Back to: Belajar Forex Trading
Ramai trader selalu fikirkan hanya tentang “strategi trading” dan mereka lupakan satu perkara yang lebih penting iaitu pengurusan dalam trading.
Walaupun memiliki strategi trading yang bagus itu penting juga, tapi lebih penting lagi untuk trader tahu cara untuk mengurus risiko semasa trading.
Ini kerana tiada gunanya trader itu memiliki strategi trading yang hebat jika mereka masih gagal untuk mengurus risiko serta jaga kewangan dengan cermat, mereka masih boleh alami kerugian yang besar.
Pengambilan Utama
- Pengurusan ketika trading amat penting kerana ia akan menentukan kejayaan anda sebagai seorang trader.
- Terdapat 3 jenis pengurusan dalam trading. Risk management, money magement, dan trade management.
- Gagal untuk menjaga risiko dengan bagus, akan mengakibatkan alami kerugian yang besar.
Kenapa Pengurusan Risiko Amat Penting?
Jika anda masih tidak tahu, trading strategi memainkan peranan yang kecil dalam kejayaan trading anda, terapi di sini juga ramai trader akan fokus perhatian mereka.
Sedangkan terdapat faktor lain yang lebih penting iaitu, trading psikologi dan juga pengurusan kita semasa trading.
Sekiranya anda mengkaji kejayaan trader terbaik dunia, anda akan nampak kebanyakan nasihat mereka bukanlah tentang strategi atau teknik trading tetapi mereka akan lebih menekankan kepada pengurusan risiko.
Rahsia untuk berjaya dalam trading ini bukan salah begitu ‘rahsia’ seperti apa ramai orang sangkakan. Trading ini adalah tentang cara kita kurangkan pendedahan risiko agar tidak alami kerugian yang lebih besar daripada keuntungan. Itu saja.
Contoh situasi. Anda ada ambil posisi trade di mana jika anda alami kerugian, jumlah kerugian itu dalam -$10, tapi jika analisa anda betul potensi keuntungan adalah $30.
Dengan ini anda tahu kemungkinan ini adalah bagus, anda mempunyai potensi untuk membuat keuntungan yang lebih besar daripada apa yang di risikokan.
Jadi, walaupun dengan strategi dan teknik yang hanya mempunyai ketepatan 60 peratus sahaja masih terdapat potensi untuk membuat keuntungan jika anda memiliki kadar risk reward yang bagus.
3 Jenis Pengurusan Dalam Trading
Terdapat tiga jenis pengurusan dalam trading yang anda perlu tahu:
- Risk management(Pengurusan Risiko)
- Money management(Pengurusan Kewangan)
- Trade Management(Pengurusan Posisi Trade)
1) Risk Management
Cara anda menjaga dan urus risiko dapat menentukan kejayaan anda sebagai trader.
Lakukannya dengan betul terdapat potensi untuk terima ganjaran yang lumayan, jika tidak terdapat potensi untuk alami risiko kerugian besar dan mungkin juga margin call.
Ramai trader akan fokus untuk mencari teknik yang mempunyai kadar ketepatan yang tinggi seperti 80% atau 90% ketepatan analisa.
Tapi jika mereka masih gagal untuk menjaga risiko terdapat kemungkinan yang tinggi mereka akan kehilangan kesemua keuntungan mereka dalam jangka yang pendek.
Jadi jangan terlalu fokus pada teknik trading, walaupun strategi itu hanya memiliki ketepatan yang rendah seperti 60 peratus atau 70 peratus, itu masih lagi sebuah strategi yang bagus. Anda hanya perlu pastikan kadar kerugian anda tidak melebihi keuntungan.
Tujuan risk management ini adalah untuk anda tahu dimanakah sepatutnya anda keluar daripada posisi trade tersebut sama ada ketika untung mahupun rugi.
Jika ianya adalah posisi yang untung, ia dipanggil sebagai Take Profit(TP). Kiranya harga sudah sampai ke paras jangkaan dan anda akan ambil keuntungan.
Untuk kerugian pula, anda akan fokus untuk tahu di mana sepatutnya anda keluar dari posisi trade itu jika analisa anda salah. Dimana sepatutnya anda letak aras Stop Loss(SL).
2) Money Management
Sama seperti cara kita menjaga pengurusan kewangan dalam dunia nyata. Kita tidak akan membuat pinjaman yang terlalu besar kerana bayaran bulanan yang dikenakan terlalu tinggi dan mungkin juga ia lebih daripada kemampuan kita.
Dalam trading juga adalah konsep yang sama, kerana kita trade menggunakan leverage maka kita boleh membuka saiz lot yang lebih besar daripada jumlah deposit.
Tapi anda perlu ingat, walaupun terdapat potensi keuntungan yang tinggi dengan membuka saiz lot yang besar, terdapat juga risiko untuk alami kerugian besar pada masa yang sama.
Seperti yang dikatakan sebelum ini, kejayaan kita sebagai trader bergantung kepada cara kita menjaga saiz kerugian dan pendedahan risiko semasa trading.
Jadi ia disarankan untuk hanya membuka saiz lot berdasarkan jumlah deposit dan baki yang ada di dalam akaun trading.
Satu lagi, jika anda mempunyai pengurusan risiko yang bagus tetapi gagal untuk mempunyai money management yang bagus. Ia masih tiada gunanya, kerana risk management dan juga money management ini ibarat ramuan rahsia dalam trading.
Jika tidak laksanakan kedua-duanya dengan cermat, masih terdapat potensi untuk alami kegagalam dalam trading.
Jadi bukan hanya anda perlu miliki pengurusan risiko yang bagus, tetapi anda juga perlu memiliki pengurusan kewangan dalam trading yang baik untuk berjaya.
3) Trade Management
Dalam banyak-banyak pengurusan dalam trading, trade management adalah antara yang jarang trader lakukan.
Mungkin kerana ramai yang fikirkan bahawa ianya tidak begitu penting, tapi ia masih disarankan kerana ia boleh kurangkan pendedahan risiko kita semasa trading, jika dilakukan dengan betul mungkin juga dapat membawa kepada hasil keuntungan yang ketara.
Tidak seperti risk management dan money management yang dilakukan sebelum membuka posisi trade, trade management dibuat ketika terdapat posisi trade yang sedang aktif.
Ia fokus kepada bila anda patut alih aras stop loss dan juga bila patut anda ambil separuh keuntungan daripada hasil trade tersebut.
Kesimpulan
Walaupun trading strategi ini penting buat trader tetapi ia sebenarnya memainkan peranan yang kecil dalam kejayaan kita sebagai seorang trader. Apa yang lebih penting adalah cara kita menjaga serta mengurangkan pendedahan risiko semasa trading.
Anda boleh lakukannya dengan mengamalkan pengurusan risiko serta kewangan yang cermat. Selain dari itu anda juga perlu tahu cara untuk mengurus posisi trade yang sedang aktif.
Dengan mempunyai strategi yang hebat sahaja tidak cukup untuk berjaya dalam trading, tapi kita perlu juga memiliki pengurusan yang bagus agar kita tidak alami kerugian yang besar.