Back to: Belajar Forex Trading
Relative strength index atau RSI dicipta oleh J.Welles Wilder pada tahun 1978. Selepas indicator RSI ini dicipta, ia menjadi antara indicator oscillator yang popular dalam kalangan trader.
Adakah indicator RSI ini masih berkesan dan masih boleh digunakan dalam forex trading?
Mari kita lihat dengan lebih lanjut di bawah.
Pengambilan Utama
- Relative Strength Index adalah sebuah indicator oscillator yang mengesan bila harga telah menjadi overbought atau oversold.
- RSI bagus digunakan ketika pasaran bergerak secara sideways.
- Dengan ubah sedikit tetapan RSI, kita boleh gunakan ia untuk tahu kekuatan arah trend pasaran.
Apa Itu Relative Strength Index(RSI)
Indicator relative strength index adalah sebuah indicator oscillator yang mengesan bila harga sedang berada pada paras overbought dan oversold.
RSI mengukur kelajuan perubahan harga terkini untuk mengesan bila harga telah menjadi terlalu mahal dan bila harga menjadi terlalu murah.
RSI akan dipaparkan pada bahagian bawah chart di platform trading dengan garis ukuran dari kosong hingga seratus(100), tapi garis ukuran yang ditetapkan oleh J. Welles adalah 70 dan 30.
Cara Guna RSI Dalam Fx
Terdapat beberapa cara kita boleh gunakan RSI dalam analisa teknikal, mari kita lihatnya satu demi satu.
1) Guna RSI Sebagai Overbought dan Oversold
Cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan indicator relative strength index ini untuk tahu bila harga telah menjadi terlalu mahal atau terlalu murah.
Kalau anda lihat indicator RSI mempunyai satu line biru ia dipanggil sebagai “line RSI” dan di sebelah kanan menunjukkan angka dari 0 hingga 100 dengan terdapat garisan terputus-putus berwarna hitam itu menunjukan level 70 dan 30.
Jika line RSI bergerak melebihi aras 70 itu bermaksud harga sudah berada pada aras overbought dan kita mahu mencari peluang untuk menjual, kerana kita jangkakan harga akan menurun.
Bila line RSI berada pada aras bawah 30, itu bermaksud harga telah berada dalam kawasan oversold, dan kita jangkakan harga akan mula menaik tidak lama lagi.
Tapi kaedah ini bagus jika hanya pergerakan pasaran semasa adalah berada dalam keadaan mendatar.
Jika harga sedang bergerak dalam keadaan trending, akan berlaku banyak false signal di mana harga telah bergerak melebihi aras 70 atau 30 tetapi harga terus bergerak ke arah tersebut.
2) RSI Sebagai Momentum Indicator
Anda juga boleh gunakan indicator relative strength index ini untuk ketahui kekuatan arah pergerakan trend pasaran.
Untuk guna kaedah ini anda perlu membuat sedikit perubahan pada tetapan RSI dengan tambah lagi satu aras berangka 50.
Paparan RSI anda akan kelihatan seperti di atas, apabila anda sudah menambah aras 50 tersebut.
Jadi macam mana nak guna kaedah ini?
Ianya mudah saja, apabila line RSI berada di atas aras 50, itu bermaksud pasaran sedang berada dalam keadaan uptrend.
Jika garis RSI berada di bawah 50, itu bermaksud pasaran sedang berada dalam downtrend.
Sekiranya garis RSI berada berdekatan dengan kawasan 50, itu menunjukan pergerakan pasaran semasa sedang berada dalam keadaan mendatar.
Soalan Lazim
Adakah Indicator RSI ini Bagus?
Relative strength index adalah sebuah indicator yang bagus, walaupun anda mungkin perlu untuk mencuba pelbagai tetapan dan gabungan indicator bersama RSI, tapi jika anda jumpa yang bersesuaian ianya memang akan membuah hasil yang menguntungkan.
Adakah RSI Ini Sebuah Indicator Trend?
Asal indicator RSI dicipta adalah sebagai indicator oscillator untuk mengesan overbought dan oversold, tapi dengan mengubah tetapan ianya tidak mustahil untuk gunakan RSI lebih dari itu.
Apakah Tetapan RSI Yang Bagus?
Ramai trader sarankan untuk guna tetapan asas yang telah ditetapkan iaitu 14, tapi mungkin anda ingin mencuba juga tetapan lain seperti 8 dan 20.
Ia bergantung kepada gaya trading anda dan strategi trading jenis apa yang anda ingin cipta.
Jika anda ingin membina sebuah trading strategi yang ikut arah trend, tetapan ia mungkin akan berbeza sedikit berbanding dengan tetapan untuk strategi ketika pasaran sedang bergerak secara mendatar.