Back to: Belajar Forex Trading
Trader forex menggunakan indicator dalam analisa teknikal mereka untuk memahami tentang bila dan juga dimana untuk beli dan jual pair mata wang.
Kerana pasaran forex berkelakuan berbeza bergantung kepada keadaan dan juga pair mata wang yang didagang, dengan menggunakan indicator kita dapat mengenal pasti corak pergerakan dan juga tingkah laku yang berlaku secara berulang kali dalam pasaran dan membuat keputusan berdasarkan analisa corak tersebut.
Terdapat juga kelebihan serta kekurangan apabila trade berdasarkan indicator, mari kita akan lihat kesemuanya dengan lebih lanjut.
Pengambilan Utama
- Indicator adalah sebuah alat yang dicipta oleh programmer untuk memudahkan trader membuat analisa.
- Indicator terhasil daripada fomula kira matematik dan dipaparkan dalam bentuk corak yang mudah dilihat pada mata.
- Terdapat 3 kategori indicator utama, Trend, Oscillator, dan Volatility
Isi kandungan
Apa Itu Trading Indicator?
Indicator adalah sebuah alat yang dicipta oleh programmer untuk membantu trader membuat keputusan berkenaan arah pergerakan pasaran dalam bentuk yang mudah untuk dilihat pada mata, ia terhasil daripada fomula kiraan yang dibuat oleh matematik.
Tujuan indicator adalah untuk meningkatkan dan menambah kejelasan presepsi trader terhadap arah pergerakan pasaran.
Dalam erti kata lain, indicator ini terhasil daripada sebuah kiraan formula metametik, daripada tunjuk pada kita angka kiraan tersebut ia akan memaparkan hasil kiraan tersebut dalam bentuk corak yang mudah untuk dilihat oleh trader.
3 Jenis Indicator
Terdapat ribuan jenis indicator yang berbeza di luar sana, tapi kebiasaannya kesemua indicator itu akan tersenarai dalam 3 jenis katagori.
- Trend Indicator
- Oscillator Indicator
- Volatility Indicator
Setiap katagori indicator ini mempunyai kegunaan yang berbeza.
1) Trend Indicator
Indicator katagori ini digunakan untuk mengenali arah trend pasaran semasa.
Walaupun kita boleh saja kenali arah trend dengan melihat swing harga pasaran, tapi dengan mengunakan indicator trend seperti moving average akan lebih memudahkan proses analisa.
Antara jenis trend indicator yang terkenal adalah:
- Moving Average
- Bollinger Bands
- Parabolic SAR
- Ichimoku
dan banyak lagi.
Terdapat juga trader gunakan indicator jenis trend sebagai entry indicator, contoh apabila berlakunya moving average crossover ia adalah signal untuk entry.
Tapi ianya lebih efektif jika digunakan sebagai alat untuk ketahui arah trend.
2) Oscillator Indicator
Oscillator adalah sebuah indicator yang bagus untuk ketahui bila pasaran sedang berada dalam keadaan overbought dan juga oversold, ia amat berguna untuk tahu bila kita patut memasuki pasaran.
Apa maksud overbought dan oversold?
- Overbought bermaksud harga sudah menaik terlalu tinggi dan patut bergerak menurun(sell),
- Oversold pula menunjukkan bahawa harga telah alami kejatuhan dan patut bergerak menaik(buy).
Terdapat banyak jenis oscillator tapi antara yang biasa digunakan adalah:
- Stochastics
- Relative Strengh Index
- Awesome Oscillator(AO)
3) Volatility Indicator
Indicator jenis ini digunakan untuk mengukur pergerakan turun naik harga dalam tempoh masa tertentu.
Volatility ini amat berguna untuk mengesan potensi kemungkinan akan berlakunya breakout.
Average True Range(ATR) adalah indicator volatility yang terbaik untuk forex trader.
Kelebihan dan Kekurangan Indicator
Walaupun ianya tidak mustahil untuk trader hanya berdagang berdasarkan indicator, tapi terdapat juga kelebihan serta kekurangan bila anda menggunakan teknikal indicator sebagai kaedah analisa.
Mari kita lihat apakah kelebihan dan kekurangan indicator.
kelebihan Indicator
- Mudah. Ianya lebih mudah untuk membuat analisa menggunakan indicator berbanding price action.
- Jimat tenaga dan masa. Dengan membuat analisa guna indicator tempoh masa yang digunakan untuk membuat analisa lebih pendek kerana anda hanya perlu lihat corak apa indicator sedang buat untuk tahu arah pergerakan pasaran.
- Boleh cipta indicator sendiri. Jika anda mempunyai idea berkenaan jenis indicator yang anda mahu, ia tidak mustahil untuk anda mencipta indicator anda tersendiri.
kekurangan Indicator
- Keliru. Boleh berlaku kekeliruan apabila terdapat beberapa jenis indicator yang memberi tahu tanda-tanda yang berbeza dari apa yang disangka. Contoh, satu indicator menunjuk pergerakan bullish tapi indicator lain tunjuk bearish.
- Lewat. Indicator dikenali sebagai “lagging”, maksudnya anda boleh dapat signal untuk buka posisi trade sedikit lewat dan terdapat risiko dimana harga telah bergerak jauh.
- Percubaan. Ia boleh ambil masa yang lama sebelum anda jumpa gabungan indicator yang sesuai.
Tetapi ianya tidak bermakna anda tidak boleh trade menggunakan indicator, ia lebih bergantung kepada gaya trading anda jika anda tidak kesah dengan kelewatan untuk memasuki pasaran tapi lebih utamakan kemudahan, maka indicator trading mungkin sesuai buat anda.
Soalan Lazim
Adakah Trade Guna Indicator Bagus?
Indicator dapat memudahkan proses trader untuk melakukan analisa teknikal dan ianya tidak mustahil untuk trader menjana keuntungan dengan menggunakan indicator.
Indicator Apa Yang Paling Bagus?
Tiada satu indicator yang boleh menjadi jawapan untuk segalanya. Jika anda melakukan analisa pasaran menggunakan indicator ia disarankan untuk anda membuat gabungan diantara indicator yang lain untuk mencipta sebuah trading strategi.
Patut Ke Anda Trade Guna Indicator?
Walaupun indicator ini mempunyai kelebihannya tersendiri, tapi ia bergantung kepada gaya trading anda, jika anda lebih gemar berdagang menggunakan indicator, maka kekal saja pada indicator.
Jika anda rasa price action lebih sesuai dengan gaya trading anda, maka ia lebih bijak untuk kekal saja pada gaya trading price action.
Kesimpulan
Ia tidak mustahil untuk anda hanya berdagang berdasarkan indicator, tapi anda perlu ingat bahawa pada awalnya ia tidak begitu mudah. Anda akan banyak luangkan masa dengan melakukan backtest dan ubah tetapan dan gabungan indicator yang berbeza.
Tapi apabila anda telah jumpa strategi yang sesuai, ia akan membuahkan hasil yang bagus dan strategi tersebut juga mempunyai potensi untuk di ubah menjadi expert advisor(robot trading), anda boleh jadikan strategi itu untuk berdagang secara automatik.