Lontaran Duit dan Trading


Di bahagian sebelum ini saya ada katakan yang kita tetap akan alami kerugian tidak kesah sebanyak mana pun kita berlatih kita tetap akan alami posisi trade yang rugi.

Kita boleh fikirkan yang trading ini ibarat lontaran duit, apa maksudnya?

Kita tahu dalam lontaran duit syiling terdapat 50% kemungkinan duit tersebut akan mendarat di kepala dan lagi 50% ia kemungkinan akan mendarat di ekor.

Katakan kita melontar duit sebanyak 5 kali dan kelima-lima lontaran tersebut mendarat di kepala, jadi adakah lontaran ke-6 kita kemungkinan akan mendarat di kepala juga?

Jawapannya adalah YE, duit tersebut tiada ingatan, lontaran duit sebelumnya tiada kaitan dengan lontaran yang baru.

Apa yang saya cuba sampaikan adalah kita tidak akan sentiasa dapat meramal pergerakan market 100% sentiasa tepat.

Pada masa yang sama kita perlu ingat bahawa setiap perdagangan baru itu berbeza dari perdagangan sebelumnya, katakan di trade sebelum ini kita alami, kerugian itu tidak bermakna posisi trade selepasnya akan alami kerugian juga.

Namun, walaupun setiap trading itu adalah rawak itu tidak bermakna kita tidak boleh menjadi konsistent dan membuat duit.

Dengan kekal disiplin serta latihan, anda boleh meningkatkan kemungkinan untuk anda berjaya.

Sekiranya anda kekal fokus dan kekal kepada trading strategy dan trading SOP, tidak mustahil untuk anda menjadi seorang trader yang konsistent.

[adrotate group=”2″]

Risk Reward Ratio

Jika anda ingat lagi di bahagian sebelum ini saya ada berikan petikan ayat daripada George Soros yang ianya bukan tentang berapa banyak trade kita menang dan berapa banyak trade kita salah tetapi ianya tentang berapa banyak kita untung bila kita betul dan berapa banyak kita rugi apabila salah.

Di dalam dunia trading ianya dipanggil sebagai risk reward ratio, untuk pendekkan cerita risk reward ratio ini ia tentang berapa banyak potensi keuntungan kita daripada jumlah yang kita risiko kan.

Contoh katakan kita punya trading strategy mempunyai kadar kemenangan sebanyak 40%, ini sebagai contoh saja saya ingin tunjuk macam mana dengan strategy yang kadar kemenangan yang rendah pun sebenarnya boleh menjadi untung.

Ok trading strategy kita ada kadar kemenangan sebanyak 40% itu bermakna setiap 10 trade kita hanya menang dalam 4 dan lagi 6 adalah kalah.

Tetapi risk reward kita untuk setiap kali kita buka order adalah 3:1, maksudnya setiap kali kita buka posisi trade kita ada potensi untuk mendapat pulangan sebanyak 3 kali ganda dari apa yang kita risiko.

Di sini kita sudah boleh buat kiraan bahawa setiap 10 trade kita akan rugi sebanyak 6 kali, untuk mudahkan contoh ini katakan setiap kali kita rugi, kita rugi dalam -$1.

Tapi setiap kali kita untung kita dapat 3 kali ganda sebab risk reward kita adalah 3:1, ini bermakna setiap kali kita betul kita untung $3.

Jadi kita tahu setiap 10 trade kita akan rugi jumlah -$6 tetapi bila kita untung ianya adalah $3, dengan kadar 40% kadar kemenangan, itu bermakna kita untung $12.

Selepas buat kiraan tolak dengan kerugian kita sebelum ini, jumlah keuntungan kita adalah $6.

Pada masa yang sama kita tahu bahawa trading strategy kita mempunyai kadar kemenangan sebanyak 40% dan pada awalnya anda baca topik ini, saya ada terangkan bahawa trading ini ibarat lontaran duit dimana setiap posisi trade itu berbeza dari sebelumnya.

Itu bermakna kita boleh alami kerugian sebanyak 6 kali berturut-turut sebelum kita dapat keuntungan.

Sebab itu di bahagian sebelum ini saya amat tegaskan untuk mula berlatih di akaun demo dahulu sebelum ke akaun live.

Ianya untuk kita lebih mengenali kebolehan trading strategy kita dengan lebih mendalam serta untuk ketahui berapa peratus kadar kemenangan strategy kita agar apabila kita alami kerugian berturut-turut kita tahu ianya memang sebahagian daripada strategy tersebut dan terus kekal disiplin.

[adrotate group=”4″]

Saiz Itu Penting

Anda juga perlu ingat supaya tidak mengambil risiko yang terlalu besar untuk setiap posisi trading baru kerana akan tiba masanya dimana trade yang rugi secara berturut-turut akan berlaku yang mungkin akan menjadi punca akaun anda alami kerugian yang besar jika tidak menjaga risiko serta saiz lot trading dengan betul.

Gambar di atas menunjukan saiz lot yang disarankan untuk buka bergantung kepada modal anda.

Disarankan untuk kekal di tahap lot saiz rendah supaya kita tidak letak risiko yang terlalu tinggi pada satu trade tersebut.

Ianya bukan tentang berapa cepat kita dapat kembangkan modal kita tetapi berapa lama kita dapat kekal.

Kebanyakan trader baru lebih fokus kepada berapa cepat mereka boleh kembangkan akaun mereka, tetapi apabila mereka mengalami kerugian yang besar atau mereka sudah kehilangan modal, mereka akan mengalah.

Jika kita alami hari yang merugikan, ianya lebih elok kerugian dengan saiz lot yang kecil daripada saiz lot yang besar.

Bermula dengan lot saiz yang sesuai dengan modal anda, dan apabila modal akaun anda sudah makin membesar waktu itu baru kita boleh melaraskan lot saiz kita sedikit demi sedikit.