish trend untuk berlaku.
Tetapi sila berhati-hati dengan mana-mana pair berkait dengan USD pada minggu ini kerana terdapat keluaran data berkenaan kadar inflasi di U.S yang mungkin akan memberi impak yang kuat pada pair yang saling berkait dengan USD.
Resistance Pertama: 1.25751 – 1.26049
Resistance Kedua: 0.26473 – 1.26672
Market Recap
Prestasi analisa minggu lepas agak menggecewakan kerana pergerakan pasaran yang agak laju akibat volatility.
NZD/CAD
NZD/CAD saya jangkakan untuk pergerakan bullish tapi apa yang berlaku adalah harga tembus kesemua level support yang ditanda.
GBP/CHF
GBP/CHF pula pergerakan arah dia sama seperti yang dijangkakan iaitu bearish tapi harga tidak sentuh zone resistance yang telah ditanda. Jadi tiada sebarang entry yang dilakukan di pair ini.
Inilah lumrah trading, kadang-kadang kita akan alami minggu atau bulan yang bagus dan akan ada waktu dimana prestasi kita akan merundum buat seketika akibat pergerakan pasaran yang tidak menentu.
Apa yang kita boleh buat adalah dengan belajar semula dari trade yang lepas dan lihat jika terdapat peluang untuk kita perbaikikan lagi skill trading kita.
Trading ini mempunyai risiko yang tinggi dimana anda boleh kehilangan semua modal anda. Sila berhati-hati.
Semua analisa di sini hanyalah pandangan saya saja terhadap pasaran. Semua trade yang anda ambil adalah atas risiko masing-masing.