Back to: Belajar Forex Trading
Maksud Lot Saiz Dalam Forex
Nilai setiap trade di ukur dengan panggilan “lot“, maksud lot adalah jumlah unit mata wang yang anda dagangkan.
Sebelum kita membuka sebarang posisi trade kita akan melaraskan lot untuk memberi tahu pihak broker berapa saiz unit yang kita ingin buka, dan jumlah unit ini akan dipangil sebagai “lot saiz” atau trader akan sebut sebagai “lot” sahaja.
Pengambilan Utama
- Lot saiz adalah jumlah unit mata wang yang anda ingin berdagang.
- Terdapat pelbagai jenis saiz akaun yang berlainan seperti Standard, Mini, Micro dan Nano.
- Akaun standard adalah jenis akaun utama yang digunakan kebanyakan trader.
Bergantung juga kepada broker yang anda gunakan mereka mungkin menawarkan beberapa jenis akaun yang berlainan, di bawah adalah senarai jenis akaun yang biasa ditawarkan dan jumlah unit setiap 1 lot.
Nila perubahan dalam mata wang di ukur melalui nilai pip.
Katakan anda sedang trade di pair EUR/USD dan anda menjangkakan mata wang EUR akan menjadi lebih kuat dan kukuh berbanding USD, jadi anda ingin membuka posisi buy di pair EUR/USD sebanyak 10,000 unit(0.10 lot) pada kadar tukaran semasa 1.35917
Kemudian harga membuat kenaikan dari 1.35917 kepada 1.36917, perubahan kenaikan sebanyak 100 pips.
10,000(unit) * 0.0100(pip) = $1.00(Nilai setiap 1 pip)
Maka dengan nilai setiap 1 pip persamaan dengan $1 USD, dengan jumlah 10,000 unit atau 0.10 lot itu bermakna anda mendapat keuntungan sebanyak $100.
Jika anda membuka 100,000 unit(1 lot standard):
100,000(unit) * 0.0100(pip) = $10(Nilai setiap 1 pip)
Jadi untuk setiap 1 pip persamaan dengan $10 dan harga bergerak sebanyak 100 pip, itu bermaksud jumlah keuntungan adalah sebanyak $1,000.
Bergantung kepada jenis akaun yang digunakan serta saiz lot yang dibuka, ia boleh membawa kepada keuntungan atau kerugian yang ketara pada akaun kita.
Soalan Lazim
Jenis Akaun Trading Apa Patut Anda Pilih?
Bergantung kepada jumlah modal anda, sekiranya modal anda kecil ia disarankan untuk buka akaun jenis Micro atau Nano. Jika nilai modal anda besar lebih dari $200 USD, boleh guna akaun jenis standard.
Berapa Saiz Lot Yang Patut Buka Untuk Modal $100
Jika modal anda adalah $100 dan guna akaun standard ia di sarankan untuk buka lot saiz tidak melebihi 0.02 lot, tapi saranan yang sesuai adalah 0.01 lot. Tapi lebih disarankan untuk guna akaun jenis micro.
Berbaloi Ke Trade Guna Akaun Micro atau Cent?
Jika modal pemulaan anda rendah daripada $100 ia di sarankan untuk guna akaun jenis Micro atau Cent untuk kurangkan risiko kerugian besar.
Walaupun jenis akaun micro dan cent ini digunakan buat mereka yang memiliki modal pemulaan trading yang kecil, tapi akaun-akaun ini juga bagus untuk digunakan sebagai akaun latihan buat trader baru dan masih lagi belajar.