Back to: Belajar Forex Trading
Money management adalah cara untuk kita tahu berapa saiz lot yang sesuai berdasarkan baki modal akaun trading kita.
Jika trader gagal untuk melakukan pengurusan wang dengan cermat, ia akan menjadi susah untuk trader menjadi konsistent dan juga bertahan dalam trading untuk jangka masa lama.
Jadi macam mana nak buat money management dan kenapa ianya sangat penting sangat untuk trader melakukannya untuk menjadi trader berjaya?
Pengambilan Utama
- Tiada gunanya mempunyai strategi yang bagus, jika money management masih tidak diamalkan kita masih boleh alami kerugian besar.
- Terdapat dua komponen kita perlu jaga, saiz lot dan juga tahap leverage.
- Anda hanya perlu buka saiz lot yang sesuai berdasarkan baki akaun trading anda, elak daripada membuka saiz lot yang terlalu besar.
- Leverage boleh jadi kelebihan serta kekurangan untuk trader, jadi pastikan anda guna tahap leverage dengan cermat.
Isi kandungan
Kenapa Money Management Penting?
Sebab apa sebenarnya penjagaan money management(MM) ini penting sebagai trader?
Katakan ada dua orang trader, Alif dan Farhan. Teknik trading yang digunakan Alif adalah sebuah strategi yang bagus dengan ketepatan setinggi 80 peratus, manakala Farhan pula mempunyai strategi ketepatan sekitar 60 peratus sahaja.
Tapi hanya Farhan saja yang mengamalkan pengurusan kewangan yang bagus ketika trading, Alif pula tidak mengamalkan sebarang teknik pengurusan kewangan.
Anda rasa siapa yang akan menjadi lebih konsistent dan dapat bertahan lebih lama?
Jika anda sebut Farhan, ianya betul. Ini kerana walaupun mempunyai strategi dimana kadar ketepatan hanya sekitar 60 peratus, tapi dengan MM yang bagus, Farhan dapat kurangkan kerugian mereka agar tidak melebihi tahap keuntungan beliau.
Walaupun Alif mempunyai strategi dan teknik trading yang lebih hebat dengan ketepatan setinggi 80 peratus. Ianya tidak mustahil untuk Alif kehilangan semula kesemua keuntungan yang telah diperolehi kerana beliau ambil risiko yang lebih besar seperti menggunakan tahap leverage yang tinggi.
Macam Mana Nak Jaga MM
Untuk mengamalkan pengurusan wang yang bagus ketika trading, terdapat dua benda yang kita
perlu jaga.
- Saiz lot
- Leverage
1) Saiz Lot
Berapa besar saiz lot yang anda gunakan adalah satu perkara yang penting untuk ambil tahu.
Jika anda buka saiz lot yang terlalu besar terdapat risiko untuk alami kerugian yang besar, tapi jika buka lot saiz yang terlalu kecil, ia akan terasa seperti tidak berbaloi. Jadi kita perlu buka lot saiz yang bersesuaian dengan saiz akaun.
Apakah saiz lot yang sesuai?
Ia bergantung kepada modal serta margin akaun trading anda. Jika baki akaun adalah $100, mungkin lot saiz 0.10 lot adalah terlalu besar yang lebih sesuai adalah dalam 0.02 lot jika tahap peratus risiko anda adalah sekitar 1 atau 2 peratus.
Rajah di atas menunjukan saiz lot yang sesuai berdasarkan baki akaun trading anda. Apa yang kita patut ikut adalah arah berwarna hijau(rendah). Untuk aras sederhana sesuai buat mereka yang ingin ambil risiko sedikit besar.
Tetapi pastikan untuk elak dariapda aras merah kerana terdapat risiko yang tinggi, sebagai contoh, akaun modal $200 membuka lot saiz 0.10 adalah sangat berbahaya.
Walaupun rajah itu adalah tempat yang bagus untuk bermula, tapi bagai mana jika anda ada baki lebihan dalam akaun contoh $345.67, jadi macam mana nak tahu saiz lot yang tepat dan sesuai untuk dibuka.
Terdapat formula kiraan untuk tahu berapa saiz yang sesuai.
Saiz kedudukan(Lot) = Jumlah kita risk / (stop loss * value setiap pip)
Lot Saiz Kalkulator
Kalau anda seperti saya yang jenis malas untuk membuat kiraan sendiri jangan risau kerana anda boleh saja guna kalkulator lot saiz untuk lebih memudahkan proses ini.
Cara untuk guna kalkulator ini mudah saja, kita hanya perlu isi ruang yang diperlukan dan kalkulator itu akan kirakan saiz lot yang patut kita guna.
- Deposit Curreny: Pilih jenis tetapan mata wang yang digunakan oleh akaun trading anda.
- Account Balance: Letak jumlah baki tepat yang ada dalam akaun anda.
- Risk: Berapakah jumlah dalam peratus anda mahu risiko, disarankan sekitar 1% hingga 3% sahaja.
- Stop Loss: Jarak stop loss anda dalam bentuk pip.
- Instrument: Pilih pair mata wang yang anda sedang dagang.
- Pip Size: Biarkan saja ruang ini, ia akan tukar secara automatik berdasarkan pilihan pair mata wang.
Selepas anda sudah isi apa yang patut, tekan saja butang “Calculate” dan ia akan beritahu saiz lot yang patut kita guna berdasarkan jarak stop loss serta peratus yang kita mahu risiko.
2) Leverage
Faktor kedua pula adalah tahap leverage yang anda guna. Salah satu kesilapan yang baisa trader buat adalah dengan menggunakan tahap leverage yang terlalu tinggi.
Sekarang ini banyak broker yang suka menawarkan tahap leverage yang tinggi dan ramai trader sangkakan jika mereka gunakan leverage yang tinggi mereka mempunyai tahap margin yang lebih tinggi dan boleh buka saiz lot yang besar.
Walaupun ia benar, dengan buka saiz lot besar terdapat potensi untuk terima keuntungan yang tinggi, tapi itu hanya jika harga bergerak ke arah analisa anda. Kenyataan yang sebenarnya adalah pasaran tidak akan sentiasa ikut arah analisa kita.
Leverage ini boleh jadi kelebihan serta kekurangan untuk kita.
Ianya tidak berbaloi untuk ambil risiko yang tinggi seperti itu. Lebih bagus untuk mempunyai lebihan untuk trade pada hari dan peluang lain dariapda kehilangan modal trading anda terus.
Saranan tahap leverage yang anda patut guna adalah sekitar 1:100 atau 1:200, jika lebih dari itu terdapat risiko untuk anda ambil risiko yang terlalu tinggi dari apa yang patut.
Kesimpulan
Melakukan money management adalah satu perkara yang penting untuk dilakukan sebagai trader.
Sebelum trader membuka sebarang posisi trade, mereka perlu lakukan money management seperti kiraan lot saiz yang sesuai untuk memastikan mereka tidak mengambil risiko yang terlalu tinggi dan mereka boleh tahu lot saiz yang patut dibuka dengan menggunakan kalkulator lot saiz.
Trader juga perlu berhati-hati apabila memilih tahap leverage, walaupun terdapat potensi untuk membuka lot yang besar dengan menggunakan tahap leverage yang tinggi, tetapi dengan risiko yang ada ia sangat tidak berbaloi.