Fibonacci Arc Tool


Apa Itu Fibonacci Arc?

Fibonacci Arc adalah satu alat teknikal analysis untuk menunjukan kemungkinan level Support & Resistance yang tersembbunyi.

Anda boleh jumpa tool fibo arc ini di:


Untuk dapat hasil lukisan fibonacci arc kita perlu gabungkan 2 swing market, swing low ke swing high untuk uptrend dan swing high ke swing low untuk downtrend market.

Apabila kita gabungkan swing high ke swing low ia akan tunjukan potensi level resistance dan jika gabungkan swing low ke swing high ia akan menunjukan level potensi untuk support.

Kalau anda cuma untuk melukis fibo arc di platform metatrader 4 mungkin pada mulanya anda akan dapat garisan yg lurus berbanding garisan yang melengkung.

Kenapa ia jadi macam itu?

Apabila kita plot level fibo arc di chart ia akan ikut scale atau dalam bahasa dipangil skala chart kita.

Skala adalah hubungan bilangan dari segi pip paksi menegak dengan bilangan bar atau candlestick di paksi mendatar objek dan setiap Time Frame mempunyai scale yang berbeza.

Contoh jika anda mahu melukis fibonacci arc di time frame 1 hour anda boleh guna scale 20.0 dan jika anda mahu gunakan ia di time frame M15 apa yang saya jumpa scale dengan nilai 10.0 antara setting yang ok.

Untuk ubah setting scale anda boleh pergi ke Fibo Arc Properties dan pilih tab Parameters dan belah bawah kanan anda akan nampak Scale.

Nilai asal scale tersebut adalah 1.00 anda boleh ubah ke nilai lain berdasarkan time frame yang anda guna sebagai contoh jika ianya H1 boleh guna scale 20.0

Cara Tambah Level Di Fibonacci Arc

Level fibonacci arc yang biasa digunakan adalah 38.2%, 50%, & 61.8% tapi anda boleh juga tambah lagi level-level yang lain jika anda mahu, macam saya biasa akan tambah level 78.6% dan juga 100%.

Untuk tambah level baharu di fibonacci arc anda boleh ke Fibo Arc Properties.

Kemudian pergi ke tab Fibo Levels dan tekan butang Add untuk tambah level baru.

Anda boleh lihat gambar di bawah ini untuk lihat contoh level yang anda boleh tambah dan format dia macam mana.

Jika anda perasan jika level yang kita mahu tambah tersebut nilainya di bawah 100 kita perlu letak nombor 0 di hadapan dia seperti 0.786 untuk dapat level 78.6%.

Cara Guna Fibonacci Arc

Terdapat 2 cara untuk trade menggunakan fibonacci arc:

1) Arc Continuation

Arc continuation ini apa yang anda mungkin sudah dapat teka kita akan trade dengan ikut arah trend market.

Sebagai contoh di atas adalah chart dimana market telah membuat 2 swing, swing low dan swing high jadi jika kita mula sambungkan 2 level tersebut menggunakan tool fibonacci arc kita akan dapat level-level potensi support & resistance.

Kemudian kita dapat lihat yang apabila price sampai ke level Fib Arc 61.8% ada berlakunya bounce dan ini menunjukan signal bullish yang memberitahu kepada kita yang market pullback mungkin sudah tamat dan market akan mula sambung bergerak ke arah trend market yang asal.

2) Arc Breakout & Reversal

Seperti yang sudah dikatakan sebelum ini yang level-level fibo arc ini adalah level support & resistance jika anda sudah lama dalam trading ini mesti anda sudah tahu konsep support dan resistance breakout.

Fibonacci Arc juga menggunakan konsep yang sama sahaja seperti SnR jika price break mana-mana level Arc dan level tersebut akan mula bertukar, contoh jika price break support level tersebut akan bertukar menjadi resistance.

Jika anda lihat contoh di bawah ia menunjukan yang market sedang bergerak dalam keadaan downtrend dan bila kita sambungkan 2 titik swing market(Swing High ke Swing Low) kita akan dapat level fibo arc.

Tapi daripada level tersebut bertahan sebagai resistance price bergerak melebihi level tersebut dan bertahan di atasnya.

Gambar di bawah menunjukan contoh dimana price break level fibonacci arc tersebut dan level tersebut berubah menjadi support.

Risk Management Dengan Fibonacci Arc

Kita hendaklah sentiasa jaga akaun kita supaya tidak terima kerugian yang besar kerana market tidak sentiasa akan ikut arah analysis kita.

Jadi penggunaan stop loss itu semestinya wajib tidak kira strategy atau tool teknikal analysis yang anda pakai ini termasuklah fibonacci arc.

Untuk level stop loss anda boleh saja set di puncak pergerakan harga yang sebelumnya.

Kita guna gambar contoh chart yang sebelumnya. Jika anda menggunakan fibonacci arc sebagai continuation dan apabila price bounce sudah berlaku kita boleh letak stop loss kita dengan jarak dalam beberapa pip dari puncak yang sebelumnya.

Sekiranya anda menggunakan fibo arc sebagai reversal kita boleh letak stop loss kita di beberapa pip jarak dari puncak yang sebelumnya.

Take Profit

Untuk Take Profit(TP) pula anda boleh ambil di level support & resistance yang seterusnya yang terdekat sebagai TP anda atau anda boleh juga menggunakan tool fibonaci extention untuk ketahui di mana level yang sesuai untuk ambil profit.

Tapi jika anda takut situasi seperti bila anda sudah close posisi trade anda dan sudah ambil profit tapi market masih bergerak lebih jauh, anda boleh saja set Trailing Stop Loss.

Jadi anda tidak akan terlepas untuk tangkap pergerakan tersebut sekiranya market membuat pergerakan yang kuat.