Market Fractal & Wave Degree

 

Market Fractal

Seperti saya katakan sebelum ini yang pattern Elliott Wave ini boleh dijumpai di mana-mana time frame mahu kecil ataupun besar dan perkara ini dipanggil sebagai “Fractal”.

Sebagai contoh di time frame H1 sudah menunjukan yang wave c sudah tamat tetapi di time frame H4 kita lihat ianya baru mahu tamat untuk wave 2 jadi kita boleh menjangkakan yang pergerakan wave 3 akan berlaku di time frame H4.

Di motive wave atau impulse wave sentiasa terdapat 5 sub wave di time frame kecil, untuk sub wave corrective pula terdapat 3 wave.

Gambar rajah di atas menunjukan contoh pergerakan sub wave untuk wave yang lebih besar.

Jika anda lihat di Wave 1, Wave 3 dan Wave 5 adalah motive wave dan di dalam motive wave tersebut mempunyai 5 sub wave lebih kecil.

Di Wave 2 & Wave 4 pula adalah corrective wave yang mempunyai 3 sub wave iaitu a, b dan c.

Pergerakan Wave 1, Wave 2, Wave 3, Wave 4 dan Wave 5 adalah sub wave untuk Wave 1 di time frame lebih besar.

Jika anda lihat di wave A dan juga wave C mereka terdapat 5 sub wave walaupun mereka adalah corrective wave, manakala wave B hanya mempunyai 3 sub wave a,b,c.

Ini disebabkan corrective wave A akan bermula dengan 5 impulse atau motive wave yang berlawan arah trend dan wave B adalah retracement atau pullback dalam bentuk 3 sub wave kemudian satu lagi impulse wave iaitu wave C. Ketiga-tiga wave A, B dan C tersebut adalah wave 2 untuk di time frame yang lebih besar.

Mungkin ianya agak keliru dan pening sedikit ia akan ambil sedikit masa untuk paham dan biasakan diri dengan pengiraan peringkat wave tapi bila anda sudah lepas peringkat ini ianya akan jd lebih mudah.

Wave Degree

Ini bukan degree universiti tetapi degree yang darjah itu.

Di dalam Elloitt Wave terdapat sebanyak 9 wave degree boleh lihat gambar di bawah.

Degree ini digunakan dalam Elliott Wave Analysis untuk menggenal pasti darjah untuk wave tersebut di time frame mana.

Contoh kalau anda lihat gambar di atas ianya agak keliru juga bila kita lebel degree wave menggunakan symbol yang sama, kita tidak tahu mana satu kiraan untuk sub wave mana satu kiraan untuk wave time frame besar.

Lihat gambar di atas ianya chart yang sama tetapi kali ini ia di lebelkan menggikut wave degree dan sekarang ini kita sudah tahu di mana kiraan untuk sub wave dan di mana kiraan wave untuk time frame besar.

TIP: Ianya juga bagus untuk ubah warna di antara wave degree serta warna antara impulse wave dan corrective wave untuk mempermudahkan mata kita melihat lebeling wave.