FALLING dan RISING WEDGES

Wedge chart pattern ini adalah sebuah pattern yang popular dan ia berada dalam katagori bilateral pattern maksudnya ia boleh menjadi pattern continuation atau pattern reversal.

Pattern ini agak penting kerana ia akan memberi tahu apabila pergerakan pasaran sedang berada dalam fasa penentuan arah.

Dengan memahami pattern ini para trader dapat memperolehi petunjuk tentang ke mana potensi arah harga mungkin akan bergerak.


Pengambilan Utama

  • Wedge pattern berlaku apabila transaksi di dalam pasaran makin berkurangan yang menyebabkan garisan resistance dan support makin rapat.
  • Wedge boleh jadi trend continuation atau trend reversal pattern bergantung kepada di mana pattern ini berlaku.
  • Pattern wedge mempunyai potensi yang tinggi jika ia berlaku.

Apa Itu Falling dan Rising Wedge Pattern?

Chart Pattern Wedge

Pattern wedge berlaku apabila garisan di antara support dan resistance mula makin rapat antara satu sama lain, dalam erti kata lain pergerakan harga semakin kecil dan jumlah transaksi yang berlaku pada aset itu makin berkurangan.

Tapi apa yang buat pattern wedge ini unik adalah bergantung di mana ia terjadi, ia boleh bermaksud trend continuation pattern atau pun trend reversal.

Mari kita lihat lebih mendalam tentang pattern wedge ini dan macam mana nak trade pattern wedge.

Falling Wedge

Pattern falling wedge adalah pattern bullish continuation jika ia berlaku selepas pergerakan uptrend. Tapi jika ia berlaku di downtrend itu adalah bullish reversal pattern.

Falling wedge bullish continuation pattern

Hanya berlaku pada pasaran uptrend, wedge bullish continuation kelihatan hampir seperti pattern flag.

Wedge Continuation Pattern

Ia berlaku apabila harga cuba untuk membuat penurunan tetapi gagal untuk membuat swing lower low yang ketara, ini disebabkan pasaran masih berada dalam uptrend dan kuasa pembeli masih kuat berbanding penjual.

Kerana pembeli lebih lemah, mereka gagal untuk menurunkan harga lebih dari itu dan pembeli mula kawal pasaran dan membuatkan harga break dari pattern wedge dan sambung pergerakan uptrend mereka.

Falling Wedge Bullish Reversal

Sekiranya pattern falling wedge berlaku di pergerakan downtrend, ia akan dilihat sebagai bullish reversal pattern.

Falling Wedge Bullish Reversal

Situasi ini berlaku apabila, penjual cuba untuk menolak harga ke bawah tetapi gagal, mungkin kerana kekuatan penjual sudah makin melemah.

Disebabkan ini pembeli akan mula kawal pergerakan pasaran dan berjaya untuk menolak harga lebih tinggi.

Rising Wedge

Pattern rising wedge adalah sebuah chart pattern bearish reversal dan juga bearish continuation, bergantung pada di mana ia berlaku.

Seperti falling wedge, pattern rising wedge juga dapat memberi kesan pada pergerakan harga sekiranya pattern ini berlaku dalam pasaran.

Rising Wedge Bearish Continuation

Rising Wedge Continuation Pattern

Jika rising wedge berlaku selepas pergerakan downtrend, ia bermaksud harga kemungkinan akan sambung bergerak ke arah penurunan lagi, ia adalah continuation pattern.

Rising Wedge Bearish Reversal

Tapi jika pattern ini berlaku di uptrend, itu adalah signal bahawa kemungkinan harga akan berubah arah tidak lama lagi.

Rising Wedge Bearish Reversal Pattern

Ia berlaku apabila pembeli cuba untuk menolak harga untuk naik lebih tinggi tetapi gagal, kemudian penjual mula mengawal pasaran dan berjaya menolak harga turun.

Soalan Lazim

Adakah Falling Wedge Pattern Continuation atau Reversal?

Bergantung pada di mana ia berlaku, falling wedge boleh bermaksud continuation trend atau pun reversal trend pattern.

Macam Mana Nak Trade Wedge Pattern?

Cara terbaik untuk trade pattern falling wedge dan rising wedge adalah dengan tunggu untuk harga membuat breakout daripada pattern tersebut. Anda juga boleh letak pending stop order di luar kawasan pattern itu.

Tepat Ke Pattern Wedge?

Walaupun tiada sebarang chart pattern yang sentiasa tepat, tapi pattern wedge adalah antara pattern yang memberikan potensi tinggi berbanding kebanyakan pattern lain.

Kesimpulan

Pattern wedge sangat bermanfaat buat trader jika ia digunakan dengan betul. Tetapi ianya dinasihatkan untuk tidak hanya membuat analisa hanya berdasarkan chart pattern wedge sahaja tetapi kaedah yang terbaik adalah apabila ia digabungkan bersama-sama teknik teknikal analisa yang lain untuk mendapat kepastian yang lebih tinggi berkenaan arah pasaran.