Fibonacci & Elliott Wave

 

Penggenalan Kepada Fibonacci

Leonardo Pisano Bigollo atau lebih dikenali sebagai fibonacci lahir pada tahun 1175. Beliau adalah seorang matematician dari Italy dan beliau juga diaggap sebagai ahli methematician yang berbakat pada zaman itu.

Leonardo lah orang yang jumpa formula “Fibonacci Sequence” atau “Fibonacci Numbers”.

Maksud fibonacci number adalah gandaan dari urutan nombor bermula dari nombor 0, nombor kedua adalah 1, dan setiap nombor seterusnya bersamaan dengan tambahan dua nombor yang terdahulu pada urutannya sendiri.

 

 

Kaitan Antara Fibonacci & Elliott Wave

Di dalam fibonacci ada sesuatu yang dipanggil sebagai “Golden Ratio” hasil nombor golden ratio ini adalah daripada hasil pembahagian antara nombor fibonacci dengan nombor fibonacci yang sebelumnya.

Sebagai contoh 89 bahagi dengan 55 = 1.618 dan dari hasil no inilah ia dapat membantu kita di dalam Elliott Wave Analaysis. Ada 2 tool fibonacci yang kita akan selalu guna di dalam analysis kita ia itu Fibonacci Retracement & Fibonacci Extention.

Dengan menggunakan fibonacci ratio ianya lebih mudah untuk kita tahu di mana area sasaran untuk pergerakan market. Di bawah adalah senarai di mana kita jangkakan market untuk sampai sebelum berubah arah.

  • Wave 2 kebiasaanya akan retrace kepada 50% atau 61.8% atau 76.4% daripada pergerakan wave 1.
  • Wave 3 biasanya bergerak dalam 161.8% dari wave 1.
  • wave 4 biasanya akan retrace hingga 23.6% atau 38.2% daripada wave 3.
  • Wave 5 kebiasaan akan memiliki jarak yang sama seperti wave 1.

Dengan menggetahui maklumat ini trader Elliott Wave dapat menjangkakan dimana area target profit serta entry yang sesuai.

Market tidak lah sentiasa akan ikut tepat 100% setiap kali, kadang-kadang akan ada situasi di mana market gerak lebih sedikit atau tidak sampai ke level fibonacci tersebut dan itu memang perkara biasa berlaku dalam trading.

Jika anda masih sedikit keliru jangan risau saya akan ada terangkan dengan lebih detail nanti.