Sekarang ini ramai orang yang ingin melabur ke dalam aset cryptocurrency mungkin disebabkan mereka ingin mempelbagaikan aset pelaburan di dalam portfolio mereka untuk kurangkan pendedahan risiko dan menjana pulangan maksima.
Pendapat saya sememangnya melabur ke dalam cryptocurrency berpotensi untuk memberikan pulangan yang tinggi.
Tetapi ramai pelabur baharu yang ingin melabur ke dalam crypto tidak fikirkan tentang cara untuk pastikan aset pelaburan crypto mereka selamat.
Jadi saya ingin berkongsi tentang cara untuk pastikan anda tidak kehilangan aset crypto anda dan cara untuk kekal selamat ketika melabur di dalam cryptocurrency.
Crypto Exchange Yang Selamat
Sudah tentu jika kita ingin melabur kedalam cryptocurrency, kita akan gunakan perkhidmatan crypto exchange kerana cryptocurrency exchange mempunyai jumlah transaksi yang tinggi.
Jika anda tidak tahu apa itu crypto exchange, ianya sama saja seperti kaunter penukaran duit kertas yang biasa kita nampak di pusat membeli-belah atau di lapangan terbang.
Cuma daripada kita menukar duit kertas kita menukarkan aset crypto kita dan semuanya berlaku secara online.
Terdapat beberapa ciri-ciri yang saya lihat dahulu sebelum gunakan perkhidmatan exchange tersebut:
1) Reputasi dan Sejarah Yang Bagus
Adakah exchange tersebut sudah lama beroperasi dan mempunyai raputasi yang bagus?
Apakah sejarah syarikat tersebut?
Pernahkah exchange tersebut digodam?
Kerana penggodam selalau mensasarkan crypto exchange.
2) Keselamatan Pengguna
- Apakah sistem keselamatan yang digunakan?
- Adakah website exchange tersebut menggunakan SSL?
- Ada tak exchange tersebut menawarkan keselamatan 2FA kepada pengguna mereka?
Ini adalah soalan yang anda perlu tanya ketika ingin melihat tahap keselamatan sebuah crypto exchange.
3) Volume Yang Tinggi
Berapakah jumlah transaksi harian exchange tersebut?
Kerana jika jumlah transaksi harian tinggi, ianya akan memudahkan kita untuk melakukan transaksi serta tukaran buat aset crypto kita.
Jangan lupa, crypto ini hanyalah beroperasi dengan supply dan demand. Jika kita ingin menukar, beli atau jual aset crypto, tetapi tiada siapa yang ingin menerimanya maka transaksi kita tidak akan dilaksanakan.
Sebab itu ianya penting untuk exchange tersebut mempunyai jumlah transaksi yang tinggi agar kita boleh lakukan transaksi dengan pantas serta lancar.
Itu antara soalan yang saya selalu tanya dulu sebelum menggunakan perkhidmatan sebuah crypto exchange.
Jangan Menunjuk
Sekarang ini ramai orang suka menunjukan hasil keuntungan crypto mereka secara terbuka.
Mungkin anda juga pernah nampak di mana orang berkongsi gambar profit mereka di mana-mana platform social media.
Dan perbuatan tersebut agak risiko atas beberapa sebab:
1) Jadi sasaran penjenayah siber
Jika kita kerap menunjuk tentang hasil pelaburang crypto kita, ianya tidak mustahil untuk kita menjadi sasaran penggodam jika mereka tahu kita mempunyai aset crypto yang besar.
Seperti saya katakan sebelum ini, sekarang ini penggodam akan mensasarkan crypto exchange pada masa yang sama individu yang mempunyai aset cryptocurrency.
Ianya mungkin disebabkan dengan mencuri aset crypto lebih mudah berbanding mencuri maklumat perbankan, kerana aset crypto lebih susah untuk dijejak semula apabila transaksi sudah dilaksanakan.
2) Kalau orang curi phone kita boleh hilang untuk masuk ke wallet
Cara lain adalah dengan orang mencuri phone kita, dimana kemungkinan tinggi wallet cryptocurrency anda ada.
Lebih 90% saya pasti orang akan simpan aset crypto mereka di app crypto wallet yang berada di dalam phone.
Jika kita kehilangan phone kita ianya agak berisiko juga kerana orang yang terjumpa phone itu dapat akses ke wallet cryptocurrency yang berada di dalam telephone kita.
Jadi jika anda gunakan hot wallet atau app wallet yang ada di phone, pastikan untuk kunci app tersebut dan guna kata laluan untuk membuka app tersebut.
Ini akan memastikan orang yang terjumpa phone itu tidak dapat masuk ke wallet crypto kita.
3) Jadi sasaran scammer crypto
Jika terdapat individu yang tahu tentang aset kita ianya tidak mustahil akan ada orang yang akan cuba untuk ambil kesempatan terhadap kita.
Mungkin anda juga sudah baca tentang teknik digunakan scammer crypto, jadi anda yakin anda tidak akan menjadi mangsa penipuan mereka.
Tetapi kan lebih indah jika kita tidak menerima sebarang ganguan daripada scammer-scammer crypto. Jadi ianya lebih bagus untuk kita diamkan diri saja daripada menunjuk aset crypto kepada sesiapa.
4) Jangan Berbelanja Besar atau Jadi Boros
Yang ini mungkin lebih kepada cara kita uruskan kewangan.
Jika kita menerima pulangan yang tinggi ianya lebih selamat untuk kita tidak menjadi boros dengan hasil pulangan tersebut.
Ini kerana pergerakan turun naik crypto agak mengejut, kenaikan yang berlaku 24 jam yang lepas mungkin akan hilang dalam beberapa hari kemudian.
Jadi daripada menjadi boros dengan keuntungan yang kita dapat, cuba untuk fikir cara yang terbaik untuk gunakan keuntungan tersebut, mungkin gunakan keuntungan tersebut untuk menambahkan lagi jumlah pelaburan ke aset yang lebih stabil.
Keselamatan Wallet
Seperti yang anda sudah baca tadi, kemungkinan tinggi lebih daripada 90 peratus orang akan menyimpan aset crypto mereka di wallet yang berada di aplikasi wallet yang berada di dalam telephone bimbit.
Jadi macam mana nak pastikan crypto anda selamat jika anda menggunakan wallet di dalam telephone.
1) Pastikan Simpan Security Phrase Wallet
Tapi jika jumlah aset crypto anda tidak begitu tinggi, ianya mungkin lebih mudah untuk guna hot wallet saja, cuma pastikan anda sudah simpan security phase wallet anda di tempat yang selamat.
Kerana security phase itulah satu-satunya cara untuk kita login ke wallet kita semula jika berlakunya apa-apa.
Jadi tulis phase wallet anda di kertas, mungkin buat salinan dalam 2 atau 3 helai, dan kemudian letakan di tempat yang berbeza. Cuma pastikan ianya tempat yang mudah untuk anda ingat.
Sudah banyak berlaku kes di mana orang kehilangan aset crypto sebab mereka tidak dapat masuk semula ke wallet mereka.
2) Guna Cold Wallet
Tadi kita sudah lihat tentang sedikit tentang cara untuk pastikan wallet crypto kita selamat, tapi itu jika anda menggunakan hot wallet seperti app di phone.
Jika jumlah aset crypto anda besar, ianya disarankan untuk anda guna cold wallet atau hardware wallet.
Hardware wallet ini adalah crypto wallet juga cuma bezanya daripada sebuah app di phone atau komputer kita, ianya berbentuk seperti sebuah USB.
Ianya lebih selamat berbanding software atau app kerana ianya lebih susah untuk kita kehilangan crypto akibat digodam.
Keselamatan Projek Crypto
Sekarang ini sudah wujud lebih daripada 6,000 jenis projek cryptocurrency dan juga token yang berbeza. Jadi macam mana untuk tahu dan pilih crypto apa yang bagus untuk pelaburan?
Terdapat beberapa cara:
1) Buat Kajian Sebelum Melabur
Sudah tentu kita perlu buat kajian dahulu sebelum membeli crypto atau token tersebut.
Baca dulu white paper projek cryptocurrency tersebut. Kemudian lihat ahli kumpulan yang akan uruskan projek tersebut adakah mereka mempunyai latar belakang yang bagus atau mereka masih baru dalam dunia blockchain dan crypto.
Jika anda masih tidak tahu macam mana nak lihat aset crypto apa yang bagus untuk melabur, boleh lihat pengenalan pelaburan dalam cryptocurrency.
2) Elak Mind-set “All In”
Mungkin anda pernah dengar ayat “jangan letak semua telur dalam bakul yang sama”, dan nasihat ini juga boleh digunakan dalam pelaburan crypto.
Ianya tidak selamat untuk letakan kesemua pelaburan anda ke dalam 1 ke 2 aset crypto sahaja, ini disebabkan kebanyakan projek crypto tidak akan bertahan lama, mungkin disebabkan tiada sambutan atau ianya hanyalah sebuah plot scam.
Sebab itu ianya dinasihatkan untuk tidak meletakan semuanya ke dalam sebuah aset crypto walaupun ianya berpotensi memberikan pulangan yang tinggi.
Lebih bagus jika kita letak pelaburan kita ke beberapa aset crypto yang berbeza, mungkin dalam 3 ke 5 projek yang berlainan. Ini akan pelbagaikan aset crypto kita dan akan kurangkan risiko untuk alami kerugian yang tinggi.
3) Lihat Saham Syarikat Yang Berkait Dengan Cryptocurrency
Ramai orang tidak tahu, tapi sebenarnya terdapat juga beberapa buah syarikat yang berhubung kait dengan dunia cryptocurrency dan juga blockchain.
Mungkin yang paling terkenal adalah CoinBase, ianya adalah sebuah syarikat di Amerika dan syarikat ini adalah syarikat awam yang bermaksud kita boleh membeli saham syarikat tersebut kerana ianya disenaraikan di NASDAQ.
Dengan melabur ke dalam saham syarikat yang mempunyai pendedahan kepada cryptocurrency ia lebih selamat berbanding melabur kedalam aset crypto itu sendiri.
Ini kerana dengan syarikat awam mereka perlu mendedahkan jumlah aset serta prestasi syarikat tersebut kepada semua orang, jadi kita boleh melihat jika prestasi syarikat tersebut adalah bagus atau tidak.
Jika melabur ke dalam pasaran crypto kita tidak tahu apakah prestasi buat aset coin tersebut adakah ianya bagus atau tidak, sebab tidak cukup maklumat berkenaan projek tersebut, tidak seperti membeli saham syarikat yang berhubung kait dengan cryptocurrency.
4) Tahu Perkembangan Semasa
Jika anda memang serius ingin melabur ke dalam cryptocurrency, kita perlu sentiasa tahu perkembangan semasa di dalam dunia cryptocurrency dan teknologi blockchain.
Dunia crypto ini sentiasa berkembang, setiap hari pasti ada benda baru berkenaan dunia crypto.
Tapi terdapat beberapa perkara yang kita sentiasa perlu ambil tahu antaranya:
– Isu regulasi terhadap aset crypto
Jika negara besar seperti US atau U.K mula mengharamkan cryptocurrency, ianya akan memberi impak yang kuat kepada pasaran crypto.
Seperti apa yang berlaku pada 2021 selepas kerajaan China mengharamkan Bitcoin di negara tersebut, telah mengakibatkan pasaran crypto kehilangan lebih kurang $150 Billion USD dalam tempoh 2 jam.
– Teknologi baru seperti NFT dan blockchain
Teknologi blockchain ini masih berkembang, kita masih berada di peringkat awal lagi, seperti zaman pemulaan internet pada tahun 90 an dan awal tahun 2000.
Disebabkan kita masih meneroka lagi, dari masa kesemasa akan berlakunya sebuah update di sebuah cryptocurrency seperti apa yang berlaku bila ethereum melakukan perubahan daripada sistem Proof of Work(PoW) kepada Proof of Stake(PoS).
Dan berita lagi satu yang kita perlu sentiasa tahu adalah berita berkenaan berlakunya hardfork di sebuah cryptocurrency.
Hardfork ini secara asasnya bermaksud apabila sebuah crypto itu akan berpecah kepada 2 crypto yang berbeza, seperti apa yang berlaku pada bitcoin yang melahirkan bitcoin cash ketika hardfork.
Tempat yang saya suka untuk mendapat perkembangan berkenaan dunia crypto adalah di website cointelegraph.
Website tersebut hanya fokus kepada perkembangan dunia crypto jadi ianya mudah untuk kita tahu tentang perkembangan semasa. Saya amat sarankan untuk anda muat turun aplikasi cointelegraph di telephone.
Kesimpulan
Jadi itulah perkongsian saya berkenaan cara untuk kekal selamat ketika melabur di dalam cryptocurrency.
Kita tidak boleh hanya sentiasa memikirkan tentang potensi keuntungan sahaja.
Tapi kita perlu juga fikir tentang risiko yang ada sebelum melabur ke dalam sesuatu aset atau benda, dan macam mana untuk kekal selamat serta kurangkan risiko kerugian tersebut.
Jika anda ada sebarang pertanyaan, boleh saja tanya soalan anda di ruang komen di bawah dan saya akan menjawab soalan anda secepat mungkin.