STOCHASTIC OSCILLATOR

Stochastic adalah sebuah indicator kategori oscillator. Ia mengukur dan membandingkan harga penutup(closing price) bersama jarak harga dalam tempoh masa tertentu.

Anda akan belajar tentang cara untuk guna indicator stochastic ini dalam analisa teknikal pasaran forex.


Pengambilan Utama

  • Stochastic Oscillator adalah sebuah indicator yang menunjukan bila pasaran telah berada dalam kawasan overbought dan oversold.
  • Stochastic adalah indicator yang bagus untuk tahu bila waktu yang sesuai untuk membuka posisi trade.
  • Jika stochastic berada atas 70 ia menunjukan overbought dan jika stoch berada bawah 20 ia bermakna pasaran berada di kawasan oversold.
  • Signal hanya berlaku jika kedua-dua garis stoch berada di atas 70 atau bawah 20 dan D line bersilang dengan K line.

Apa Itu Stochastic Oscillator

Stochastic atau stoch untuk pendek adalah sebuah indicator yang dicipta oleh George Lane pada tahun 1950.

Walaupun indicator ini sudah lama dicipta, tapi sehingga ke hari ini, stochastic adalah salah satu indicator kegemaran kebanyakan trader forex kerana cara gunanya yang mudah paham, pada masa yang sama indicator ini mempunyai rekod ketepatan yang bagus.

Seperti indicator RSI, stochastic menunjukkan bila harga telah menjadi overbought dan oversold.

Rupa Indicator Stochastic

Aras stoch bermula dari 0 hingga 100. Jika bacaan stoch berada melebihi aras 80 itu bermaksud pasaran telah berada dalam kawasan overbought, dan bila harga berada pada bawah aras 20 ia bermakna pasaran berada dalam kawasan oversold.

Terdapat 2 line di dalam indicator stochastic oscillator:

  1. K line, garis berwarna hijau.
  2. D line, garis berwarna merah.

Pergerakan K line lebih pantas berbanding D line. Trader perlu lebih fokus kepada D line kerana ia adalah petunjuk utama sekira berlakunya potensi trade.

Cara Guna Indicator Stochastic

Terdapat beberapa cara untuk anda gunakan indicator stoch ini dalam forex trading.

1) Guna Stochastic Untuk Ketahui Aras Overbought dan Oversold

Kaedah ini amat berkesan jika pasaran sedang berada dalam keadaan sideways. Anda akan membuka posisi trade apabila stochastic menunjukan signal overbought atau oversold.

Guna Stoch Di Pasaran Sideways

Jika harga berada di puncak kawasan harga mendatar dan pada masa yang sama stochastic juga berada di atas 80 yang menunjukan harga sudah menjadi overbought, ia adalah peluang atau signal untuk menjual.

Bila harga berada pada kawasan bawah pergerakan mendatar dan stoch juga berada di bawah 20, itu adalah peluang untuk membuka posisi beli.

Walaupun indicator stochastic oscillator ini lebih berkesan semasa pasaran mendatar, tapi itu tidak bermakna kita tidak boleh gunakannya semasa pasaran trending.

Jika harga sedang bergerak dalam keadaan trending, kita perlu tunggu untuk berlakunya pullback atau retracement pada masa yang sama kita akan lihat jika stochastic telah memasuki kawasan oversold(uptrend) atau overbought(downtrend).

Guna Stoch Di Uptrend

Dalam contoh ini, pasaran sedang bergerak secara trending ke atas, maka kita hanya ingin melihat peluang signal buy.

Setiap kali berlakunya pullback dan stochastic bergerak ke bawah 20 yang memberikan signal pasaran telah menjadi oversold, kita ingin buka posisi buy.

Signal yang betul adalah dengan kita tunggu untuk kedua-dua line, K line dan D line untuk berada di bawah 20. Kemudian D line akan bersilang dengan K line.

Bila situasi itu berlaku, pada waktu itulah patut kita membuka posisi trade. Kiranya anda perlu tunggu sehingga berlakunya persilangan diantara D line dan K line sebagai kepastian bahawa harga sudah untuk bergerak.

Stochastic Di Pasaran Downtrend

Sama juga untuk pasaran downtrend, kita akan tunggu sehingga kedua-dua garis stochastic melebihi aras 70 dan berlakunya persilangan diantara D line dan K line sebelum membuka sebarang posisi sell order.

Ingat, jika anda guna kaedah ini pastikan anda hanya ambil peluang trade yang sama pergerakan dengan arah trend semasa. Jangan melawan arah trend.

Jika pasaran sedang berada dalam keadaan uptrend kita hanya akan melihat peluang oversold.

Dalam downtrend pula kita hanya akan mencari peluang sell dengan tunggu untuk stochastic menjadi overbought.

Soalan Lazim

Apakah Setting Stochastic Yang Bagus?

Tetapan yang trader biasa gunakan untuk stochastic adalah 5,3,3 dan juga 14,3,3. Walaupun tiada tetapan yang sempurna, tapi ini adalah tetapan yang digunakan kebanyakan trader forex.

Macam Mana Nak Guna Stochastic Oscillator?

Anda boleh guna indicator stoch ini semasa pasaran mendatar dan juga trending. Jika anda guna stoch ketika pasaran trending, pastikan hanya melihat signal yang ikut arah trend pasaran.

Adakah Stochastic Oscillator ini Indicator Yang Bagus?

Walaupun tiada sebarang indicator yang sempurna, stochastic adalah salah satu indicator yang amat berguna dan sangat membantu dalam forex trading.

Mana Lebih Bagus Stochastic atau RSI?

Kedua-duanya adalah indicator yang bagus tapi, stochastic lebih berkesan ketika pasaran mendatar, manakala RSI pula mungkin lebih bagus ketika pasaran trending dan digunakan sebagai momentum.

Kesimpulan

Indicator stochastic oscillator adalah sebuah indicator yang bagus walaupun dicipta lebih daripada 70 tahun yang lalu. Ia masih lagi berada di dalam katagori antara indicator kegemaran kebanyakan trader.

Stochastic amat berkesan ketika pasaran sedang tidak berada dalam keadaan trend, dalam erti kata lain pasaran bergerak secara mendatar, tapi ia juga boleh digunakan ketika pasaran trending.

Ia akan menjadi lebih berkesan apabila anda gabungkan stoch bersama beberapa indicator yang lain untuk menapis false signal yang biasa berlaku jika anda hanya trade menggunakan stochastic sahaja dalam analisa.