Kesimpulan


Taniah anda sudah sampai ke penghujung course.

Jadi apa langkah seterusnya?

Anda boleh mula untuk melaksanakan apa yang telah anda belajar di dalam course ini ke dalam trading anda.

Sekiranya anda ada soalan boleh saja post soalan anda di ruang forum komuniti.

Pada masa yang sama anda juga boleh lihat course kami yang lain mungkin ada course lain yang anda berminat untuk belajar dan tambahkan lagi ilmu trading anda.

Saya akan ringkaskan perkara yang anda perlu ingat dari course ini:

1) Ketahui apa yang anda mahu capai

Dengan menggetahui apa yang anda ingin capai dengan trading ini ia akan dapat membantu anda untuk kekal semangat.

Dengan menulis matlamat anda di kertas ia akan meningkatkan peluang untuk anda capai matlamat tersebut.

2) Kenali diri anda sebagai trader

Kenali anda ini sebenarnya trader jenis apa.

Dengan menggetahui anda trader jenis apa ia akan mempercepatkan lagi prosess pembelajaran anda daripada mencuba trading strategy yang tidak sesuai dengan anda.

3) Menjadi pakar

Selepas kita sudah tahu gaya trading yang sesuai dengan diri kita, kita mahu fokus hanya kepada gaya trading di dalam katagory tersebut dan menjadi seoarang yang pakar di bahagian itu.

Jika anda adalah seorang swing trader cuba untuk kaji semua cara dan strategy berkenaan swing trading.

4) Lontaran duit dan Forex Trading

Trading ini ibarat lontaran duit kita tidak akan sentiasa dapat meramal pergerakan market seterusnya 100% tepat. Setiap trade adalah berbeza.

Sentiasa ingat untuk menjaga saiz lot kita, supaya tidak meletak risiko yang terlalu besar di dalam satu trade tersebut.

Serta bagaimana dengan mempunyai risk reward yang bagus dapat membantu kita untuk menjadi trader yang berjaya.

5) Sentiasa Belajar

Daripada berasa sedih disebabkan trade yang rugi, cuba untuk belajar dari trade tersebut.

Kaji dan lihat semula apa punya trade itu menjadi trade yang rugi, ianya mungkin dapat membantu untuk perbaikikan lagi trading strategy anda.

Serta dengan mengunakan konsep trading cheklist saja sudah dapat membantu kita kurangkan membuat kesilapan ketika trading serta dapat mengurangkan kerugian kita.

6) Ketahui had kita

Setiap trader perlu ada “Circuit Brakers” atau “Pemutus Litar” ianya supaya trader tidak mengalami kerugian yang terlalu besar pada account mereka.

Pemutus litar juga dapat membantu kita untuk elak trade berdasarkan emosi seperti revenge trading.

7) Kawal emosi ketika trading

Lebih kurang 40% prestasi trading kita bergantung kepada emosi atau mind-set kita sebagai trader.

Jika kita gagal untuk kawal emosi ketika trading, terdapat risiko yang kita akan alami kerugian yang besar.

8) Percaya kepada proses

Trading ini adalah proses pembelajaran yang tiada penghujungnya.

Trading ini ibarat kehidupan yang sebenar, kita belajar lagi banyak daripada kesilapan daripada kemenangan.

Dengan mengalami kerugian ianya patut dipandang sebagai satu peluang untuk kita belajar dan tambahkan lagi ilmu serta menjadi lebih disiplin.

Serta perjalanan untuk menjadi seorang trader bukanlah mudah ianya akan ambil masa, jika anda berjaya bertahan dan kekal disiplin ianya tidak mustahil untuk anda berjaya dalam trading.