Back to: Belajar Forex Trading
Kebanyakan trader bila mereka buka posisi trade, mereka tidak akan lakukan apa-apa mungkin hanya tunggu hingga harga sampai ke aras take profit atau stop loss yang telah ditetapkan.
Ramai trader hanya tahu tentang risk management dan juga money management, tapi kedua-dua ini dilakukan sebelum trader buka sebarang posisi trade seperti tahu di mana nak ambil profit dan paras mana nak letak SL atau berapa lot saiz patut dibuka. Tapi terdapat satu lagi teknik management tidak ramai trader tahu, ia dipanggil sebagai trade management.
Mari kita lihat apa itu trade management sebenarnya dan macam mana dengan melakukannya dapat membantu untuk meningkatkan prestasi trading kita.
Pengambilan Utama
- Trade management dilakukan ketika terdapat posisi trade yang masih aktif.
- Dengan melakukan trade management kita dapat ambil kesempatan terhadap potensi penuh posisi trade tersebut.
- Trade management juga dapat bantu kita untuk kurangkan gangguan emosi dan perasaan takut semasa trading.
Apa Itu Trade Management
Ia berbeza jika nak dibandingkan dengan risk management dan money management.
Seperti risk management ia dilakukan untuk ketahui tahap risiko dan potensi keuntungan bagi setiap posisi trade, manakala money management pula untuk tahu saiz lot yang kita patut guna agar tidak ambil risiko terlalu besar daripada apa yang sepatutnya.
Trade management adalah sebuah teknik pengurusan yang dilakukan ketika terdapat sebarang posisi trade yang sedang aktif.
Jika dilakukan dengan betul, trade management dapat membantu trader untuk kurangkan lagi kerugian mereka dan pada masa yang sama tingkatkan potensi keuntungan mereka.
Kenapa Manage Trade Ini Penting?
Seperti yang dikatakan tadi, trade management ini dibuat pada posisi trade yang masih sedang aktif. Tapi kenapa ia penting, tidak boleh ke kalau kita hanya tetapkan kawasan TP dan SL dan biarkan saja trade itu berjalan?
Sekiranya anda melaksanakan pengurusan trade dengan betul, ia dapat membantu untuk kurangkan kerugian anda.
Pernah tak anda lalui situasi seperti ini.
Anda sudah lakukan analisa dan ambil keputusan untuk buka posisi trade berdasarkan analisa tersebut. Kemudian harga bergerak ke arah jangkaan anda, tetapi kemudian ia berpusing semula dan bergerak ke arah bertentangan.
Jika anda pernah alami situasi seperti di atas, anda pasti tahu bagaimana rasanya bila posisi trade yang sudah untung berubah menjadi rugi.
Tapi bagaimana jika saya katakan, terdapat peluang di mana anda bukan saja dapat elak daripada alami kerugian apabila alami situasi yang sama, tapi dapat juga membuat keuntungan.
Di situasi macam inilah trade management sangat membantu dan sebab itu ia penting untuk trader lakukannya lagi-lagi jika anda adalah jenis trader intraday dan swing.
Macam Mana Nak Buat Trade Management
Terdapat tiga perkara penting dalam trade management:
- Take profit: Dimana sepatutnya anda letak garis TP anda, jika kawasan profit terlalu kecil terdapat potensi untuk terlepas peluang untuk tangkap pergerakan harga yang kuat, tapi pada masa yang sama jika jarak TP terlalu jauh harga mungkin tidak akan sampai ke sasaran atau mungkin akan ambil masa yang lama untuk capai.
- Break even: Di mana dan bila patut anda gerak garis SL anda, jika ubah terlalu awal terdapat risiko stop out sebelum pasaran bergerak. Jadi anda perlu tahu bila masa yang sesuai untuk gerakkan garis stop loss.
- Scaling out: Kita akan ambil sedikit keuntungan daripada posisi trade yang sedang berada dalam keuntungan tanpa menutup posisi trade itu secara menyeluruh.
Setiap perkara di atas memainkan peranan dalam cara kita uruskan posisi trade.
Kesimpulan
Dengan melakukan trade management bukan saja dapat membantu trade untuk tingkatkan tahap keuntungan serta kurangkan tahap kerugian mereka, tatapi ia juga dapat membantu trader untuk kurangkan rasa takut dan mula trade secara logik dan bukannya ikut perasaan mereka.