Exodus Wallet

Exodus adalah sebuah wallet cryptocurrency, ianya di cipta pada tahun 2015.

Wallet ini adalah wallet yang selalu disarankan buat mereka yang masih baru lagi di dalam dunia crypo kerana kemudahan untuk diguna.

Wallet ini sokong lebih daripada 100 jenis coin seperti bitcoin, ethereum, litecoin, Zcash, DigiByte, Ripple, dan banyak lagi. Exodus juga mempunyai exchange di dalam wallet mereka.

Maksudnya contoh, sekiranya kita mahu tukar bitcoin ke ethereum kita boleh saja lakukannya di dalam wallet tanpa perlu ke crypto exchange.

Salah satu lagi kelebihan wallet ini adalah di sokongan pelangan. Exodus mempunyai sokongan pelangan 24 jam 7 hari seminggu, jadi untuk orang baru yang ada soalan boleh saja hubungi mereka, cuma kita perlu berbahasa english.

Mereka juga menyokong Trezor. Sebuah syarikat hardware wallet seperti Ledger.

Cara Guna Wallet Crypto Exodus

Anda boleh download app Exodus di playstore tapi kalau anda mahu guna versi komputer boleh ke website exodus dan download versi desktop. Di tutorial ini saya akan tunjuk guna handphone.

apa itu cryptocurrency exodus wallet

Selepas anda sudah download app exodus ke telephone anda. Buka app tersebut dan tekan “Get Started”, dan baca kesemua info slide tersebut kemudian tekan next.

Lepas anda sudah nampak screen seperti di gambar di atas, itu bermakna anda sudah ada crypto wallet anda sendiri, mudah je.

Cara Terima Bitcoin

Ok sekarang kita mahu transfer bitcoin yang kita beli sebelum ni di website localbitcoin ke wallet kita.

Cara nak terima bitcoin

Pertama sekali tekan di logo bitcoin dan pilih Recive.

cara dapatkan wallet address

Kemudian kita akan nampak address bitcoin untuk kita terima BTC, satu dalam bentuk QR tapi kita nak di bawah dia, ayat yang nampak macam serabut tu. Kita perlu copy address tersebut dan pergi ke localbitcoin.

transfer bitcoin dari localbitcoins ke wallet

Selepas itu kita boleh letak address wallet yang kita copy, ke dalam kotak address tersebut untuk kita terima bitcoin.

terima bitcoin di exodus wallet

Bila kita sudah transfer ia boleh ambil masa dalam 15 minit ke 1 jam untuk bitcoin tersebut masuk ke dalam wallet kita.

Ianya semudah itu untuk menerima bitcoin, untuk process coin lain sama juga seperti tadi, anda hanya perlu pilih coin apa yang anda mahu guna.

Selepas ini kita akan belajar macam mana nak pastikan wallet kita selamat dan macam mana nak pulihkan akaun sekiranya kita kehilangan telephone atau komputer yang simpan wallet crypto tersebut.

Cara Kirim Pembayaran Crypto

 

cara hantar bitcoin

Untuk menghantar crypto kita perlu tekan sent.

cara kirim cryptocurrency

Kemudian kita perlu scan code QR wallet yang kita ingin hantar crypto tersebut kepada siapa atau letak alamat wallet mereka dan berapa jumlah yang kita mahu hantar.

Jika anda mahu letak nota transaksi, boleh tekan perkataan “Advance” dan akan keluar ruang dimana kita boleh letak nota tentang pembayaran tersebut.

Kemudian tekan send. Ianya semudah itu untuk kirim crypto kepada orang lain.