FOREX CHART PATTERN

Chart pattern adalah salah satu kaedah analisa price action yang digunakan kebanyakan trader. Ia adalah sebuah corak yang berlaku dalam pasaran sebelum harga mula membuat pergerakan mereka.

Dengan mengenal pasti pattern chart yang berlaku, trader dapat jangkakan langkah apa pasaran mungkin akan buat seterusnya.

Jika anda dapat kenal pasti pattern apa pasaran sedang buat di fasa awal ianya berlaku, terdapat potensi untuk anda dapat tangkap pergerakan yang kuat atau dapat kenal pasti perubahan arah trend pasaran di peringkat awal.

Mari kita lihat ketiga-tiga jenis katagori chart pattern yang ada.


Pengambilan Utama

  • Trader menggunakan chart pattern sebagai satu cara untuk menerangkan aktiviti pembeli dan juga penjual dengan melihat kekuatan mereka dalam bentuk corak yang mudah untuk dilihat.
  • Chart patttern dapat memberi petunjuk awal untuk berlakunya perubahan arah trend.
  • Terdapat 3 jenis chart pattern, Reversal chart pattern, Continuation pattern dan Bilateral.

1) Continuation Chart Pattern

Seperti namanya, pattern katagori ini memberi petanda bahawa harga akan sambung bergerak ke arah trend sebelumnya.

Contoh, jika pergerakan sebelum ini adalah up trend, maka bila berlakunya chart pattern continuation, ia bermaksud terdapat kemungkinan tinggi harga akan sambung bergerak ke arah up trend.

Rupa bentuk kebanyakan continuation pattern ini kelihatan seperti pergerakan pasaran sideways, dari segi logik dia, pasaran sedang berehat seketika sebelum sambung perjalanan arah trend mereka.

Pasaran tidak akan sentiasa bergerak menaik atau menurun, harga akan ada ambil masa untuk berehat sebelum ia sambung perjalanan dan ketika mereka berehat biasanya akan berlakunya pattern continuation yang memberikan trader peluang untuk membuka posisi trade mereka.

Antara chart pattern continuation adalah:

2) Reversal Chart Pattern

Pattern katagori ini menunjukan pattern yang biasa berlaku sebelum berubahnya arah pergerakan atau arah trend pasaran.

Jika harga sedang bergerak dalam uptrend, kemudian berlakunya pattern reversal, itu bermakna pasaran memberi petunjuk bahawa pergerakan harga mungkin akan berubah ke downtrend tidak lama lagi.

Sama juga jika harga sedang berada dalam downtrend kemudian berlakunya bullish reversal chart pattern itu bermaksud harga akan berubah dari menurun kepada menaik.

Ini adalah antara chart pattern katagori reversal:

3) Bilateral Chart Pattern

Pattern chart katagori ini agak rumit sedikit berbanding continuation dan reversal pattern. Kerana chart pattern bilateral bermaksud mereka boleh bergerak pada dua-dua arah, menaik atau menurun.

Ianya agak susah untuk jangka apa harga akan buat hinggalah berlakunya breakout di mana harga telah keluar dari kawasan pattern tersebut.

Jika pattern seperti ini berlaku, anda perlu ambil pertimbangkan bahawa harga boleh bergerak menaik atau turun, dalam erti kata lain harga boleh sambung bergerak ke arah trend sebelumnya atau harga boleh juga berubah arah dan bergerak bertentangan.

Bilateral pattern terdiri daripada triangle chart pattern seperti:

  • Ascending Triangle
  • Descending Triangle
  • Symmetrical Triangle

Soalan Lazim

Apakah Chart Pattern Forex Yang Paling Bagus?

Walaupun tiada sebarang “chart pattern terbaik” dan semua pattern mempunyai kelebihan serta kekurangan mereka, tapi pattern chart yang mungkin kerap berlaku dan boleh diharap adalah Head and Shoulders pattern.

Time Frame Mana Bagus Untuk Chart Pattern?

Saranan saya adalah untuk lihat time frame H1 dan keatas, jika berlakunya chart pattern pada time frame tersebut, ia dapat memberi impak yang lebih kuat berbanding time frame kecil.

Boleh Trade Hanya Guna Chart Pattern?

Ianya tidak mustahil untuk anda trade hanya dengan menggunakan pattern, sebagai contoh Elliott Wave Trading menggunakan chart pattern(correction) untuk mereka kenal pasti arah pergerakan pasaran.

Tapi ianya tidak semudah itu, kerana chart pattern ini tidak kerap berlaku dan disebabkan itu anda perlu mempunyai kesabaran untuk tunggu peluang trade. Bukan itu saja, tidak semua chart pattern yang berlaku akan bergerak seperti yang dijangkakan, sebab itu ianya penting untuk anda jaga tahap risiko semasa trading.

Berkesan Ke Trade Forex Guna Chart Pattern?

Ia mungkin akan ambil masa untuk latih mata anda untuk dapat lihat chart pattern ketika ia sedang berlaku, tapi dengan kenal pasti peringkat awal berlakunya chart pattern dapat membuahkan hasil yang tinggi kerana anda berpotensi untuk tangkap pergerakan awal trend.

Pergerakan harga selepas berlakunya chart pattern biasanya agak kuat dan laju.