Back to: Belajar Forex Trading
Head and shoulders atau HnS sebuah chart pattern yang berlaku pada pengakhiran pergerakan trend dan ia adalah kategori pattern reversal.
Pattern HnS hanya berlaku pada uptrend dan jika pattern ini berlaku selepas pergerakan uptrend ia bermaksud harga mungkin akan berubah arah dari menaik kepada menurun.
Pengambilan Utama
- Pattern head and shoulder hanya berlaku selepas pergerakan uptrend.
- Head and Shoulder adalah pattern bearish reversal, dimana harga akan berubah arah dari uptrend kepada downtrend.
- Inverse head and shoulder adalah pattern bullish reversal dan ia hanya berlaku selepas pergerakan downtrend.
- Chart pattern HnS dan Inverse HnS adalah antara chart pattern reversal yang paling boleh dipercayai, kerana kemungkinan ia amat tinggi berbanding pattern yang lain.
- Sebagai pengesahan, sentiasa tunggu untuk harga breakout daripada level “neckline” pattern HnS.
Isi kandungan
Head and Shoulders(HnS)
Pattern HnS terdiri daripada 4 komponen:
- Puncak pertama – Left Shoulder
- Puncak kedua – Head
- Puncak ketiga – Right Shoulder
- Neckline
Ini adalah terangan bagaimana pattern ini boleh terbentuk.
Left Shoulder
Pasaran membuat pergerakan uptrend dan harga telah capai ke puncak pergerakan trend itu sebelum berlakunya penurunan atau pullback pada harga.
Head
Apabila harga sudah tamat membuat penurunan sementara, harga sambung bergerak naik melebihi puncak harga sebelumnya(left shoulder) dan membuat swing higher high baru.
Right Shoulder
Selepas harga berjaya membuat swing higher high baru(head), harga akan turun semula buat seketika dan selepas penurunan itu harga cuba untuk membuat kenaikan semula tapi gagal untuk sampai ke puncak swing high sebelumnya.
Right shoulder biasanya akan mempunyai puncak yang sama seperti left shoulder. Tapi boleh juga berlaku situasi di mana right shoulder tidak mempunyai ketingian yang sama dengan left shoulder.
Neckline
Neckline adalah sebuah garis yang menghubungkan paras harga swing low left shoulder dan right shoulder.
Garisan neckline tidak semestinya sebuah garis yang mendatar, garis neckline boleh menjadi sedikit cerun ke atas atau ke bawah.
Cara Trade Pattern HnS
Jadi bagaimana nak trade chart pattern HnS?
Untuk trade pattern HnS kita perlu tunggu untuk harga pecah daripada garisan neckline sebelum membuka sebarang posisi trade sell.
Jika harga berjaya untuk breakout daripada neckline, sasaran kita adalah untuk harga bergerak sekurang-kurangnya sama jarak diantara neckline dan juga head.
Jarak di antara neckline dan head adalah kawasan yang sesuai untuk kita letak aras take profit kita, tapi itu tidak bermakna harga tidak mempunyai potensi untuk bergerak lebih jauh dari itu.
Inverse Head and Shoudlers
Inverse head and shoulder adalah chart pattern bullish reversal, maksudnya pattern ini hanya berlaku selepas pergerakan pasaran downtrend dan ia menunjukkan pasaran mungkin akan berubah arah dari menurun kepada menaik.
Cara Trade Inverse HnS
Untuk trade pattern inverse HnS, anda perlu tunggu sehingga harga bergerak melebihi paras neckline pattern itu.
Sasaran take profit adalah sama jarak di antara head dan neckline, contoh jika jarak neckline dan head adalah 100 pip, maka TP kita juga adalah 100 pip dari dimana berlakunya neckline breakout.
Di kawasan neckline adalah paras yang sesuai untuk kita letak pending order buy stop sekiranya kita takut harga akan terus membuat breakout tanpa membuat sebarang pullback.
Soalan Lazim
Dimanakah Pattern HnS berlaku?
Pattern head and shoulder biasa berlaku pada penghujung pergerakan uptrend yang menunjukan petanda kemungkinan perubahan arah akan berlaku dalam pasaran.
Head and Shoulder dan Inverse Head and Shoulder Pattern Yang sama?
Head and shoulder adalah pattern reversal bearish manakala inverse HnS adalah pattern bullish reversal.
Dimana Nak Letak Stop Loss Bila Trade HnS?
Di bearish HnS reversal anda boleh letakan level stop loss anda pada swing high right shoulder, manakala di bullish reversal anda boleh letak SL anda pada swing low right shoulder.
Berapa Ketepatan Pattern Head And Shoulder?
Tiada sebarang chart pattern yang sentiasa betul seratus peratus termaksuklah pattern HnS. Sebab itu apabila trade chart pattern ianya amat penting untuk kita gunakan stop loss bagi elak daripada alami kerugian berlebihan.