TRADING PSIKOLOGI dan EMOSI

0

Trading bukan hanya tentang memiliki sebuah strategi analisa yang bagus serta pengurusan risiko yang cermat, tetapi semua trader perlu tahu untuk kawal emosi mereka sebagai seorang trader. Trading psikologi memainkan peranan penting dalam forex trading.

Untuk menjadi seorang trader yang berjaya, mereka perlu miliki minda serta cara pemikiran seorang trader professional, kerana walaupun trader itu miliki sebuah teknik serta cara pengurusan trade yang bagus tapi jika trader itu masih gagal untuk kawal emosi mereka masih terdapat risiko untuk alami kerugian besar.

Mari kita lihat jenis-jenis gangguan minda serta emosi yang biasa dialami oleh trader, serta bagaimana nak atasinya.


Pengambilan Utama

  • Pengawalan emosi memainkan peranan sebanyak 40 peratus dalam prestasi trading kita.
  • Kebanyakan trader gagal kerana mereka tidak dapat mengawal emosi mereka ketika dalam keadaan keuntungan dan juga ketika alami kerugian.
  • Emosi yang paling bahaya buat trader adalah, F.O.M.O, perasaan tamak, dan ego.
  • Memeiliki trading strategi yang bagus masih tidak cukup untuk berjaya dalam trading.

Kenapa Pengawalan Emosi Penting Dalam Trading?

Topik ini amat jarang diceritakan oleh trader, ramai trader akan lebih fokus kepada teknik atau strategi trading tapi mereka tidak tahu bahawa trading psikologi memainkan peranan yang lebih penting selepas pengurusan risiko.

Apa Yang Penting Dalam  Forex Trading

Walaupun tiada angka yang tepat, tapi kebanyakan trader akan letakkan kadar peratus perkara yang penting seperti tertera di atas.

Strategi hanya memainkan peranan sebanyak 20 peratus dalam kejayaan kita sebagai trader, 40 peratus adalah cara kita mengurus diri semasa trading dan yang terakhir sebanyak 40 peratus juga adalah tentang cara kita kawal emosi ketika trading.

Ada juga kajian yang menunjukan angka seperti:

  • Trading strategi = 10%
  • Pengurusan trading = 30%
  • Trading psikologi = 60%

Tidak kira pilihan angka yang mana kita ingin lihat, ianya jelas bahawa psikologi dan kawalan emosi memainkan peranan yang amat besar untuk menjadi seorang trader yang berjaya dan konsistent.

Tidak kira pasaran apa anda berdagang, forex, crypto, mahupun saham, pengawalan emosi amat penting sebagai seorang tader.

Gangguan Emosi Yang Biasa Di Alami Trader

Sekarang anda sudah tahu kenapa trading psikologi serta kawalan emosi ini penting untuk berjaya dalam trading. Tapi apakah masalah emosi yang selalu trader alami dan apakah cara penyelesaian yang terbaik.

Ini adalah empat masalah emosi yang biasa di alami oleh trader:

1) Rasa Tamak

Perasaan tamak ini adalah salah satu isu yang paling kerap berlaku kepada trader dan perasaan tamak ini adalah antara punca utama kenapa ramai trader menggalami kerugian dan juga risiko margin call.

Saya sendiri tidak dapat lari daripada masalah ini ketika baru mula trading dulu.

Rasa tamak ini akan menjejaskan prestasi trading kerana kita dikaburikan oleh sifat ketamakan dimana kita akan lebih fokus kepada keuntungan dan hiraukan akan pengurusan trading dan juga S.O.P trading.

Rasa tamak ini biasa berlaku bila trader tidak ingin mengambil keuntungan yang sedang ada kerana mereka berfikir bahawa harga masih boleh bergerak lebih jauh.

Sebagai contoh, harga sudah bergerak ke arah jangkaan analisa dan sudah sampai ke kawasan take profit, daripada ambil saja kemenangan serta keuntungan tersebut mereka mula dikaburi oleh perasaan tamak dengan berfikir harga masih boleh pergi lebih jauh dari tahap itu.

Tapi jika pasaran mula berubah arah semula, kita akan rasa menyesal kerana tidak ambil saja keuntungan tadi dan mungkin hanya dapat keuntungan yang kecil atau mungkin juga alami kerugian kerana tidak ingin ambil saja keuntungan tadi.

Trader Mula Menjadi Tamak

Jadi bagaimana nak atasi masalah perasaan tamak?

Penyelesaian untuk masalah ini mudah saja, ia adalah dengan jangan jadi tamak. Jika posisi trade anda sedang berada dalam keuntungan dan sudah sampai di tahap take profit, ambil saja keuntungan tersebut.

Tapi jika anda betul-betul yakin terdapat potensi untuk harga bergerak lebih jauh lagi, anda boleh lakukan trade management dengan mengambil separuh keuntungan dari posisi trade tersebut dan menetapkan aras break even untuk kurangkan pendedahan risiko.

2) Perasaan Rasa Takut

Rasa takut ini biasa dialami oleh kalangan trader yang baru, dan tidak perlu berasa malu kerana rasa takut ini adalah memang sifat manusia.

Terdapat dua perkara yang boleh mencetus sifat rasa takut:

  1. Rasa takut dengan kerugian.
  2. Takut untuk buka posisi trade.

Yang pertama adalah rasa takut untuk alami kerugian. Selalu trader akan fikir tentang keindahan dan kejayaan sahaja seperti berapa banyak keuntungan yang mereka akan perolehi dan tidak sabar untuk beli kereta idaman mereka.

Tapi jarang trader akan fikirkan tentang risiko yang terdapat dalam trading, mungkin kerana mereka berasa takut untuk memikir tentangnya.

Kenyataannya adalah setiap trader pasti akan ada alami kerugian, tiada cara untuk mengelak darinya. Apa yang mereka perlu buat adalah dengan terima kenyataan bahawa kerugian itu boleh berlaku dan fikirkan tentang apakah langkah yang mereka akan ambil apabila alami kerugian.

Sebab itu ianya penting untuk trader melakukan pengurusan risiko serta kewangan dengan betul, ia bagi mengelak daripada alami kerugian yang terlalu besar dari apa yang kita mampu tanggung.

Trading ini bukanlah hanya tentang cara kita membuat keuntungan, tetapi ia lebih kepada cara kita menjaga risiko agar ia tidak melebihi daripada keuntungan.

Dengan menerima kenyataan bahawa kerugian itu adalah satu perkara yang pasti akan berlaku dan anda mempunyai perancangan untuk kawal serta kurangkan tahap kerugian tersebut, anda akan mula kurang berasa takut untuk alami kerugian.

Jenis kedua sifat rasa takut adalah takut untuk trade atau takut untuk menekan butang beli atau jual.

Rasa takut ini berpunca daripada trader berasa kurang yakin dengan analisa mereka sendiri, mereka berfikir bagaimana jika analisa mereka salah.

Untuk atasi masalah ini adalah dengan berlatih pada akaun demo dahulu untuk lihat prestasi trading strategi yang digunakan serta untuk meningkatkan keyakinan anda terhadap teknik trading yang digunakan.

Jika prestasi di akaun latihan adalah bagus, anda tidak perlu berasa takut apabila mula trade di pasaran sebenar.

3) Ego

Ego adalah musuh besar trader, perasaan ego ini tiada baiknya untuk trader kerana perasaan ini hanya mendatangkan masalah.

Contoh, katakan seorang trader telah membuat analisa, kemudian pasaran bergerak bertentangan dari analisa mereka dan harga berada berdekatan dengan aras stop loss yang telah ditetapkan.

Daripada trader itu menerima saja kerugian tersebut, beliau telah dikaburi oleh ego dan tidak mahu terima kenyataan bahawa analisa dia sudah salah. Apa yang trader itu buat adalah dengan alih aras stop loss lebih jauh atau mungkin juga buang aras SL itu.

Beliau mengharap untuk pasaran mula berubah arah, tetapi pasaran terus bergerak bertentangan dari arah analisa juga.

Apabila kerugian telah menjadi terlalu besar, baru trader itu menerima kenyataan dan tutup posisi trade tersebut, tetapi ianya sudah terlambat dan beliau alami kerugian besar daripada apa yang sepatutnya jika beliau terima saja kesalahan itu dari awal-awal.

Kesah itu adalah kesah yang kerap berlaku, bukan saja mereka tidak mahu terima kerugian malahan ada juga trader yang akan tambah lagi posisi trade mereka, dalam trading ini dipangil sebagai “entry layer” dimana trader akan terus buka posisi trade baru.

Contoh Entry Layer

Cara untuk atasi masalah ego ini adalah dengan mengikuti trading plan atau S.O.P trading strategi mereka untuk menjadi trader lebih disiplin.

Jika aras stop loss sudah ditetapkan bedasarkan peraturan teknik anda, maka jangan alih atau ubah aras SL tersebut(melainkan berlaku kesilapan), jika harga sudah bergerak hampir ke aras stop loss, kita perlu terima saja kerugian itu dan cari peluang trade yang lain.

4) F.O.M.O

Fear of missing out atau pendeknya F.O.M.O bermaksud kita membuka posisi trade disebabkan perasaan rasa takut untuk ketinggalan membuat keuntungan. Dalam erti kata lain, kita membuka posisi trade kerana emosi bukan berdasarkan logik dan analisa.

Isu ini bukan saja biasa dialami oleh trader baru malahan trader lama juga masih boleh terdedah kepada masalah F.O.M.O ini.

Biasanya isu F.O.M.O ini berlaku apabila pasaran membuat pergerakan yang kuat, sebagai contoh, harga tiba-tiba bergerak naik dengan laju.

Ketika situasi ini berlaku, ramai trader akan mula berasa panik dan takut untuk terlepas peluang menjana keuntungan lalu mereka tekan butang buy semasa harga sudah berjalan tinggi mungkin kerana mereka sangkakan harga masih boleh pergi jauh.

Tapi apa yang biasa berlaku adalah, harga akan pusing dan ubah pergerakan ke arah bertentangan.

Situasi ini sentiasa berulang-ulang, dimana pasaran membuat pergerakan laju secara mengejut dan ramai trader mula panik kerana tidak mahu terlepas peluang, tidak lama selepas itu pergerakan harga mula berubah arah.

Apa yang anda patut buat adalah dengan tidak membuat keputusan terburu-buru apabila berlakunya pergerakan mengejut dalam pasaran, tetapi tunggu dan lihat apakah pergerakan harga pasaran selepas itu dan jika berlakunya peluang trade berdasarkan teknik strategi anda guna, maka itu adalah peluang yang bagus untuk ambil.

Jika tiada sebarang trade setup yang berlaku maka jangan sesekali tekan butang beli atau jual, walaupun terdapat potensi untuk harga mungkin akan bergerak lebih jauh.

Sekiranya tiada peluang trade yang berlaku, jangan sesekali masuk pasaran.

Kesimpulan

Terdapat banyak lagi jenis emosi yang boleh menjejaskan prestasi trading kita, tapi ini adalah diantara yang kerap dan biasa dialami oleh trader.

Dengan mempunyai strategi serta teknik pengurusan risiko yang bagus sahaja masih tidak mencukupi untuk menjadi trader yang konsistent, kita perlu juga belajar cara untuk mengawal emosi serta perasaan ketika berada dalam pasaran.

Jika anda ingin tahu atau belajar lebih mendalam tentang topik ini, anda boleh lihat course trading psikologi dan minda trader, dimana anda akan belajar lebih mendalam tentang pengurusan psikologi serta kawalan emosi ketika trading.