MOVING AVERAGE CONVERGENCE DIVERGENCE (MACD)

Apa Itu Indicator MACD

Moving average convergence divergence atau pendeknya MACD adalah indicator oscillator.

Cuma apa bezanya MACD dengan indicator oscillator yang lain adalah, ia tidak menunjukkan signal overbought atau oversold seperti kebanyakan indicator oscillator yang lain, tetapi ia menunjukan kekuatan dan juga momentum trend pasaran.


Pengambilan Utama

  • MACD adalah sebuah indicator stochastic tetapi dariapda menunjuk kawasan overbought atau oversold, ia menunjukan kekuatan trend pasaran.
  • Indicator ini terdiri daripada 3 komponen, MACD SMA, Zero Line, dan MACD Histogram.
  • MACD crossover boleh menunjukan signal awal perubahan arah trend pasaran.

Dicipta oleh Gerald Appel sekitar tahun 1970, indicator MACD ini terdiri daripada tiga komponen:

  1. MACD SMA
  2. Base line atau Zero line
  3. MACD Histogram
Rupa Indicator MACD Di Chart

Cara Guna MACD Dalam Forex Trading

1) Histogram Crossover

Disebabkan indicator MACD ini adalah indicator yang menunjukan momentum trend, maka ia bagus digunakan bila pasaran sedang bergerak dalam trending.

Cara ini bermula dengan kita mengenal pasti arah trend pasaran semasa, dan kemudian kita akan tunggu sehingga MACD SMA bersilang dengan histogram.

Contoh Bullish MACD Crossover

Jika pasaran sedang bergerak dalam keadaan uptrend, maka kita akan tunggu untuk berlakunya persilangan diantara MACD SMA dengan histogram dari bawah ke atas.

Contoh Bearish MACD Crossover

Untuk pasaran downtrend, kita tunggu hingga MACD SMA bersilang dengan histogram dari atas ke bawah.

2) MACD + Alligator Indicator

Tapi dengan gunakan indicator MACD sahaja boleh berlaku banyak false signal, maka ia disarankan untuk anda gabungkan MACD bersama indicator yang lain.

Dalam contoh ini kita akan gabungkan MACD bersama alligator indicator.

Tetapan untuk MACD adalah:

  • Fast EMA 12
  • Slow EMA 26
  • MACD SMA 1
Tetapan MACD

Untuk alligator kita akan guna tetapan asal yang sudah ditetapkan oleh MT4.

Gabungan MACD dan Alligator

Jadi macam mana nak guna kaedah ini untuk analisa?

Indicator MACD dan Alligator

Jika MACD histogram berada di bawah aras zero line, itu menunjukan bearish, apa anda perlu tunggu adalah indicator Alligator menunjukan downtrend juga dan hanya fokus kepada peluang sell.

Lagi satu adalah, bila indicator Alligator sedang bersilang tetapi indicator MACD menunjukan masih berada di bawah zero line, ia bermaksud kemungkinan tinggi pasaran masih berada dalam keadaan downtrend.

Ini kerana indicator MACD adalah sebuah leading indicator berbanding Alligator. Maksudnya MACD bergerak lebih pantas berbanding indicator alligator.

Walaupun garis Alligator bersilang, indicator MACD masih berada di atas zero line yang menunjukkan momentum pergerakan uptrend masih belum tamat.

Kesimpulan

MACD adalah sebuah indicator yang bagus dan amat berkesan untuk digunakan ketika pasaran trending.

Indicator MACD ini tidak begitu berkesan untuk mengenal pasti bila harga berada pada paras overbought atau oversold, tapi ia sememangnya dapat membantu untuk tahu jika arah trend itu masih kuat atau lemah.

Satu lagi kelebihan MACD adalah ia boleh mengesan perubahan arah trend ingin berlaku dengan melihat divergence yang berlaku pada MACD histogram.