CARA NAK MULA TRADE FOREX

Pasaaran forex adalah pasaran kewangan terbesar di dunia, disebabkan ini ramai sangkakan keperluan untuk mula trade forex adalah tinggi. Tapi sebenarnya ianya tidak begitu susah.

Hanya terdapat 4 keperluan asas sahaja yang perlu ada untuk mula berdagang forex. Mari kita lihat apakah 4 benda tesebut.


Pengambilan Utama

  • Keperluan untuk mula trade pasaran forex adalah tidak banyak dan mudah untuk didapati.
  • Peralatan yang diperlukan untuk mula trade adalah komputer atau telephone pintar dan sambungan internet yang stabil.
  • Kita tidak perlukan modal yang besar untuk bermula tapi hanya mula dengan jumlah yang kita tidak risau jika alami kerugian.
  • Pastikan kita paham cara guna platform trading.

Kelebihan Trade Pasaran Forex

Apakah kelebihan pasaran forex berbanding pasaran lain seperti komoditi dan cryptocurrency?

  •  Pasaran forex adalah pasaran yang terbesar dengan jumlah daganggan mencecah $7 trillion dollar sehari.
  • Boleh trade pada bila-bila masa yang kita mahu. Pasaran Fx dibuka 24 jam 5 hari seminggu (Isnin hingga Jumaat). Sabtu ahad ia tutup semua orang nak cuti berehat juga.
  • Boleh bermula dengan modal yang kecil. Kita tak perlu bermula dengan modal besar untuk mula trade dalam forex.
  • Kebebasan untuk trading dimana jua anda berada hanya perlukan internet dan laptop, kalau nak guna handphone pun boleh.
  • Kos transaksi yang lebih rendah berbanding pasaran lain seperti saham dan komoditi.
  • Kita boleh membuat keuntunggan walaupun pasaran sedang bergerak menurun. Pasaran forex tiada kecenderungan struktur seperti saham, jadi kita mempunyai peluang untuk membuat keuntungan apabila arah sedang bergerak menaik ataupun menurun.

Walaupun pasaran fx ini kedenggaran agak hebat tapi kita perlu ingat dalam setiap pelaburan kita masih boleh alami keuntungan dan juga kerugian. Ramai trader yang baru mula hanya memikirkan tentang keuntunggan dan lupa tentang adanya risiko dalam trading.

Sekiranya anda ingin mula trading forex anda perlu bermula di landasan yang betul, ianya sangat penting untuk anda sedar dan menerima risiko yang ada apabila anda trade forex anda boleh kehilangan modal anda.

Forex trading ini bukan skim untuk cepat kaya ataupun cara cepat untuk kaya.

Keperluan Asas Trading

Untuk mula kerjaya dalam forex trading ianya tidak begitu susah, ini adalah keperluan asas yang wajib setiap trader miliki:

1) Komputer atau Laptop

Untuk komputer anda tidak perlu spesifikasi yang tinggi dan mahal, tapi hanya perlu mempunyai spesifikasi yang mencukupi untuk jalankan platform trading dan sistem operasi Windows atau Mac.

Walaupun mempunyai lebih dari satu skrin monitor dapat memudahkan kerja kita tapi ia bukanlah satu keperluan, anda boleh saja trade dengan hanya satu skrin monitor saja.

Anda boleh juga gunakan telephone pintar untuk berdagang, tetapi ianya lebih disarankan untuk guna sama ada komputer atau laptop untuk kemudahan melihat paparan carta.

2) Sambungan Internet

Keperluan kedua adalah internet.

Tidak perlu kelajuan yang tinggi(walaupun ada kelebihan jika internet pantas) tapi yang penting adalah sambungan internet yang stabil dan tidak terputus-putus.

Ini kerana, jika sambungan internet kita kurang stabil kesilapan boleh berlaku ketika kita ingin membuka atau menutup sebarang posisi trade.

Sebab itu ianya penting untuk mempunyai sambungan internet yang stabil.

3) Akaun Broker

Untuk akaun broker ianya tidak begitu susah sekarang ini untuk memilih broker kerana terdapat banyak pilihan broker forex untuk anda pilih.

Hanya pastikan anda pilih broker yang mempunyai reputasi yang bagus dan boleh dipercayai.

Perkara asas yang perlu lihat dalam broker adalah:

  • Keselamatan broker
  • Kaedah pembayaran dan deposit
  • Berapa lama mereka telah beroperasi
  • Perlesenan dan pengiktirafan

4) Platform Trading

Yang terakhir sekali adalah platform trading. Untuk forex trading platform yang paling ramai trader gunakan dan ditawarkan oleh broker adalah platform Metatrader 4 dan platform ini ditawarkan pada Windows, MAC, Android dan juga IOS.

Itu saja 4 keperluan asas untuk mula berdagang dalam pasaran forex.

Tapi soalan yang anda mungkin tertanya-tanya adalah berapa besar sepatutnya modal untuk mula trade?

Jumlah Modal Yang Sesuai

Berapa modal yang diperlukan untuk mula trade forex?

Walaupun bermula dengan modal yang besar mungkin mempunyai kelebihan dia, tetapi ianya bukanlah satu \ kewajipan.

Apa yang penting adalah untuk bermula dengan jumlah yang anda selesa dan tidak akan memberi kesan yang besar kepada diri anda jika berlakunya kerugian.

Jadi bermula dengan jumlah yang anda mampu dan selesa, jangan pula sampai berhutang.

Sekiranya anda rasa modal pemulaan anda terlalu kecil saya sarankan anda untuk kumpul lagi duit modal trading sehingga anda berasa ia sudah mencukupi.

Jumlah yang saya sarankan adalah sekitar $200 USD ke atas, tapi sekiranya modal anda lebih kecil dari nilai ini pastikan anda guna jenis akaun yang bersesuaian dengan modal.

Jenis Akaun Berdasarkan Jumlah Modal

Sekarang ini terdapat banyak jenis akaun yang ditawarkan oleh pihak broker forex. Ramai trader akan katakan mula dengan akaun jenis ‘standard’, tapi nasihat ini tidak begitu bagus buat mereka yang bermula dengan modal yang kecil.

Walaupun ia tidak salah untuk terus mula trade guna akaun jenis standard, tapi jika modal anda kecil ianya tidak begitu sesuai dan anda mungkin akan alami kerugian lebih pantas.

Apa yang saya sarankan adalah untuk pilih jenis akaun trading yang sesuai berdasarkan pada berapa jumlah modal deposit anda.

Rajah di bawah menunjukan jenis-jenis akaun trading dan jenis akaun apa yang sesuai bergantung kepada jumlah deposit.

Jenis AkaunJumlah Modal(USD)
Cent Akaun$50 ke bawah
Micro Akaun$51 hingga $200
Standard Akaun$201 dan ke atas
Jenis akaun berdasarkan jumlah modal

Soalan Lazim

Boleh Ke Mula Trade Forex Dengan Modal $100?

Jawapan pendek adalah boleh. Jawapan panjang ia bergantung kepada jenis strategi trading dan broker yang anda gunakan. Sesetengah broker hanya membenarkan deposit minima $500 USD atau lebih ada yang hanya memerlukan $10 minima.

Berapa Modal Yang Sesuai Untuk Mula Trade Fx?

Modal yang disarankan adalah sekurangnya $200 USD. Tapi itu tidak bermakna anda tidak boleh mula berdagang dengan modal yang lebih kecil. Apa yang penting adalah pastikan mula dengan jumlah yang anda rasa selesa dan tidak risau jika kerugian. Serta pastikan anda guna jenis akaun yang bersesuaian berdasarkan jumlah modal deposit.

Perlu Ke Bijak Dalam Matematik Untuk Trade Forex?

Tidak, anda tidak perlu bijak dalam matematik untuk menjadi seorang trader. Anda hanya perlukan tahap kefahaman yang asas dalam matematik. Apa yang penting adalah pastikan anda paham tentang cara analisa teknikal dan juga asas analisa fundamental.

Perlu Faham Tentang Ekonomi Untuk Trade Fx?

Miliki ilmu asas tentang ekonomi dapat membantu dalam kerjaya trading anda, tapi ia bukanlah satu keperluan. Dengan tahu perkara asas berkenaan ekonomi seperti KDNKK, kadar faedah, pekerjaan, peruncit, dan lain-lain dapat meletakan kita beberapa langkah kehadapan berbanding kebanyakan trader yang lain.

Kesimpulan

Sesiapa saja boleh mula trade forex jika mereka sudah berumur 20 tahun ke atas, apa yang diperlukan adalah mudah saja, sebuah komputer atau laptop. Komputer tesebut tidak perlu memiliki spesifikasi yang tinggi hanya pastikan ia boleh memasang program platform trading.

Pastikan juga pilih pihak broker yang boleh dipercayai dan memiliki reputasi yang bagus.

Tapi apa yang paling penting adalah, pastikan anda mempunyai ilmu berkenaan trading dahulu sebelum bermula trade menggunakan wang sebenar.